Skip to main content

Trained to be a Professional !





Bismillah. Tetiba tergerak hati nak kongsi bidang apa yang aku ambil sekarang ni, memandangkan ramai jugak yang bertanya. Ramai yang ingat aku tengah buat medik. Tapi, senanya tidak.

Ok, senanya aku penuntut Bacelor Sains Kesihatan (Persekitaran dan Pekerjaan) atau kalau omputeh diorang kata Bachelor of Science (Environmental and Occupational Health). Kat mana? Nanti kau tahu sekejap lagi.


Best ke tak best?


Sumpah best. Dan aku berani cakap, aku tak menyesal pilih bidang ni lepas aku habis asasi sains, juga di universiti yang sama. At first, aku letak Doctor of Medicine as my first choice. But then, aku mimpi apa entah, on the last day before the deadline, aku dengan penuh yakin letak bidang ni as my first choice.


Ada keje tak nanti?


Keje ni rezeki. Tak sepenuhnya bergantung pada bidang apa yang kau ambil kat universiti, sijil atau sebagainya. Tapi, setakat hari ni, memang bidang ni sangat demanding dan diperlukan dalam mana-mana industri terutamanya syarikat swasta.


Keje apa?


Bila bercakap tentang soal kerja, skop bidangnya teramatlah luas. Kau perhatikan nama course ni, Environmental and Occupational Health. Nampak tak, ada 2 cabang bidang kami boleh bergerak. Satu cabang, ke arah persekitaran dan kesihatan awam. Dan satu cabang lagi ke arah industri iaitu kesihatan pekerjaan atau femes dengan panggilan OSHA.


Tapi, kebanyakkan senior selalunya akan ke arah industri. Untuk industri antara bidang tugas sama ada jadi Safety Officer/ Health and Safety Executive, Industrial Hygienist, consultant, jadi tenaga pengajar di NIOSH, bekerja di DOSH, atau off-shore/pelantar minyak (impian kebanyakan student lelaki)




Salah satu sebab aku suka bidang ni ialah kaedah pembelajaran. Kami tak macam pelajar lain di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan yang kadang sesi pembelajaran diorang hanya terhad di dalam makmal, bilik tutorial atau dewan kuliah.


Kelebihannya, memang kami dilatih kow-kow dengan persekitaran bekerja yang sebenar. Bayangkan, waktu kau beringus di tahun 1 lagi kau dah diletakkan ke PBT untuk berlatihan industri. And for me, that was awesome! 


Untuk praktikal di PBT, fokusnya adalah dalam bidang Public Health atau Kesihatan Awam. Jadi, memang seronok la bekerja dengan Majlis Perbandaran selama sebulan, dan kebetulan waktu aku berpraktikal tu adalah musim denggi. Jadi, Jabatan Kesihatan Persekitaran di Majlis Perbandaran tu memang hectic jugaklah. Banyak belajar dan berkongsi pengalaman dengan abang kakak Inspektor Kesihatan, Penguatkuasa, dan Pegawai Kesihatan Persekitaran (Ketua Jabatan).


Gambar kat atas tu pulak gambar waktu kami buat chemical assessment dekat salah sebuah kilang di Bangi (aku tiada dalam gambar :P). Sangat seronok ok dapat dengar pengalaman dan ilmu, perkongsian daripada Safety Health Officer (SHO) kat kilang tu. Dan paling mengkagumkan, walaupun SHO tu dah berpengalaman, tapi dia tak sombong dan mengalu-alukan sebarang pandangan, idea dan kalau ada kesalahan yang kami nampak sepanjang berada di kilang tu, dia minta supaya kami tegur. Sumpah humble. 


Dan bayangkan jugak, kilang tu ada 4 bangunan manufacturing, tapi hanya seorang sahaja SHO di company tu. Hebat tak hebat SHO tu, berat amanahnya nak inspect workers, bagi briefing kat ribuan pekerja (Bangla, Indo, Vietnamese), bagi training lagi. Memang lejen. Sebab tu, bidang ni demanding. Kat Malaysia baru nak naik, dan keperluan SHO terlatih masih kurang. InshaAllah, kami in progress ! 


Gaji seorang Safety Officer mungkin mahsyukk tapi risikonya sangat tinggi. Bayangkan, macam mana kau as Satey Officer nak pastikan semua employees dalam keadaan selamat. Dan realitinya, kemalangan di tempat kerja berlaku hampir setiap hari. So, tanggungjawab SHO sangat penting dan berat, dan kene bijak macam mana nak buat satu system yang efisien untuk kurangkan kemalangan di tempat kerja. 




Ok.

Tentang aktiviti dalam kuliah di kampus.


Dalam kelas pulak pensyarah tak hanya tertumpu pada teori yang terpampang dalam slides. Selalunya kami akan ada hands on activities atau Student Centred Learning untuk uji kefahaman. Selesai buat task, maka akan ada pulak perbentangan depan pensyarah. Siap sedia dengan soklan. So, kami memang banyak kali kene bercakap kat depan. Lelama, rasa gugup tu dah hilang.


Eh, back to the topic.


Kat atas tu adalah gambar pelan atau model hasil penat lelah ahli kumpulan kami. Model tu kami buat dalam kelas Toxical Management and Safety.Satu kumpulan ada 5-6 ahli. Bayangkan, 2 jam je beb untuk siapkan task tu! Actually, senanya dalam kelas hari berkenaan, we were assigned untuk design satu pelan di mana adanya warehouse, residential area dan lain-lain. Setiap kedudukan bangunan, gunung ganang, sungai, jalan raya, kilang, storage area untuk kilang yang kau buat, semuanya perlu diberikan alasan yang kukuh okeh kenapa kau buat dan letak dia kat situ.. Or kalau tak, waktu perbentangan nanti, memang kau kene attack kow-kow dengan lecturer atau coursemates yang lain. haha.


