Monday, March 9, 2015

Cinta Sahabat

Dalam menikmati sempurnanya kurniaan Allah, pasti tidak akan terucap lafaz terima kasih kerana tidak terhingga nikmat Allah itu, Alhamdulillah.

Sempurna Allah mahu yang terbaik untuk hambanya. Namun untuk menjadi hamba yang terbaik masih belum kita mampu.

Dalam menjadi yang terbaik dalam bersahabat juga perlu, terbaik itu boleh rasanya tapi sempurna sama sekali tidak, menuju ke arah sempurna itu boleh, ia merupakah saat tarbiyah menuju ke arah kesempurnaan.

Di dalam bersahabat, sahabat itu apabila melihat wajahnya akan ingat Allah, itu sahabat. Apabila kita melihat wajahnya, reaksinya dalam pelbagai situasi, rasa kagum dengan keindahan Islam di hatinya, itu sahabat.

Sahabat dia tidak mengajak sahabatnya yang lain itu terjun ke dalam lubang api neraka, itu sebenar-benar sahabat, jadi sahabat yang bagaimana kita mahu? Sahabat yang membawa kita kepada cahaya cinta Allah, itu yang perlu dicari.

Kadang keseronokan di dunia ini merupakan penyeksaan di neraka kelak. Kita mahu rasa seronok di syurga. Bersusah dahulu, baru akan merasa apa sebenarnya nikmat syurga, ia tidak tercapai akal.

Dia sahabat ada kebaikan, sahabat ini juga ada keburukan, perlu kepada proses memilih, tapi memilih yang bagaimana? Kebaikan di ambil, keburukan sama memahami, bukannya ketika sahabat ini ‘bersih’ disanjung dipuji, apabila sahabat ini ‘kotor’ dikeji dicemuh.

Apabila bersih tidak dijaga, kotor dibuang jauh pula. Sejauh mana anda mengisi kelompongan hati seorang sahabat?

Ditinggal terkontang-kanting, dan menghilang dari segala bimbingan, sahabat yang dahulunya pertama kali berjumpa, nampak kelihatan pemikirannya bersih, indah dengan semangat untuk meneruskan kehidupan.

Namun siapa yang akan mendampingi sahabat ini yang akan mencorak suasana hidupnya tika berjauhan dengan keluarga masing-masing? Fungsi kita terletak di mana? Kita membawa dia ke syurga  atau membawa ke neraka?

Nyata kita ada dia, sahabat, perlu dan memerlukan. Di sana di sini ada peneman akrab, jaga setiap masa agar sentiasa diredhai, menjaga tika lena leka atau alpa. Cinta ilahi jauh di mata bila jauhnya dari sahabat yang dapat mengundang kepada cinta ilahi.

Mujur ada sahabat seperjuangan, yang mengatakan kita harus teruskan segalanya untuk keredhaan ilahi, sahabat seperjuangan yang dapat mengisi kelompongan di hati yang kekosongan sementara kerana berjauhan dengan keluarga masing-masing.

Untuk kita hargai kepelbagaian cinta ini, kita hanya perlu jadi sahabatnya, pasti dia bahagia. Kerana lompongan kasih sayang yang wujud di dalam hati dia terisi.

Ketenangan ada sahaja di mana-mana. Jika tidak jumpa ketenangan itu mungkin kerana kita tidak mencari. Dan kebahagiaan bersama sahabat-sahabat jangan disiratkan di hati, tak rasa kerana kita tidak menghayati.

Solat bersama, berzikir munajat, dan saling mengingati, ukhwah fillah mudah sahaja dibentuk dengan setiap kali pertemuan. Saling berkongsi penyampaian demi penyampaian dan saling melengkapi dengan perkongsian ilmiah. Saya rasa kelompongan di hati untuk sahabat dapat sahaja diisi, walaupun berjauhan dengan keluarga.

Ber usrah, ber halaqah, ber tamrin, ber jaulah, ber rehlah, ber program bersama, dan segala macam ‘ber’ lagi dengan niat, jom masuk syurga sama-sama !

Jika ada sahabat yang sebenar sahabat, dialah yang membawa ke syurga. Bisikkan kerinduan, keinsafan, pengharapan, sembahkan pengorbanan membuktikan kecintaan. Bersama bermimpikan syurga. Juang dan janji sahabat untuk ke syurga, ingat juga janji dengan ahli keluarga.

Ada, insan sebegini, dengan sahabat penuh janji setia ke syurga seangkatan dengan ahli kumpulannya, namum ahli keluarga sendiri dibiar. Jangan lupa janji dengan ahli keluarga, ingat itu !