Skip to main content

Road to Final ! Cara Aku Setadi.

Alhamdulilllah. Sedar tak sedar dah nak penghujung sem 3. Sumpah tak terasa lama. Setiap minggu pun rutin aku tersangatlah sibuk. Ada saja benda yang tercatat dalam planner, kena hadir mesyuarat, perbincangan, terlibat dalam program atau aktiviti, dalam masa yang sama kena maintain study, pencapaian akademik yang utama. Jujur. Penat. 

Tapi aku relakan jugak, sebab pada aku pengalaman tu tersangatlah berguna. 
Kat kampus ni lah aku develop skills baru. Latih diri untuk jadi multitasker. Dan alhamdulillah, aku semakin cekap mengawal emosi dan stress. 

Cara aku study.

Ramai suka bertanya tentang bagaimana aku setadi? Aku tak tahulah sama ada memang diorang buat konspirasi untuk bertanya pada aku soklan yang sama kan. Tapi, macam tulah situasinya. Haha. Bajet retis jap.

Cara setadi ni ada pelbagai. Nak-nak kau ni lelaki. Tahap fokus, cara buat nota memang tak sama la kan citernya dengan cara budak perempuan. Kalau gegurl, nota diorang siap ada smurf, awan biru, pelangi petang, hujan renyai-renyai, bunga raya bagai! Tapi nota kita, ehem, tu pun kadang tak habis buat. Kah! Cara setadi sekolah dengan universiti tak sama. 

Tapi, syukurlah lepas SPM dulu, aku dapat asasi sains. 100% cara pembelajaran, kehidupan sama macam kehidupan mahasiswa sebenar. Jadi, sedikit sebanyak memang membantu aku untuk adapt dengan kehidupan sekarang.

1. Setadi tak kira waktu. Jangan bertangguh.


Ok. Ini sumpah poyo. Tapi, memang macam tulah yang aku amalkan. Ada masa lapang, setadi. Kadang, memang ada kebetulan satu malam tu tiada meeting yang perlu dihadir, tiada assignments perlu disiapkan, maka itulah saat terbaik untuk menelaah. Abaikan apa orang kata. Skema? Well brader, lu tengok bebetul gua skema ke tak.

              
Jujur aku katakan, kat universiti, walaupun kau sama course dengan rumet, atau sesiapa sahaja, percayalah setiap orang jadualnya tak sama. Kalau kau tahu yang kau jenis aktif, tak duduk diam, selalu tak ada kat bilik, maka cara setadi berterusan tersangatlah membantu untuk kau catch up study atau topics tertentu yang susah. Nanti, musim exam atau test tak delah menggelabah ke down ke apa kan.

2. Aku bukan jenis duduk lekat kat meja.

Yang ni jujur. Bila nak setadi, letak la posisi kau yang paling selesa. Aku bukan jenis yang duduk atas meja, mengadap nota, highlight sume tu. Selalunya kalau bertahan untuk 10-15 minit je. Kalau lebih, itu bonus! Bese berlaku bila aku minat subjek atau topik tu. Tapi bila aku mula hilang fokus. Maka, berteguk-teguklah air kat depan tu aku minum. 


Taraa.. hambek. Siap ada satu set meal sebelum tido. Bila rasa dah hilang fokus, aku akan turun duduk terlentang kat bawah sambil melayan seteguk susu coklat panas. Kalau rajin sikit, aku akan masaklah mi segera. Slurrpp.

3. Rancang jadual belajar.

Cliche. Mana-mana buku motivasi pun suka mention pasal benda ni. Tapi, betul lah. Benda ni penting sebagai perancangan. Misalnya, kau dah buat siap-siap, apa yang kau nak buat dalam tempoh seminggu tu. Kalau ada test, maka kau dah boleh rancang dah, bila due date yang kau akan habis buat revision untuk sesuatu subjek tu.

Tak perlu pun buat kemas-kemas, lukis atas ketas kaler-kaler ke apa, just buat short and simple notes/memo. Manfaatkanlah laptop kau tu. Kan ada sticky notes. Boleh cuba.

