Skip to main content

Mengeteh

Bismillah.

Semalam hari terakhir 2015. Masing-masing pun penat dengan segala nota dan peperiksaan bagai. Penat. Ya.. sangat penat. Rasa macam terasing daripada dunia luar okeh.

Pergi turun bawah, lepak bilik Nasrullah and Ariff. Kebetulan diorang pun nak pegi mengeteh. Okay, aku pun ambil kesempatan untuk follow.

Kitorang pun pegilah merayau dekat IOI City Mall, Putrajaya which is 7 minit perjalanan daripada fakulti. Lega baq hang dapat tengok dunia sekejap. Cuci mata, cari inspirasi. Gitu..

So ni la yang kami makan. Harga not bad, rasa.. pun not bad jugak. 




Asalnya kami bertiga je, then tetiba Adam pun nak join jugak. Okay, maka dengan itu adalah jatuh wajib untuk memesan makanan. Baru seronok sikit nak borak. Kami berempat ni senanya lama dah berkawan sejak asasi lagi. Aku, Ariff dengan Nasrullah memang belajar di fakulti yang sama, fakulti perubatan. Adam pulak dari fakulti sains. Nama je satu kampus, tapi susah yang amat nak jumpa. Masing-masing pun busy kan.

Macam-macam benda la yang kami borak, sampai kedai dah nak tutup. Daripada hal pelajaran, sampai ke jodoh. Haihh. Tak sangka dah 4 tahun berkenalan. Tak lama lagi nak grad dah. 





By the way, selamat tahun baru 2016 guys. Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan semakin bertambah berkualiti amal.

Take care! Doakan aku yang masih bergelumang dengan exam akhir semester ni. 

Comments

Popular posts from this blog

Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan), UPM

Bismillilah. Assalamualaikum wbr. Apa khabar iman? Alamak, soklan maut. Rasa macam kena sepak an. Kali ini, aku nak share pulak tentang jurusan yang sedang aku ambil di peringkat pengajian ijazah. Sekarang ni, memang musim hot hot bebudak menggugel artikel blog yang berkaitan. Penaik semangat kata orang kan. Aku usha blog senior lain, ramai je yang post pasal bidang diorang, tapi untuk bidang aku, tak banyak blog yang share dan kurang pendedahan. 

Untuk pengetahuan, dekat Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM ni terdiri daripada pelajar Perubatan dan Sains Kesihatan. Bagi pelajar Sains Kesihatan terpecah kepada beberapa bidang iaitu 


Bacelor Sains (Bioperubatan)Bacelor Sains (Dietetik)Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan)Bacelor Sains (Pemakanan dan Kesihatan Komuniti)
Tapi, kat sini aku hanya nak fokus pada yang berhighllight tu saja ya. Kalau nak tahu tentang pengalaman kos lain, google je, ada beberapa blog bakal senior anda yang mantop mantop. Ok jap. Blank tetiba …

Pengalaman Asasi Sains Pertanian UPM

Assalamualaikum wbr. Entry kali ini, aku nak kongsikan pengalaman dan perkongsian sedikit sebanyak tentang apa itu Asasi Sains Pertanian yang ditawarkan oleh Universiti Putra Malaysia, Serdang bagi pelajar lepasan SPM. Tadi, secara tak sengaja menyempat jugaklah stalking a few blogs yang menceritakan pengalaman mereka sebagai ex-Asper. Banyak jugak pertanyaan yang tak terjawab, barangkali daripada bakal pelajar yang akan mendaftar.

Untuk makluman, aku merupakan ex-Asper Batch 8. Oh ya. Asper tu adalah singkatan bagi Asasi Sains Pertanian. Special! Jadi lepas ni, tak perlulah sebut panjang-panjang, cukup sebagai Asper.

Awalnya, aku sendiri pun tak tahu menahu pasal Asper ni. Tapi waktu aku Form 5, guru latih pidato, Puan Maslina Rejoh yang banyak share story tentang anak dia yang mendaftar sebagai pelajar Asper. Dan Asasi sains pertanian ni pun agak baru diperkenalkan. Satu-satunya asasi yang mengajar subjek pertanian di Malaysia tahu!

SUBJEK APA YANG PERLU DIAMBIL ?

Ok. Sebelum tu, kepada…

Biasiswa JPA (Program Ijazah Dalam Negara)

Bismillah.

Rasanya, rata-rata antara kita memang dah sedia maklum pasal biasiswa JPA ni. Nak mohon senang, tapi nak dapat tu, mashaAllah punyalah payah. Tapi once dah dapat, alhamdulillah dah tak perlu bimbang tentang bayaran yuran pengajian, duit poket dan sebagainya. Siyes, dapat kurangkan beban keluarga.

Ok. Sebelum kita proceed dengan permohonan, kena lah teliti dulu syarat kelayakan minimum kan. 


Dah habis baca?

Jadi macam mana?

Kalau result korang melepasi syarat minimum, jangan buang masa, terus je mohon. Cara permohonan pun senang je, semuanya atas talian. Log on http://esilav2.jpa.gov.my. (kena sentiasa peka dengan sebarang pengumuman oleh JPA)

Mungkin ramai yang tak tahu. Biasiswa JPA ni sebenarnya dibuka juga kepada pelajar yang sedang dalam pengajian, bukan untuk pelajar lepas ASASI, atau MATRIKULASI yang baru nak masuk universiti saja.

Syarat minimum ialah at least CGPA 3.3.

As usual, untuk student yang self-finance macam aku ni, memang sentiasa tercari-cari peluang untuk mendapa…