Saturday, February 14, 2015

Baru Permulaan.


Bismillah. Keputusan peperiksaan bagi pelajar IPTA serata Malaysia telah keluar di laman web universiti masing-masing. Bagaimana keputusan peperiksaan kalian? Mungkin ada antara kita yang sedih kecewa kerana apa yang dihajati tak tercapai. Dan mungkin juga antara kita yang berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang. Apapun Tahniah.

Tidak kira apa jua keputusan yang kita terima, mari, kita ucapkan ALHAMDULILLAH !

Malam semalam aku gagahkan juga diri untuk menyemak keputusan peperiksaan semester 3. Kali ini tidak keseorangan, tapi bersama bonda tercinta. Memang aku relakan saja ibu untuk menggodeh portal web tersebut. Biarlah, ibu patut tahu prestasi anaknya sepanjang pengajian sejak tahun 1. Berkat doa ibu, mungkin lebih banyak kejayaan menyusul kemudian.

InshaAllah, masih banyak masa untuk perbaiki segala kelemahan. Yang pastinya, takkan sesekali aku berputus asa. Segala yang baik dan buruk, jatuh dan menaik, mendorong diri untuk sentiasa bermuhasabah dan flashback  apa yang kita lalui sepanjang semester yang lepas.

Bergelar seorang pelajar bukanlah sesuatu yang mudah. Terlalu banyak halangan dan dugaan yang kita terpaksa tempuh sepanjang perjalanan tu. Lebih-lebih lagi pelajar universiti.

Yakinlah dengan setiap ketentuan. Kejayaan itu hak Allah untuk memberi kepada sesiapa yang diingankanNya. Tugas kita adalah berusaha semampu daya. Ramai yang silap pandang, menganggap kejayaan itu adalah hasil usahanya semata. Hakikatnya, silap. Tiada daya dan kemampuan tanpa rahmat Allah. Masakan kalau Allah tidak mengurniakan kau kepintaran, kesihatan maka kau mampu berusaha sedemikian? Tentulah tidak bukan.

Jom kembali bermuhasabah.

Sejauh mana kita meletakkan kebergantungan kepada Allah. Terkadang kita terlalai juga. Gigih berusaha tapi kurang berdoa. Seakan tidak yakin dengan the power of dua, culas untuk duduk seketika berwirid berzikir seusai solat. Bukan tu saja, mari juga kita imbas balik, betapa kerap kita melakukan ibadah sunat, ke mana solat dhuhanya, tahajudnya dan mutabaah amal yang lain? Terduduk.

Kerana kita seorang pelajar Islam, niat itu penting. Tak guna jika kita bersusah payah untuk mendapatkan keputusan peperiksaan 4 rata untuk kesenangan dunia semata-mata. Sedangkan, dunia ini hanyalah tempat persinggahan yang tak berkekalan. Seharusnya, segala apa yang kita lakukan menjadi jambatan ke akhirat.

Berusaha bersungguh-sungguh supaya dapat sumbang sesuatu untuk Islam.
Belajar kerana Allah.
Segalanya-galanya kerana Allah.