Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2015

Kisah 2 Suamiku Ahli Jemaah

Artikel ini diterbitkan hasil pertemuan sekumpulan Muslimat Malaysia bersama Ummu Muhammad pada tahun 2000. Ingin saya kongsikan bersama sahabat2 bagaimana kehidupan Ummu Muhammad (zaujah kepada As-Syeikh Sa'id Hawwa) sepanjang bergelar isteri kepada seorang pejuang..

BAGAIMANAKAH KEHIDUPAN SYEIKH SA'ID HAWWA SECARA TERPERINCI?

Syeikh Rahimahullah amat sibuk dengan urusan dakwah sejak sebelum berkahwin lagi.Oleh itu,selepas berkahwin beliau berusaha meluangkan masanya untuk bersama anak-anaknya dan berbincang dalam pelbagai isu serta mendidik mereka dalam urusan agama dan kemasyarakatan.
Anak-anaknya masih kecil ketika beliau dipenjarakan selama 5 tahun pada 1973 hingga 1978.Lalu saya memikul tanggungjawab mendidik anak-anak dan ketika itu dikurniakan 4 orang anak,3 lelaki dan seorang perempuan-Muhammad,Ahmad,Mu'az,dan Fathimah,Alhamdulillah.

Sesungguhnya Allah mengurniakan bantuan kepada saya sehingga mampu memberikan didikan agama buat anak-anak.Justeru,apabila beliau keluar…

Kisah 1 Suamiku Seorang Syuhada'

Temuramah bersama isteri asy-syahid Dr Aziz Rantisi

Anda sudah tahu akan syahidnya Dr Aziz Rantisi. Setiap kehebatan seorang suami pasti ada pendorong tidak lain tidak bukan isterinya yang bernama Puan Rasya (Ummu Muhammad) . Mari sama-sama kita selami akan ketabahan hidup beliau sebagai seorang isteri kepada pejuang yang hebat ini. 

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka) Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar. 

Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan perolehi dari Allah (sesuatupun)yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. (Al-Baqarah : 120) 

Kata-katanya (isteri as-Syahid) menggambarkan kesabaran yang luar biasa dan pendirian yang mengkagumkan. Sinar suara yang tiada …

Siapa Mereka Di Hati Kita?

Sahabat adalah orang yang selalu muncul dalam kepala kita untuk berkongsi dengannya apa saja yang kita lalui dalam kehidupan seharian. Minda kita seolah-olah sentiasa berbual dengannya. 

Semakin kita rapat dengan sahabat kita sepatutnya semakin tebal hati kita menerima kata-katanya bukan semakin sensitif. Sahabat lebih dari kekasih kerana sayang kita bukan berdasarkan nafsu dan kasih kita kepadanya tidak punya syarat. 

Kehadiran sahabat sejati membawa cahaya yang dengannya kita dapat melihat kekurangan diri tanpa rasa curiga. Kehadiran kekasih membawa angan-angan yang dengannya tertutup penglihatan terhadap kebenaran dan kita diselubungi curiga akan kekurangan diri. 

Kita tidak menarik perhatian sahabat kita dengan menunjukkan kelebihan kita sebagaimana yang kita lakukan kepada kekasih. Sahabat tidak tergoda dengan kecantikan atau kekacakan kita malah dialah yang menghampiri kita kerana kekurangan yang kita ada.  

Sahabat untuk kita ‘express’ Kekasih untuk kita ‘impress’. Antara ‘ to expr…