Skip to main content

My First Baby

Bismilllah 

Whats up? Alhamdulillah masih bernafas. Sihat dan mampu menulis kat blog yang dah lama tak di update. Sekarang ni tengah cuti study week. Ambil kesempatan cuti ni untuk pulang ke Johor. Kononnya nak study dekat rumah la kan. Tapi macam biasalah, tak ada study mana pun. Makan, tido, tengok tv, layan kanak-kanak ribenna, jenjalan. Dia punya enjoy tu macam dah cuti semester beb! Lupa tengah study week. Tepuk dahi.

"My first baby?"
What the? Bila masa ada anak?

Lol.

Yeah. I have a baby ready. 
Jangan marah sebab kahwin tak jemput.
Sebab memang belum berkahwin, tak ada isteri dan belum ber anak.

Baby here means a car! Yes, a car.

Alhamdulillah. Sekarang aku dah ada kenderaan sendiri. Saja nak tulis di blog. Orang kata blog ni kan macam catatan hidup kita kan. Tempat untuk kita tulis kisah-kisah penting dan bermakna dalam kehidupan. Disebabkan aku tak ada diari, dan tak berapa nak rajin menulis pada kertas, maka aku menaip jelah. Cepat, pantas, mudah.

To own a car at this age (i'm 21 yr old now) is a bless. Syukur kepada Allah sebab akhirnya aku ada kenderaan sendiri. Selesa dan mudah untuk bergerak ke mana-mana, tak perlu nak depend pada orang lain. Dan aku boleh keluar bebila je yang aku nak, jauh pun tak apa! Tapi commitment dan tanggungjawab pula yang bertambah. Mematangkan.

Perjalanan untuk berkenderaan sendiri ni tak mudah ya. Sangat panjang. Rasanya aku dah rancang untuk beli kereta ni sejak sem 2 lagi, sebab tak larat nak tunggu bas untuk ke sana sini. Bawa motor kat kawasan Lembah Klang, parents aku tak berapa nak galakkan. Risau katanya. Macam biasalah, bila naik komuter atau bas ni selalu lambat, berhimpit, dan faham-faham jelah keadaan pengangkutan awam yang sarat dengan manusia tu macam mana. Nak-nak kalau kau baru lepas outting bawa beg plastik kiri kanan. Rimas. Sumpah. 

Apakan daya, waktu tu saving pun tak cukup nak buat deposit beli kereta. Tambah, tahun 2015 ni ada GST bagai bagai bagai. Memang mencabar. Tapi nasib baik juga dapat beli kereta tahun ni. Sebab tahun depan, harga kereta melambung naik. Ni salesman dengan pegawai bank yang bagi tau ya. Tak pasti betul ke tak. Tapi kalau tengok situasi ekonomi semasa macam betul ya.

Rezeki Allah bagi.

Yup, Allah bagi rezeki tak diduga. Lama merancang tahu, tapi dah masuk semester 5 baru Allah kabulkan hajat, itu pun ada jugaklah kekangan sikit-sikit tapi alhamdulillah semuanya selesai, dan loan kereta pun lulus sudaa. Alhamdulillah. Semester ni untuk uruskan hal kereta ni je, banyak kali aku ulang alik JB-KL semata-mata. Fuhh

So, secara fizikalnya kereta aku jenis, warna, serba serbi sama dengan kereta dalam gambar kat bawah ni. Kecuali nombor plat kenderaan je yang lain. 

Tada..



2015 Perodua Myvi – 1.5 Advance vs 1.3 Premium X Image #304985
                                                              credit

So far pakai Myvi (tak sampai sebulan) ni okay la. Sangat sangat jimat minyak. Sesuai dengan kehidupan aku yang masih berstatus mahasiswa. Banyak pakai duit, dan kene jimat dalam semua hal. Keluasan dalam, agak luas. Selesa untuk penumpang yang berkaki panjang. Tempat penyimpanan agak limited la kan. Tapi, untuk aku yang masih bujang ni, tak ada masalah untuk turunkan seat belakang untuk letak barang bagai. Untuk pemanduan dalam bandar tak ada masalah. But not for racing. Kereta 1.3 cc kau nak bawa race lelaju? Cari maut okay. haha 

Semoga kenderaan ni aku dapat manfaat darinya, lebih luas dan lapang peluang untuk aku buat gerak kerja dan sebagainya. Dan berdoa juga, semoga Allah pelihara harta benda aku yang tak seberapa ni daripada segala keburukan, kecelakaan, musibat, kecurian dan segala hal yang buruk. inshaAllah.

Selamat menelaah. Doakan aku dapat jawab soalan peperiksaan akhir semester 5 ni dengan jayanya. InshaAllah.

