Skip to main content

Final Year Project


Kalau sebut tentang Final Year Project, semua orang pun akan tahu yang ini merupakan projek tahun akhir. Suka tak suka, kena buat jugak. Kalau tak, sia-sia lah kau ambil diploma, ijazah untuk jangka masa 3 hingga 4 tahun tu. Ada jugak dalam kalangan pelajar, yang bila dah dekat hujung-hujung Tahun 3 dah mula cemas, gelabah memikirkan macam mana la nanti nak tempuh final year yang sememangnya mencabar.

Relax adik-adik dan kawan. Final Year Project (FYP) ni mudah kalau korang prepare awal.

Nak prepare apa? Bila boleh mula?

Aku explain satu persatu.

Untuk persediaan FYP, korang sepatutnya dah boleh muka seawall tahun tiga lagi. Time ni korang boleh nak dikatakan ada masa yang banyak dan agak santai yebeda bedu, lepak mid valley, hujung minggu, sakan layan movie, makan KFC tak hengat dunia. Eh. Haa nak katanya, waktu ni dah boleh start rancang, fikir agak-agak tajuk kajian apa korang nak buat. Ikut la minat masing-masing.

Lepas tu, korang jugak boleh la buat survey sikit, pensyarah mana yang korang rasa sesuai dengan jiwa raga, lepas tu ada kepakaran dalam bidang yang berkaitan dengan tajuk kajian yang korang dah terfikir awal tadi. Masa ni la, seniors korang memainkan peranan penting. Boleh bertanya kat senior-senior tentang macam mana perkembangan fyp diorang, ok ke tak pensyarah tu. Once dah konfem pensyarah yang korang minat, sesuai dengan kehendak jiwa raga, boleh la mula approach beliau di penghujung semester tahun tiga. Ingat, pemilihan supervisor sangat penting. Korang akan tempuh the ups and down, ribut, taufan, tsunami sepanjang final year dengan beliau. Kalau ok, then you're lucky enough, if not, you would be in a big big trouble, I swear.

Ok. Jom kita sambung, sikit je lagi.

Bila nak approach supervisor tu, perkenalkan la diri elok-elok, bagi tahu niat korang untuk buat fyp di bawah pemantauan pensyarah tersebut. InshaAllah, pensyarah ni mudah je nak di bawa berbincang, dan diorang pun suka jenis pelajar yang approach. Yalah, kita yang nak belajar, kita la yang patut jumpa guru, kan? Begitulah adabnya. Nanti bila dua tiga kali jumpa, barulah akan terasa ada chemistry dengan bakal supervisor korang tu. Rancang elok-elok perjalanan fyp dengan beliau.

Tu je pun sebenarnya.

Di peringkat awal, bermula dengan perancangan. Kalau bab perancangan tak setel, memang huru hara la final year nanti. Perlu diingat, hubungan baik dengan pensyarah atau supervisor kene la jaga sebaik mungkin. Niat ikhlas untuk belajar. Kena marah, tegur tu semua perkara biasa. Jangan nak mengada nangis, down, nak berhenti belajar pulak. Relek, chill..

Selamat menempuh alam final year kepada pelajar tahun 3. Tak lama dah.

Oh, ya, abang dah nak grad. Doakan abang pass viva without correction (IMPOSSIBLE) or minor correction.

Salam Jumaat.

Comments

Encik Suami said…
Assalamualaikum

Hai ameer.datang singgah sini.baru terjumpa blog ameer.

projek final year mmg semua student kene hadap.nak x nak,suka atau tak..kene jugak.tapi xpe..projek berkumpulan kan.so..kene cari rakan yg bertanggungjawab utk melunaskan tugas.kerjasama..baru hasil projek tip top.

try godek dlm blog ameer,tapi x jumpa button follow.acaner nak follow blog ameer nie ye?

Popular posts from this blog

Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan), UPM

Bismillilah. Assalamualaikum wbr. Apa khabar iman? Alamak, soklan maut. Rasa macam kena sepak an. Kali ini, aku nak share pulak tentang jurusan yang sedang aku ambil di peringkat pengajian ijazah. Sekarang ni, memang musim hot hot bebudak menggugel artikel blog yang berkaitan. Penaik semangat kata orang kan. Aku usha blog senior lain, ramai je yang post pasal bidang diorang, tapi untuk bidang aku, tak banyak blog yang share dan kurang pendedahan. 

Untuk pengetahuan, dekat Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM ni terdiri daripada pelajar Perubatan dan Sains Kesihatan. Bagi pelajar Sains Kesihatan terpecah kepada beberapa bidang iaitu 


Bacelor Sains (Bioperubatan)Bacelor Sains (Dietetik)Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan)Bacelor Sains (Pemakanan dan Kesihatan Komuniti)
Tapi, kat sini aku hanya nak fokus pada yang berhighllight tu saja ya. Kalau nak tahu tentang pengalaman kos lain, google je, ada beberapa blog bakal senior anda yang mantop mantop. Ok jap. Blank tetiba …

Pengalaman Asasi Sains Pertanian UPM

Assalamualaikum wbr. Entry kali ini, aku nak kongsikan pengalaman dan perkongsian sedikit sebanyak tentang apa itu Asasi Sains Pertanian yang ditawarkan oleh Universiti Putra Malaysia, Serdang bagi pelajar lepasan SPM. Tadi, secara tak sengaja menyempat jugaklah stalking a few blogs yang menceritakan pengalaman mereka sebagai ex-Asper. Banyak jugak pertanyaan yang tak terjawab, barangkali daripada bakal pelajar yang akan mendaftar.

Untuk makluman, aku merupakan ex-Asper Batch 8. Oh ya. Asper tu adalah singkatan bagi Asasi Sains Pertanian. Special! Jadi lepas ni, tak perlulah sebut panjang-panjang, cukup sebagai Asper.

Awalnya, aku sendiri pun tak tahu menahu pasal Asper ni. Tapi waktu aku Form 5, guru latih pidato, Puan Maslina Rejoh yang banyak share story tentang anak dia yang mendaftar sebagai pelajar Asper. Dan Asasi sains pertanian ni pun agak baru diperkenalkan. Satu-satunya asasi yang mengajar subjek pertanian di Malaysia tahu!

SUBJEK APA YANG PERLU DIAMBIL ?

Ok. Sebelum tu, kepada…

Biasiswa JPA (Program Ijazah Dalam Negara)

Bismillah.

Rasanya, rata-rata antara kita memang dah sedia maklum pasal biasiswa JPA ni. Nak mohon senang, tapi nak dapat tu, mashaAllah punyalah payah. Tapi once dah dapat, alhamdulillah dah tak perlu bimbang tentang bayaran yuran pengajian, duit poket dan sebagainya. Siyes, dapat kurangkan beban keluarga.

Ok. Sebelum kita proceed dengan permohonan, kena lah teliti dulu syarat kelayakan minimum kan. 


Dah habis baca?

Jadi macam mana?

Kalau result korang melepasi syarat minimum, jangan buang masa, terus je mohon. Cara permohonan pun senang je, semuanya atas talian. Log on http://esilav2.jpa.gov.my. (kena sentiasa peka dengan sebarang pengumuman oleh JPA)

Mungkin ramai yang tak tahu. Biasiswa JPA ni sebenarnya dibuka juga kepada pelajar yang sedang dalam pengajian, bukan untuk pelajar lepas ASASI, atau MATRIKULASI yang baru nak masuk universiti saja.

Syarat minimum ialah at least CGPA 3.3.

As usual, untuk student yang self-finance macam aku ni, memang sentiasa tercari-cari peluang untuk mendapa…