Sekian tips dari saya. Dan senanya tak layak pun nak bagi tips.

Hahaha.



Popular posts from this blog

Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan), UPM

Bismillilah. Assalamualaikum wbr. Apa khabar iman? Alamak, soklan maut. Rasa macam kena sepak an. Kali ini, aku nak share pulak tentang jurusan yang sedang aku ambil di peringkat pengajian ijazah. Sekarang ni, memang musim hot hot bebudak menggugel artikel blog yang berkaitan. Penaik semangat kata orang kan. Aku usha blog senior lain, ramai je yang post pasal bidang diorang, tapi untuk bidang aku, tak banyak blog yang share dan kurang pendedahan. 

Untuk pengetahuan, dekat Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM ni terdiri daripada pelajar Perubatan dan Sains Kesihatan. Bagi pelajar Sains Kesihatan terpecah kepada beberapa bidang iaitu 


Bacelor Sains (Bioperubatan)Bacelor Sains (Dietetik)Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan)Bacelor Sains (Pemakanan dan Kesihatan Komuniti)
Tapi, kat sini aku hanya nak fokus pada yang berhighllight tu saja ya. Kalau nak tahu tentang pengalaman kos lain, google je, ada beberapa blog bakal senior anda yang mantop mantop. Ok jap. Blank tetiba …

Pengalaman Asasi Sains Pertanian UPM

Assalamualaikum wbr. Entry kali ini, aku nak kongsikan pengalaman dan perkongsian sedikit sebanyak tentang apa itu Asasi Sains Pertanian yang ditawarkan oleh Universiti Putra Malaysia, Serdang bagi pelajar lepasan SPM. Tadi, secara tak sengaja menyempat jugaklah stalking a few blogs yang menceritakan pengalaman mereka sebagai ex-Asper. Banyak jugak pertanyaan yang tak terjawab, barangkali daripada bakal pelajar yang akan mendaftar.

Untuk makluman, aku merupakan ex-Asper Batch 8. Oh ya. Asper tu adalah singkatan bagi Asasi Sains Pertanian. Special! Jadi lepas ni, tak perlulah sebut panjang-panjang, cukup sebagai Asper.

Awalnya, aku sendiri pun tak tahu menahu pasal Asper ni. Tapi waktu aku Form 5, guru latih pidato, Puan Maslina Rejoh yang banyak share story tentang anak dia yang mendaftar sebagai pelajar Asper. Dan Asasi sains pertanian ni pun agak baru diperkenalkan. Satu-satunya asasi yang mengajar subjek pertanian di Malaysia tahu!

SUBJEK APA YANG PERLU DIAMBIL ?

Ok. Sebelum tu, kepada…

Biasiswa JPA (Program Ijazah Dalam Negara)

Bismillah.

Rasanya, rata-rata antara kita memang dah sedia maklum pasal biasiswa JPA ni. Nak mohon senang, tapi nak dapat tu, mashaAllah punyalah payah. Tapi once dah dapat, alhamdulillah dah tak perlu bimbang tentang bayaran yuran pengajian, duit poket dan sebagainya. Siyes, dapat kurangkan beban keluarga.

Ok. Sebelum kita proceed dengan permohonan, kena lah teliti dulu syarat kelayakan minimum kan. 


Dah habis baca?

Jadi macam mana?

Kalau result korang melepasi syarat minimum, jangan buang masa, terus je mohon. Cara permohonan pun senang je, semuanya atas talian. Log on http://esilav2.jpa.gov.my. (kena sentiasa peka dengan sebarang pengumuman oleh JPA)

Mungkin ramai yang tak tahu. Biasiswa JPA ni sebenarnya dibuka juga kepada pelajar yang sedang dalam pengajian, bukan untuk pelajar lepas ASASI, atau MATRIKULASI yang baru nak masuk universiti saja.

Syarat minimum ialah at least CGPA 3.3.

As usual, untuk student yang self-finance macam aku ni, memang sentiasa tercari-cari peluang untuk mendapa…