Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2015

Bagaimana Hidup Diurus Allah?

Bagaimana Hidup Diurus Allah? Redha dengan Allah. Redha dengan takdir bukanlah DI AKHIR!!!! Bukan setelah semua dilakukan akhirnya baru ingin redha dan menerima setelah segala usaha masih gagal. Ini bukan berserah. Ini mengalah. Redha = Menerima kehendak Allah + Mengikut ketetapan yang ditetapkan Allah. Redha atau menerima ini harusnya di awal. Redha dahulu apa jua yang telah dan sedang berlaku. Namun sesuatu yang belum berlaku, usahakan andai ia baik. Jauhkan andai ia tidak baik. Apa yang telah berlaku, terima dan redha. Kemudian teruslah ikut ketetapan yang ditetapkan Allah. Apabila saat ini sakit… redha. Kemudian ikut ketetapan yakni mencari cara untuk sembuh. Ke klinik, ke farmasi atau apa jua cara untuk sembuh. Apabila tiada rezeki…. redha. Kemudian ikut ketetapan yakni harus mencari rezeki. Ada tanggungjawab untuk diuruskan dengan rezeki. Boleh jadi membayar hutang, memberi nafkah makan, minum, tempat tinggal, bersedekah, berzakat, haji dan sebagainya. Apabila tiada ilmu….. redha. Kemu…

Terima Dahulu Kehendak Allah

Apabila ada masalah dan masih belum selesai masalah tersebut, maka yang utama bukan pening kepala memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah itu terlebih dahulu. Tetapi yang utama adalah menerima dahulu kehendak Allah dengan aturanNya. Apabila masalah tidak selesai, kita masih ada peluang masuk ke Syurga Allah dan menemuiNya. Namun andai GAGAL menerima kehendak Allah, Allahurabbi… masuklah kita dalam kumpulan Iblis yang tidak menerima kehendak Allah walaupun hanya satu hal yakni sujud pada Adam. Nauzubillah. Lalu mari kita menerima kehendak Allah ke atas apa yag berlaku. Menerima kehendak Allah bukan bermakna MENYERAH KALAH. Tetapi kita masuk ke tingkatan bertenang di mana kita mengikut aturan Allah. Di dalam ketenangan itu nanti ada ilham yang masuk ke hati kita dan menjana fikiran dan idea dalam menyelesaikan masalah itu. Nanti akan kelihatan jelas jalan-jalan penyelesaian ketika hati dalam ketenangan yang asli. Tidak dibuat-buat tenang dengan memasukkan fikiran yang positif sedangkan…

Baru Permulaan.

Bismillah. Keputusan peperiksaan bagi pelajar IPTA serata Malaysia telah keluar di laman web universiti masing-masing. Bagaimana keputusan peperiksaan kalian? Mungkin ada antara kita yang sedih kecewa kerana apa yang dihajati tak tercapai. Dan mungkin juga antara kita yang berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang. Apapun Tahniah.
Tidak kira apa jua keputusan yang kita terima, mari, kita ucapkan ALHAMDULILLAH !
Malam semalam aku gagahkan juga diri untuk menyemak keputusan peperiksaan semester 3. Kali ini tidak keseorangan, tapi bersama bonda tercinta. Memang aku relakan saja ibu untuk menggodeh portal web tersebut. Biarlah, ibu patut tahu prestasi anaknya sepanjang pengajian sejak tahun 1. Berkat doa ibu, mungkin lebih banyak kejayaan menyusul kemudian.
InshaAllah, masih banyak masa untuk perbaiki segala kelemahan. Yang pastinya, takkan sesekali aku berputus asa. Segala yang baik dan buruk, jatuh dan menaik, mendorong diri untuk sentiasa bermuhasabah dan flashback  apa yang kita lalui …