Thursday, February 11, 2016

Pendaftaran Pemilih SPR Malaysia



Bismillah.

Assalamualaikum. Perggh lama gila aku tak update blog. Al-maklum, sangat busy dengan urusan pengajian. Dan sekarang baru berkesempatan memandangkan sedang bersenang lenang menikmati cuti semester yang dah nak habis pun minggu depan. lol

Memandangkan tengah cuti dan aku ada kelapangan masa, pagi tadi aku sempat la ke Pejabat Pos untuk mendaftar sebagai pemilih. Tak tau la macam mana, tetiba je dapat 'hidayah' untuk mendaftar. Sesi pendaftaran nya tak lama pun, 5 minit dah siap. Serah ic, semak borang bercetak, tandatangan, cop jari, taraa dah selesai pun. Mudah, cepat dan ringkas.

As this is my first time, berkobar jugaklah nak mendaftar sebagai pengundi, rasa lebih dewasa, ewah! Aku seru kepada pembaca blog ni yang majoritinya lebih kurang sebaya dengan aku jugak, lingkungan 21 tahun dan ke atas untuk segera mendaftar sebagai pemilih.

Kau pun tau kan, sekarang ni negara kita tak stabil dari segi politik dan ekonomi. Kepincangan demi kepincangan berlaku di depan mata dan tak mendapat keadilan yang sewajarnya. Daripada kita berdegar-degar kutuk mengutuk dekat laman sosial, adalah lebih bijak dan padu untuk segera mendaftar sebagai pengundi. Jadinya, waktu pilihan raya umum ke 14 nanti yang dijangka pada tahun depan, 2017, kau dah mampu memilih, calon dan parti mana untuk menang. Come on guys, this is the only chance that we have as Malaysian (democracy).

Siapakah yang layak untuk mendaftar sebagai pemilih?
Warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas, bermastautin di dalam sesuatu bahagian pilihan raya dan tidak hilang kelayakannya di sisi undang-undang.

Mengapa anda perlu mendaftar?
Anda perlu mendaftar sebagai pemilih untuk menjamin hak anda mengundi di dalam sesuatu pilihan raya dan menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara. Pendaftaran sebagai pemilih adalah hak warganegara di bawah Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanakah cara untuk mendaftar?

Pendaftaran statik seperti di kaunter Ibu Pejabat SPR, Pejabat-Pejabat Pilihan Raya
Negeri atau Pejabat Pos Berkomputer. Pemohon perlu mengisi Borang A berdasarkan
maklumat yang terdapat dalam kad pengenalan, resit JPN KPPK 9 atau
Resit JPN KPPK 11 yang telah disahkan butirannya oleh Jabatan Pendaftaran Negara.



Pendaftaran Bergerak seperti Out-Reach Team SPR, Penolong Pendaftar (Parti Politik)
atau Penolong Pendaftar di Pejabat-Pejabat Kerajaan yang dilantik oleh SPR.
Pemohon perlu mengisi Borang A berdasarkan maklumat yang terdapat dalam
 kad pengenalan, resit JPN KPPK 9 atau Resit JPN KPPK 11 yang telah disahkan
butirannya oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

Bilakah waktu untuk mendaftar?
Korang boleh pegi je ke pusat-pusat mendaftar yang telah disebutkan di atas pada tempoh waktu urusan pejabat.

Sekarang ni dah semakin banyak dah kaunter-kaunter pendaftaran SPR dibuka termasuk dekat shopping complex. So, kalau korang dah ternampak tu, segeralah mendaftar jangan berlengah.

Ingat, setakat sembang kencang pasal politik dekat laman sosial tak kemana la kalau kita sendiri tak mendaftar sebagai pemilih. Buat malu je okay..

Tips mudah:
-  sediakan kad pengenalan
-  keluar awal ke pejabat pos berdekatan
-  cakap je kat kaunter, korang nak mendaftar sebagai pengundi/pemilih

selesai.


selamat mendaftar!