Skip to main content

Jawatan Itu Satu Ujian


Kadangkala menjadi seorang pemimpin baik pemimpin pelajar, persatuan, jemaah mahu pun kepada diri sendiri, terasa seolah-olah diri sangat teruk! Tidak menjalankan amanah sebaiknya! Terlalu banyak kecelaruan yang menjadi dilema diri. Diri seolah-olah tidak bermaya lagi untuk menggalas berat bebanan amanah. 

Soal layak atau tidak layak memegang amanah semakin menghentam kepala apabila peringatan "sebelah kaki seorang pemimpin sudah sedia terjejak ke pintu api neraka!" sering menjengah ke ruang pemikiran dan mendapat tempat di hati. Bagaikan terlalu banyak kelompangan yang perlu diisi dan diperbaiki. "Celakalah kamu! Pemimpin yang sangat teruk! Baik letak jawatan sahaja!" Jika itu apa yang kamu fikirkan, TAHNIAH!!!!!! Pelik. Kenapa pula? PEMIMPINKAH KAMU? Pemimpin, satu amanah dan bukannya tempat mencari kemuliaan sebab amanah ini akan ditanya di akhirat nanti.


Realitinya hari ini pemimpin dipuji, diberi sambutan dan tepuk sorak. Siapalah tidak ghairah pasang angan-angan menjadi pemimpin, hingga ada yang berkata: “Asyik dia orang saja dapat, bila lagi giliran aku pula?” Islam sejak beratus tahun lampau mencipta rekod kepemimpinan di pelbagai benua dan kota, terus melakarkan beberapa pra syarat agar pemimpin betul-betul ‘menjadi’ dan orang yang dipimpin menerima nikmat kepimimpinan, bukan hanya terpimpin selamat di dunia malah juga di akhirat nanti. Syarat pertama pemimpin ialah iman. 


Dalam surah al-Kahfi Allah SWT menyatakan iman itu ada tiga implikasi, iaitu 'imun', 'aman' dan 'amin.' Imun maknanya kebal daripada maksiat dan kebal daripada rasuah mahu pun salah guna kuasa. Aman maknanya dia berasa aman bila bersama Allah, malah di depan orang dia baik, di belakang orang pun dia tetap baik, bukannya hipokrit. Manakala 'amin' pula maknanya orang yang boleh dipercayai. Apabila sudah dipercayai barulah layak menerima amanah . 


Syarat kedua ialah ilmu kepemimpinan. Kepemimpinan bukannya secara spontan atau pakai tangkap muat sahaja, sebaliknya mesti ada ilmu. Makna kepemimpinan ialah cara menggunakan pengaruh untuk mempengaruhi pengikut mencapai matlamat yang digarap. Jika tidak ada ilmu, sepak terajang dan karenah kepemimpinan, nanti kita pula yang dipimpin dan menjadi mangsa.


Syarat ketiga ialah 'selfleadership.' Bagaimana kita boleh memimpin orang lain kalau diri kita tidak terpimpin? Perkataan 'leader' merujuk kepada tanggungjawab (al-mas'uliyah). Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Setiap kamu dalam pemimpin dan setiap kamu akan diminta pertanggungjawab berdasarkan apa yang kamu pimpin.” Syarat ini menggambarkan orang yang memimpin itu mampu bertanggungjawab terhadap diri sendiri. Maknanya, pemimpin tidak cepat melemparkan tanggungjawabnya kepada orang lain, tidak cepat terpengaruh dengan khabar yang tidak pasti. Jika dia melakukan kesilapan, diri sendiri menanggung risiko, bukan mengkambing hitamkan orang lain demi keselamatan diri. 


Syarat keempat ialah keperluan 'The Power Of Communication.' Ketika berinteraksi dengan pengikut akan menghadapi pelbagai kerenah, keinginan dan tuntutan yang semestinya mampu menenangkan mereka walaupun hajat tidak tertunai, bukannya putar belit.


Cara berkomunikasi ada empat: 


1) Cakap mudah difahami, bahasa terang, arahan jelas tidak berbelit-belit. 