Dan alhamdulillah, group aku berjaya dapat tempat pertama. Boleh la model tu, kami bukan budak architecture pun kan. Hahaha. Dan lega jugak sebab markah yang kami dapat tu nanti akan dimasukkan sekali ke dalam markah final exam nanti. Mudah-mudahan semuanya ok la untuk peperiksaan bertulis minggu depan.


Banyak lagi yang menarik, antaranya kena handle fire-drill peringkat fakulti, dan banyak latihan problem solving dalam emergency response (tindakan kecemasan).


Pernah stau hari, lepas habis kuliah, dapat pulak task berbentuk situasi.

Plant A nak meletup. Pastu Plant B kat sebelah terbakar. Dahlah terbakar, kat kawasan tu pulak tetiba ada lori terbalik. Takut berlaku letupan, sebab kawasan tu dalam radius rumah Perdana Menteri. Nah.. amekaw! Gila kami dibuatnya. Pening macam mana nak kawal kawasan kemalangan dan berisiko. 

Kesimpulannya, I love my field, and I will work harder to become a well-trained Industrial Hygienist. InshaAllah doakan.


Kepada adik-adik yang bakal mendaftar pada bulan September nanti, all the best. Dan terlebih-lebih all the best fot those yang dapat bidang ini dan sekutu baginya. Enjoy ok and be proud! 



Kalau nak tanya apa-apa boleh shoot kat sini jugak. 
http://ask.fm/AmeerFaris104

Popular posts from this blog

Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan), UPM

Bismillilah. Assalamualaikum wbr. Apa khabar iman? Alamak, soklan maut. Rasa macam kena sepak an. Kali ini, aku nak share pulak tentang jurusan yang sedang aku ambil di peringkat pengajian ijazah. Sekarang ni, memang musim hot hot bebudak menggugel artikel blog yang berkaitan. Penaik semangat kata orang kan. Aku usha blog senior lain, ramai je yang post pasal bidang diorang, tapi untuk bidang aku, tak banyak blog yang share dan kurang pendedahan. 

Untuk pengetahuan, dekat Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM ni terdiri daripada pelajar Perubatan dan Sains Kesihatan. Bagi pelajar Sains Kesihatan terpecah kepada beberapa bidang iaitu 


Bacelor Sains (Bioperubatan)Bacelor Sains (Dietetik)Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan)Bacelor Sains (Pemakanan dan Kesihatan Komuniti)
Tapi, kat sini aku hanya nak fokus pada yang berhighllight tu saja ya. Kalau nak tahu tentang pengalaman kos lain, google je, ada beberapa blog bakal senior anda yang mantop mantop. Ok jap. Blank tetiba …

Pengalaman Asasi Sains Pertanian UPM

Assalamualaikum wbr. Entry kali ini, aku nak kongsikan pengalaman dan perkongsian sedikit sebanyak tentang apa itu Asasi Sains Pertanian yang ditawarkan oleh Universiti Putra Malaysia, Serdang bagi pelajar lepasan SPM. Tadi, secara tak sengaja menyempat jugaklah stalking a few blogs yang menceritakan pengalaman mereka sebagai ex-Asper. Banyak jugak pertanyaan yang tak terjawab, barangkali daripada bakal pelajar yang akan mendaftar.

Untuk makluman, aku merupakan ex-Asper Batch 8. Oh ya. Asper tu adalah singkatan bagi Asasi Sains Pertanian. Special! Jadi lepas ni, tak perlulah sebut panjang-panjang, cukup sebagai Asper.

Awalnya, aku sendiri pun tak tahu menahu pasal Asper ni. Tapi waktu aku Form 5, guru latih pidato, Puan Maslina Rejoh yang banyak share story tentang anak dia yang mendaftar sebagai pelajar Asper. Dan Asasi sains pertanian ni pun agak baru diperkenalkan. Satu-satunya asasi yang mengajar subjek pertanian di Malaysia tahu!

SUBJEK APA YANG PERLU DIAMBIL ?

Ok. Sebelum tu, kepada…

Biasiswa JPA (Program Ijazah Dalam Negara)

Bismillah.

Rasanya, rata-rata antara kita memang dah sedia maklum pasal biasiswa JPA ni. Nak mohon senang, tapi nak dapat tu, mashaAllah punyalah payah. Tapi once dah dapat, alhamdulillah dah tak perlu bimbang tentang bayaran yuran pengajian, duit poket dan sebagainya. Siyes, dapat kurangkan beban keluarga.

Ok. Sebelum kita proceed dengan permohonan, kena lah teliti dulu syarat kelayakan minimum kan. 


Dah habis baca?

Jadi macam mana?

Kalau result korang melepasi syarat minimum, jangan buang masa, terus je mohon. Cara permohonan pun senang je, semuanya atas talian. Log on http://esilav2.jpa.gov.my. (kena sentiasa peka dengan sebarang pengumuman oleh JPA)

Mungkin ramai yang tak tahu. Biasiswa JPA ni sebenarnya dibuka juga kepada pelajar yang sedang dalam pengajian, bukan untuk pelajar lepas ASASI, atau MATRIKULASI yang baru nak masuk universiti saja.

Syarat minimum ialah at least CGPA 3.3.

As usual, untuk student yang self-finance macam aku ni, memang sentiasa tercari-cari peluang untuk mendapa…