Thursday, July 23, 2015

Biasiswa JPA (Program Ijazah Dalam Negara)

Bismillah.

Rasanya, rata-rata antara kita memang dah sedia maklum pasal biasiswa JPA ni. Nak mohon senang, tapi nak dapat tu, mashaAllah punyalah payah. Tapi once dah dapat, alhamdulillah dah tak perlu bimbang tentang bayaran yuran pengajian, duit poket dan sebagainya. Siyes, dapat kurangkan beban keluarga.

Ok. Sebelum kita proceed dengan permohonan, kena lah teliti dulu syarat kelayakan minimum kan. 


Dah habis baca?

Jadi macam mana?

Kalau result korang melepasi syarat minimum, jangan buang masa, terus je mohon. Cara permohonan pun senang je, semuanya atas talian. Log on http://esilav2.jpa.gov.my. (kena sentiasa peka dengan sebarang pengumuman oleh JPA)

Mungkin ramai yang tak tahu. Biasiswa JPA ni sebenarnya dibuka juga kepada pelajar yang sedang dalam pengajian, bukan untuk pelajar lepas ASASI, atau MATRIKULASI yang baru nak masuk universiti saja.

Syarat minimum ialah at least CGPA 3.3.

As usual, untuk student yang self-finance macam aku ni, memang sentiasa tercari-cari peluang untuk mendapatkan tajaan. Dengan ekonomi yang tak berapa nak bagus sekarang ni, buat aku lagi bersemangat untuk cari alternatif sendiri. Jadi, untuk tujuan tu, memang nak tak nak, walau sibuk mana pun, tetap kena jugak rajinkan diri menggoogle mana-mana tawaran scholarship yang dibuka untuk permohonan.

Semester lepas, kebetulan ibu call dari rumah. Inform aku yang dah boleh buat permohonan JPA. Dan tarikh akhir pun teramatlah dekat. Apalagi, aku pun gelabah la. Takut terlepas peluang. 

Actually, awalnya tu aku dah fed up nak mohon JPA ni, sebab waktu lepas asasi dulu dah mohon, tapi tak berjaya. Kemudian waktu first year, cuba mohon lagi, dan tak dapat jugak. Haa.. mau tak give up kan. Tapi, ibu desak jugak untuk mencuba, mana tau rezeki. Aku pun mohon jelah tanpa mengharapkan apa-apa.

Sebulan kemudian... 

Keputusan pun keluar, iaitu pada penghujung Ramadan yang lepas.

Keputusannya ialah...


Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Kali ni berjaya.

Sungguh, rezeki ramadan yang tak disangka-sangka.

"Tulah kan ibu dah cakap, rezeki Allah yang bagi. Ibu tak putus mendoakan anak-anak ibu tau." Kata ibu sambil senyum, tumpang gembira.

 Terima kasih Allah untuk rezeki ni.

Aku rasa kerdil yang amat.

Semoga dengan kejayaan ni, menjadikan diri ni lebih bersemangat untuk belajar, menuntut ilmu, membanggakan keluarga dan menyumbang kembali kepada agama dan bangsa. Ewah !

Kena gigihlah belajar, maintain pointer. Kalau tak scholarship kena tarik, lepas tu kena bayar ganti rugi dekat RM100K ++ okay! Adeh.


 

2 comments

Anonymous
April 15, 2016 at 10:06 PM

kos ap ye awk nie

January 31, 2017 at 11:19 PM

Assalamualaikum....

Nak tanya lepasan SPM memang kena cari peluang (biasiswa) ni ke?
*maaf saya budak noob tak ambil tahu benda ni*
So, sekarang baru rajin and halaaa rasa tak sempat pulak ~~~
Hmmm nak tanya penting ke biasiswa ni and macam mana prosedur nya ya?
i've search in google and found nothing.....plssss help me

Post a Comment