Skip to main content

Dream Big !

credit

Bismillah. Pehh.. lama aku tak menghapdet blog. Kadang bila ada masa lapang, lawat jugak blog orang lain, terasa nak menaip tapi malas yang amat. 

Alhamdulillah, sem 4 almost done! Terasa sekejap sangat masa berjalan. Sekarang minggu study week, so memasing pun sibuk menelaah buat preparation yang sepatutnya sebelum final exam next week.

Sem 4 ni sumpah sibuk! Mengah, penat giler. Banyak task dan assignments yang super duper padu tahap raksasa, lecturer kami bagi. BIasalah, sem ni kebanyakkannya memang kursus profesional berkaitan bidang yang tengah aku ambil sekarang ni. Memang penting untuk hadam dan faham setiap ceruk ilmu tu. Kalau tak nanti, time FYP, nak bekerja, terkapai-kapai tak tahu pebende.

Dream Big!!

Semua orang ada impian, ada matlamat yang nak dicapai dalam hidup. Tak terkecuali, aku. Kalau bab berangan ni, tak payah nak diajar, hari-hari pun aku berangan. Tengah makan, tengah mandi, tengah basuh baju, tengah melipat baju seluar, tengah sapu sampah, sume aku main taram merambang berangan.

Actually, berangan ni bagus tau sebenarnya. You know why? Bila kita berangan misalnya, "kalau lah aku ada  kerjaya bagus, rumah besar, gaji bekepuk ..... etc.." kau akan jadi seorang yang bermatlamat. 

Aku memang mudah lalai dan perlu sentiasa diingatkan. Jadi bila aku terberangan ke apa kan, dia akan mengingatkan aku balik tentang apa yang aku nak capai. Rasa terarah la sikit, dapat jugak kekuatan untuk lawan level kemalasan tu, dan terpandu sikit untuk perbaiki niat. Well, niat tu sangat penting okeh.

Alam universiti kau kene terima hakikat yang hidup kau tak sentiasa berteman. Memasing pun sibuk dengan urusannya. Ada yang aktif berpersatuan, berprogram, pegang amanah sebagai pemimpin pelajar dan sebagainya. Nak tak nak, kadang memang kau kena bersendiri.

Dalam course Psychology dan Health and Behavior yang ambil sem ni banyak kali tekankan tentang kekuatan dalaman. Betul, memang penting. Hanya kau yang tahu takat mana kekuatan yang kau ada, dan tahap mana kelemahan kau yang memang kadang orang lain pun tak tahu.

Cari kekuatan diri sendiri supaya kita sentiasa bersemangat, kachiaq bergaya untuk terus dan terus melangkah tanpa lelah.

multi-tasker. was doing revision for PKK and criticize the journals. wahaha. pening gua


Selamat bersengkang mata menelaah.

Doakan aku cemeerlang.

Insha Allah. 


Anything,
http://ask.fm/AmeerFaris104

Popular posts from this blog

Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan), UPM

Bismillilah. Assalamualaikum wbr. Apa khabar iman? Alamak, soklan maut. Rasa macam kena sepak an. Kali ini, aku nak share pulak tentang jurusan yang sedang aku ambil di peringkat pengajian ijazah. Sekarang ni, memang musim hot hot bebudak menggugel artikel blog yang berkaitan. Penaik semangat kata orang kan. Aku usha blog senior lain, ramai je yang post pasal bidang diorang, tapi untuk bidang aku, tak banyak blog yang share dan kurang pendedahan. 

Untuk pengetahuan, dekat Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM ni terdiri daripada pelajar Perubatan dan Sains Kesihatan. Bagi pelajar Sains Kesihatan terpecah kepada beberapa bidang iaitu 


Bacelor Sains (Bioperubatan)Bacelor Sains (Dietetik)Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan)Bacelor Sains (Pemakanan dan Kesihatan Komuniti)
Tapi, kat sini aku hanya nak fokus pada yang berhighllight tu saja ya. Kalau nak tahu tentang pengalaman kos lain, google je, ada beberapa blog bakal senior anda yang mantop mantop. Ok jap. Blank tetiba …

Pengalaman Asasi Sains Pertanian UPM

Assalamualaikum wbr. Entry kali ini, aku nak kongsikan pengalaman dan perkongsian sedikit sebanyak tentang apa itu Asasi Sains Pertanian yang ditawarkan oleh Universiti Putra Malaysia, Serdang bagi pelajar lepasan SPM. Tadi, secara tak sengaja menyempat jugaklah stalking a few blogs yang menceritakan pengalaman mereka sebagai ex-Asper. Banyak jugak pertanyaan yang tak terjawab, barangkali daripada bakal pelajar yang akan mendaftar.

Untuk makluman, aku merupakan ex-Asper Batch 8. Oh ya. Asper tu adalah singkatan bagi Asasi Sains Pertanian. Special! Jadi lepas ni, tak perlulah sebut panjang-panjang, cukup sebagai Asper.

Awalnya, aku sendiri pun tak tahu menahu pasal Asper ni. Tapi waktu aku Form 5, guru latih pidato, Puan Maslina Rejoh yang banyak share story tentang anak dia yang mendaftar sebagai pelajar Asper. Dan Asasi sains pertanian ni pun agak baru diperkenalkan. Satu-satunya asasi yang mengajar subjek pertanian di Malaysia tahu!

SUBJEK APA YANG PERLU DIAMBIL ?

Ok. Sebelum tu, kepada…

Biasiswa JPA (Program Ijazah Dalam Negara)

Bismillah.

Rasanya, rata-rata antara kita memang dah sedia maklum pasal biasiswa JPA ni. Nak mohon senang, tapi nak dapat tu, mashaAllah punyalah payah. Tapi once dah dapat, alhamdulillah dah tak perlu bimbang tentang bayaran yuran pengajian, duit poket dan sebagainya. Siyes, dapat kurangkan beban keluarga.

Ok. Sebelum kita proceed dengan permohonan, kena lah teliti dulu syarat kelayakan minimum kan. 


Dah habis baca?

Jadi macam mana?

Kalau result korang melepasi syarat minimum, jangan buang masa, terus je mohon. Cara permohonan pun senang je, semuanya atas talian. Log on http://esilav2.jpa.gov.my. (kena sentiasa peka dengan sebarang pengumuman oleh JPA)

Mungkin ramai yang tak tahu. Biasiswa JPA ni sebenarnya dibuka juga kepada pelajar yang sedang dalam pengajian, bukan untuk pelajar lepas ASASI, atau MATRIKULASI yang baru nak masuk universiti saja.

Syarat minimum ialah at least CGPA 3.3.

As usual, untuk student yang self-finance macam aku ni, memang sentiasa tercari-cari peluang untuk mendapa…