Skip to main content

I'm Back!



Assalamualaikum! Lama tak menulis, kalau tengok balik, last posting lebih kurang setahun yang lepas, 2016! Alhamdulillah masih bernyawa, sihat dan kacak seperti biasa. Sejujurnya aku nak ambil kesempatan ni untuk minta maaf kepada pembaca (kalau ada) blog ni, yang mana ada pertanyaan-pertanyaan di ruangan komen yang tak berbalas. Sorry weh.. sumpah tak bukak blog berbulan-bulan.

Jadi ke mana aku menghilang selama ni?

Ada je..

Kat twitter.

Kenapa lama tak berblogging?

Pertama - sibuk dengan urusan projek ilmiah tahun akhir.
Kalau nak tahu, aku dah mula sibuk dengan projek ilmiah tahun akhir ni bermula pada semester 6 yang lepas. Ya, waktu tu aku masih lagi student, 3rd year. Tapi, dah sibuk approach supervisor (Alhamdulillah, dapat pensyarah yang memiliki kepakaran yang bersesuaian dengan tajuk yang aku nak buat). Bila dah dapat supervisor, maka bermulalah perjalanan aku untuk propose tajuk kajian yang sesuai, kemudian proceed dengan designing conceptual framework, merancang macam mana perjalanan research tu nanti nak dijalankan. Sumpah, tak mudah.

Lepas dah habis fasa berebut-rebut supervisor, aku busy pulak dengan internship. Alhamdulillah jugak, aku dapat company yang agak established, Panasonic, dan paling best dekat betul dengan rumah. Sepanjang tempoh internship, aku attached dengan Department Occupational Health, and Safety. Banyak jugak la aku belajar dan praktik cara kerja sebagai Safety Executive. Kalau ada yang berminat nak tahu, boleh request, nanti aku share cerita perjalanan insternship tu sebagai budak OSH.

Tamat internship, maka bermula lah tahun aku sebagai tahun akhir. Semester 7! Semester ni quite disaster jugak pada awalnya di mana kau dikehendaki untuk prepare proposal of research. Dah siap semua, submit, minta ethic approval lepas tu kene defends pulak depan those professional. Allahhuu.. bergetar tulang rusuk kiri kanan bentang depan pensyarah dan pakar. Tapi Alhamdulillah went well. Dapat pujian jugak. (boleh request juga tips defends proposal di ruangan komen kalau nak)

Kedua- Aku rasa lebih senang berkongsi penulisan ringkas di Twitter! Ya, aku ada twitter. Mungkin ada yang dah follow. Mungkin jugak ada yang baru tahu (kot la). Tapi, itulah aku rasakan bila zaman semakin maju, lebih prefer penulisan ringkas dan padat nak dibandingkan kalau kita menulis di blog, yang semestinya memakan masa yang lama dan konsisten menulis dari satu perenggan ke satu perenggan. Weh.. tak ada masa. haha


Tapi inshaAllah, umur makin bertambah, rasa makin matang sekarang. Instead of terbit sebuah buku penulisan, aku prefer untuk kembali menulis di blog. Dari segi contentnya, aku nak ianya lebih ke arah yang boleh dibawa manfaat bersama. Selain berkongsi kisah peribadi (yang tak berapa nak peribadi), mungkin aku boleh share jugak pengalaman-pengalaman tertentu. Korang boleh request jugak.

Anything, please do not hesitate to ask me. Boleh email kat aku apa-apa pertanyaan, kalau bimbang aku tak reply komen korang di mana-mana ruangan dlm post ni. ameerfarisazman@gmail.com.


Semangat nak berblogging kembali. Doakan aku konsisten. Haha!


Comments

suraya 0809 said…
kalau aku nak request tips proposal defend, dah tak sempat. hahahahaha

Popular posts from this blog

Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan), UPM

Bismillilah. Assalamualaikum wbr. Apa khabar iman? Alamak, soklan maut. Rasa macam kena sepak an. Kali ini, aku nak share pulak tentang jurusan yang sedang aku ambil di peringkat pengajian ijazah. Sekarang ni, memang musim hot hot bebudak menggugel artikel blog yang berkaitan. Penaik semangat kata orang kan. Aku usha blog senior lain, ramai je yang post pasal bidang diorang, tapi untuk bidang aku, tak banyak blog yang share dan kurang pendedahan. 

Untuk pengetahuan, dekat Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM ni terdiri daripada pelajar Perubatan dan Sains Kesihatan. Bagi pelajar Sains Kesihatan terpecah kepada beberapa bidang iaitu 


Bacelor Sains (Bioperubatan)Bacelor Sains (Dietetik)Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan)Bacelor Sains (Pemakanan dan Kesihatan Komuniti)
Tapi, kat sini aku hanya nak fokus pada yang berhighllight tu saja ya. Kalau nak tahu tentang pengalaman kos lain, google je, ada beberapa blog bakal senior anda yang mantop mantop. Ok jap. Blank tetiba …

Pengalaman Asasi Sains Pertanian UPM

Assalamualaikum wbr. Entry kali ini, aku nak kongsikan pengalaman dan perkongsian sedikit sebanyak tentang apa itu Asasi Sains Pertanian yang ditawarkan oleh Universiti Putra Malaysia, Serdang bagi pelajar lepasan SPM. Tadi, secara tak sengaja menyempat jugaklah stalking a few blogs yang menceritakan pengalaman mereka sebagai ex-Asper. Banyak jugak pertanyaan yang tak terjawab, barangkali daripada bakal pelajar yang akan mendaftar.

Untuk makluman, aku merupakan ex-Asper Batch 8. Oh ya. Asper tu adalah singkatan bagi Asasi Sains Pertanian. Special! Jadi lepas ni, tak perlulah sebut panjang-panjang, cukup sebagai Asper.

Awalnya, aku sendiri pun tak tahu menahu pasal Asper ni. Tapi waktu aku Form 5, guru latih pidato, Puan Maslina Rejoh yang banyak share story tentang anak dia yang mendaftar sebagai pelajar Asper. Dan Asasi sains pertanian ni pun agak baru diperkenalkan. Satu-satunya asasi yang mengajar subjek pertanian di Malaysia tahu!

SUBJEK APA YANG PERLU DIAMBIL ?

Ok. Sebelum tu, kepada…

Biasiswa JPA (Program Ijazah Dalam Negara)

Bismillah.

Rasanya, rata-rata antara kita memang dah sedia maklum pasal biasiswa JPA ni. Nak mohon senang, tapi nak dapat tu, mashaAllah punyalah payah. Tapi once dah dapat, alhamdulillah dah tak perlu bimbang tentang bayaran yuran pengajian, duit poket dan sebagainya. Siyes, dapat kurangkan beban keluarga.

Ok. Sebelum kita proceed dengan permohonan, kena lah teliti dulu syarat kelayakan minimum kan. 


Dah habis baca?

Jadi macam mana?

Kalau result korang melepasi syarat minimum, jangan buang masa, terus je mohon. Cara permohonan pun senang je, semuanya atas talian. Log on http://esilav2.jpa.gov.my. (kena sentiasa peka dengan sebarang pengumuman oleh JPA)

Mungkin ramai yang tak tahu. Biasiswa JPA ni sebenarnya dibuka juga kepada pelajar yang sedang dalam pengajian, bukan untuk pelajar lepas ASASI, atau MATRIKULASI yang baru nak masuk universiti saja.

Syarat minimum ialah at least CGPA 3.3.

As usual, untuk student yang self-finance macam aku ni, memang sentiasa tercari-cari peluang untuk mendapa…