Jaga diri!



Comments

Khairul Nisya said…
Lama dah tak nampak ameer update entry. tahniah dah ade kereta sendiri, rezeki tu. Saye tahun depan baru dapat beli kereta sendiri. Baru mula kerjakan, btw, happy study week :)
Ameer Faris said…
@Khairul Nisya hehe kekangan waktu. tak sangka jugak ada orang baca. haha. inshaAllah saya doakan semoga segala urusan dipermudahkan ya. terima kasih banyak! :)
cik karmila said…
wahh..dah lama tak update sedar sedar dah ada new baby..congrates ! happy study week ^^
Anonymous said…
Beli kereta duit sendiri ke? Mcm mana simpan duit? Share tips please. ^^
Ameer Faris said…
@Anonymous next time share tips eh. haha

Popular posts from this blog

Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan), UPM

Bismillilah. Assalamualaikum wbr. Apa khabar iman? Alamak, soklan maut. Rasa macam kena sepak an. Kali ini, aku nak share pulak tentang jurusan yang sedang aku ambil di peringkat pengajian ijazah. Sekarang ni, memang musim hot hot bebudak menggugel artikel blog yang berkaitan. Penaik semangat kata orang kan. Aku usha blog senior lain, ramai je yang post pasal bidang diorang, tapi untuk bidang aku, tak banyak blog yang share dan kurang pendedahan. 

Untuk pengetahuan, dekat Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM ni terdiri daripada pelajar Perubatan dan Sains Kesihatan. Bagi pelajar Sains Kesihatan terpecah kepada beberapa bidang iaitu 


Bacelor Sains (Bioperubatan)Bacelor Sains (Dietetik)Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan)Bacelor Sains (Pemakanan dan Kesihatan Komuniti)
Tapi, kat sini aku hanya nak fokus pada yang berhighllight tu saja ya. Kalau nak tahu tentang pengalaman kos lain, google je, ada beberapa blog bakal senior anda yang mantop mantop. Ok jap. Blank tetiba …

Pengalaman Asasi Sains Pertanian UPM

Assalamualaikum wbr. Entry kali ini, aku nak kongsikan pengalaman dan perkongsian sedikit sebanyak tentang apa itu Asasi Sains Pertanian yang ditawarkan oleh Universiti Putra Malaysia, Serdang bagi pelajar lepasan SPM. Tadi, secara tak sengaja menyempat jugaklah stalking a few blogs yang menceritakan pengalaman mereka sebagai ex-Asper. Banyak jugak pertanyaan yang tak terjawab, barangkali daripada bakal pelajar yang akan mendaftar.

Untuk makluman, aku merupakan ex-Asper Batch 8. Oh ya. Asper tu adalah singkatan bagi Asasi Sains Pertanian. Special! Jadi lepas ni, tak perlulah sebut panjang-panjang, cukup sebagai Asper.

Awalnya, aku sendiri pun tak tahu menahu pasal Asper ni. Tapi waktu aku Form 5, guru latih pidato, Puan Maslina Rejoh yang banyak share story tentang anak dia yang mendaftar sebagai pelajar Asper. Dan Asasi sains pertanian ni pun agak baru diperkenalkan. Satu-satunya asasi yang mengajar subjek pertanian di Malaysia tahu!

SUBJEK APA YANG PERLU DIAMBIL ?

Ok. Sebelum tu, kepada…

Biasiswa JPA (Program Ijazah Dalam Negara)

Bismillah.

Rasanya, rata-rata antara kita memang dah sedia maklum pasal biasiswa JPA ni. Nak mohon senang, tapi nak dapat tu, mashaAllah punyalah payah. Tapi once dah dapat, alhamdulillah dah tak perlu bimbang tentang bayaran yuran pengajian, duit poket dan sebagainya. Siyes, dapat kurangkan beban keluarga.

Ok. Sebelum kita proceed dengan permohonan, kena lah teliti dulu syarat kelayakan minimum kan. 


Dah habis baca?

Jadi macam mana?

Kalau result korang melepasi syarat minimum, jangan buang masa, terus je mohon. Cara permohonan pun senang je, semuanya atas talian. Log on http://esilav2.jpa.gov.my. (kena sentiasa peka dengan sebarang pengumuman oleh JPA)

Mungkin ramai yang tak tahu. Biasiswa JPA ni sebenarnya dibuka juga kepada pelajar yang sedang dalam pengajian, bukan untuk pelajar lepas ASASI, atau MATRIKULASI yang baru nak masuk universiti saja.

Syarat minimum ialah at least CGPA 3.3.

As usual, untuk student yang self-finance macam aku ni, memang sentiasa tercari-cari peluang untuk mendapa…