2) Kesamaan. Setiap orang mudah didampingi, tidak ada tembok pemisah atau terlalu protokol. Pasangan berkahwin hanya kerana banyak kesamaan antara mereka, nescaya akan bercerai jika ada banyak perbezaannya. 
3) Ikhlas. Walaupun ikhlas terletak di hati dan tidak nampak dengan mata namun ia dapat dirasai. Jika tidak ikhlas seakan ada satu gelombang yang mengganggu perasaan orang yang dipimpin. Kata-kata tidak tajam tidak tertusuk di hati. 
4) The power of service. Cakap hanya perlu pada tempatnya tetapi bertindak semestinya lebih banyak. 

Allah memberikan kita dua telinga supaya kita banyak mendengar, Allah memberikan kita dua mata supaya kita banyak melihat dan mengamatinya, kemudian bertindak berasaskan pendengaran dan pemerhatian. 


Rasanya elok juga disinggung sedikit "keegoaan" pemimpin ini tentang perkara yang menambah komitmen moral seorang pemimpin berasaskan tafsir lima ayat surah al-Muddassir


i- Bangun dan beri peringatan. Pemimpin mempunyai kepedulian sosial yang tinggi. Sekiranya di sekelilingnya terdapat perkara menyalahi kebenaran, dengan kuasanya dia akan meluruskannya.

ii-Mesti membesarkan AllahPemimpin perlu sentiasa ke depan tetapi jangan mendahului Allah. 
iii- Bersihkan pakaiannya. Pakaian luar dan dalam iaitu hati biar turut bersih. 
iv- Tinggalkan dosa
v- Janganlah memberi sesuatu kerana ingin mendapat lebih banyak malah kalau boleh jangan ingat bahawa kita pernah memberi kepada seseorang.

Peringatan-peringatan yang sering dipekakkan telinga si pemimpin tidak cukup jika tiada rasa keinsafan, rendah diri dan muhasabah walau sebentar. Jawatan itu untuk mendekatkan diri kepada Allah, memperbaiki diri dan menggilap potensi diri yang masih tersimpan rapi. Namun, berhati-hatilah! Jangan sampai rasa rendah diri tersebut dan soal kelayakan memakan diri pula. Dos yang diperlukan biarlah pada tahap terkawal.


Melayan karenah orang bawahan, berkerja dengan pihak atasan, tugas belajar dan menyiapkan assignment yang terpaksa ditangguh banyak menguji erti kesabaran dan keimanan. Itulah yang dikatakan UJIAN! Jika tidak ada ujian bagaimana pula nak dekatkan diri kepada Allah?! Allah pula tak akan uji kalau kita tidak mampu dan belum bersedia. Pasakkan kata-kata ini sekuat hati di dalam jiwa dan otak! Itulah motivasi untuk terus menyumbang kepada Islam.  


Sudahkah kita lupa bahawa : Hidup ini menjadi payah jika kita kata payah! Hidup ini menjadi mudah jika kita kata senang! Dalam keadaan kita separa sedar, apa sahaja yang sering dilafaz automatik melekat di dalam otak. Dan badan kita akan bertindak mengikut arahan yang diterima. Untuk itu, belajarlah untuk menerima kekurangan yang ada kerana di situlah kesempurnaan hidup akan bermula. Pujuklah hati untuk menerima penangan ujian amanah ini dengan redha dan bersabar. 


Sedikit pesanan yang disimpan rapi untuk perkongsian bersama : "Dengan izin Allah ana terpilih menjadi pemimpin. Jadi setelah musyawarah dengan orang terdekat jua istikharah, Allah menetapkan ana di sini pada hari ini. Tempat yang bersamanya masih lagi proses jua bi'ah solehah, ada jiwa-jiwa yang penuh rendah diri meminta rahmatNya, jiwa-jiwa yang membawa menuju kepada jalanNya. Allah tahu, ana dahagakan tarbiyyah (didikan) daripadaNya. 


