Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2016

Floria 2016

Week 14, banyak kuliah yang dah habis. Tunggu masa untuk balik rumah je untuk study week. Hari Isnin lepas, sempatlah kami bertiga ke Presint 4 untuk  tengok macam mana rupanya Floria ni kan. Dah 4 tahun aku kat sini, baru pertama kali jejak Floria. lol

Just nak share photos..






Ada satu taman tu menarik perhatian aku. "Taman Diraja Johor" guys. Haa bangga jap jadi anak Johor. Sempat la borak dengan brader-brader dari Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah. 25 hari ok nak buat semua ni.




One Health Workshop!

Bismillah.  Assalamualaikum wbr. Baru-baru ni aku dan beberapa orang kawan yang lain terpilih untuk mewakili UPM ke Workshop for Training of Communication and Leadership for One Health Community Education. Pelajar-pelajar yang terpilih ni daripada pelbagai latar belakang bidang pendidikan. Antaranya kami dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan ada yang mewakili untuk jurusan Perubatan, Kejururawatan, Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan dan ada juga dari jurusan Bioperubatan. Team kedua dari UPM pula ialah pelajar daripada Fakulti Perubatan Veterinar. Kesemuanya dalam 20 orang saja. Kami berkampung selama 2 hari 1 malam di Avillion Admiral Cove, Port Dickson, Negeri Sembilan.

So, apa sebenarnya workshop ni kan?

One Health program ni diperkenalkan di Malaysia oleh salah seorang profesor daripada Fakulti Perubatan Veterinar UPM. Kiranya, program One Health ni nak menggabungkan kepakaran 3 bidang utama untuk mempertingkatkan taraf kesihatan masyarakat. 3 bidang utama tu termasuklah bi…