Oleh itu bersama kesakitan, kepayahan dan keletihan, Dia kurniakan nikmat. Apa akan jadi jika tidak berterusan dalam proses tarbiyyah? Pastinya jiwa ana dan juga jiwa-jiwa lain kosong, mati. Jiwa yang kosong itu adalah sebenarnya jiwa yang mati. Tiada rasa lagi untuk menjadi hamba Allah yang haya', berbuat segala macam yang Allah larang. Oleh itu sentiasalah pohon agar Allah mengurniakan qalbun salim iaitu hati yang sihat. Proses tarbiyyah itu perlu berterusan. Kita minta agar Allah sentiasa mengurniakan rahmat pada kita dan jua hamba-hambaNya yang lain, jauh dari 'ujub riya' dan takabbur, Moga-moga Allah pelihara iman kita. InsyaAllah"



Popular posts from this blog

Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan), UPM

Bismillilah. Assalamualaikum wbr. Apa khabar iman? Alamak, soklan maut. Rasa macam kena sepak an. Kali ini, aku nak share pulak tentang jurusan yang sedang aku ambil di peringkat pengajian ijazah. Sekarang ni, memang musim hot hot bebudak menggugel artikel blog yang berkaitan. Penaik semangat kata orang kan. Aku usha blog senior lain, ramai je yang post pasal bidang diorang, tapi untuk bidang aku, tak banyak blog yang share dan kurang pendedahan. 

Untuk pengetahuan, dekat Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM ni terdiri daripada pelajar Perubatan dan Sains Kesihatan. Bagi pelajar Sains Kesihatan terpecah kepada beberapa bidang iaitu 


Bacelor Sains (Bioperubatan)Bacelor Sains (Dietetik)Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan)Bacelor Sains (Pemakanan dan Kesihatan Komuniti)
Tapi, kat sini aku hanya nak fokus pada yang berhighllight tu saja ya. Kalau nak tahu tentang pengalaman kos lain, google je, ada beberapa blog bakal senior anda yang mantop mantop. Ok jap. Blank tetiba …

Pengalaman Asasi Sains Pertanian UPM

Assalamualaikum wbr. Entry kali ini, aku nak kongsikan pengalaman dan perkongsian sedikit sebanyak tentang apa itu Asasi Sains Pertanian yang ditawarkan oleh Universiti Putra Malaysia, Serdang bagi pelajar lepasan SPM. Tadi, secara tak sengaja menyempat jugaklah stalking a few blogs yang menceritakan pengalaman mereka sebagai ex-Asper. Banyak jugak pertanyaan yang tak terjawab, barangkali daripada bakal pelajar yang akan mendaftar.

Untuk makluman, aku merupakan ex-Asper Batch 8. Oh ya. Asper tu adalah singkatan bagi Asasi Sains Pertanian. Special! Jadi lepas ni, tak perlulah sebut panjang-panjang, cukup sebagai Asper.

Awalnya, aku sendiri pun tak tahu menahu pasal Asper ni. Tapi waktu aku Form 5, guru latih pidato, Puan Maslina Rejoh yang banyak share story tentang anak dia yang mendaftar sebagai pelajar Asper. Dan Asasi sains pertanian ni pun agak baru diperkenalkan. Satu-satunya asasi yang mengajar subjek pertanian di Malaysia tahu!

SUBJEK APA YANG PERLU DIAMBIL ?

Ok. Sebelum tu, kepada…

Biasiswa JPA (Program Ijazah Dalam Negara)

Bismillah.

Rasanya, rata-rata antara kita memang dah sedia maklum pasal biasiswa JPA ni. Nak mohon senang, tapi nak dapat tu, mashaAllah punyalah payah. Tapi once dah dapat, alhamdulillah dah tak perlu bimbang tentang bayaran yuran pengajian, duit poket dan sebagainya. Siyes, dapat kurangkan beban keluarga.

Ok. Sebelum kita proceed dengan permohonan, kena lah teliti dulu syarat kelayakan minimum kan. 


Dah habis baca?

Jadi macam mana?

Kalau result korang melepasi syarat minimum, jangan buang masa, terus je mohon. Cara permohonan pun senang je, semuanya atas talian. Log on http://esilav2.jpa.gov.my. (kena sentiasa peka dengan sebarang pengumuman oleh JPA)

Mungkin ramai yang tak tahu. Biasiswa JPA ni sebenarnya dibuka juga kepada pelajar yang sedang dalam pengajian, bukan untuk pelajar lepas ASASI, atau MATRIKULASI yang baru nak masuk universiti saja.

Syarat minimum ialah at least CGPA 3.3.

As usual, untuk student yang self-finance macam aku ni, memang sentiasa tercari-cari peluang untuk mendapa…