Skip to main content

Biar Hati Berbicara Saat Lidah Kelu Tak Mampu Bersuara


Begitu banyak orang yang hari-harinya berlalu dengan penat dan lelah.
Begitu banyak orang yang hari-harinya berlalu dengan kesan air mata.
Begitu banyak orang yang hari-harinya berlalu dengan sunyi dan sepi.

Betapa setiap di antara kita punya cerita dan kisah hidup yang tersendiri.

Ada benda kita mampu berkongsi.
Ada benda kita simpan untuk tatapan sendiri.

Pernah terdengar satu perkongsian di dalam usrah. Betapa kita ini banyak sekali mengeluh. Malah, usai bangun dari tidur juga kita sudah mula mengeluh. Jangan kita fikir betapa banyak ujian dan kesusahan harus kita tempuh, tapi pandang lah dengan mata hati, betapa banyak ujian Allah pada kita untuk mentarbiyyah diri.

Tarbiyyah?


Layakkah aku bercakap tentang tarbiyyah.


Secara teorinya tarbiyyah bererti didikan atau pembentukan. 


Terkait dengan soal jiwa, hati dan hubungan kita dengan Dia.


Tertunduk malu sendiri.


Terpampang megah di dada Facebook, Twitter, betapa manusia itu begitu mudah mengungkap kata madah pujangga. Benar, ujian tanda Allah sayang. Benar, ujian itu tarbiyyah Dia. Tapi, berapa ramai yang kecundang membina jarak antara diri dengan Pencipta? 


Hari ini betapa dapat kita lihat fitnah di mana-mana. Baru-baru ini berakhir sudah musim pilihan raya kampus. Iya. Aku terlibat sama. Malah terpilih pula untuk bertanding sebagai calon. Izin Dia walau hati tak rela.


Sepanjang proses itu berlangsung, buat aku gamam sendiri. Betapa ramai manusia yang beragama, omongannya bagai tak ada pedoman. Bermain kata fitnah dan cacian saban hari. Mengeji, memerli sebati dengan diri. Apa yang kalian kejar sebenarnya? Andai pangkat, harta, penghormatan yang dikejar, maka persilakan. Tapi, khuatir sekali aku dengan gaya sebegitu, bakal pemimpin kami, bergelumang dengan kebatilan terang-terangan.


Yang pergi biarkan berlalu. Untuk diambil pengajaran. Melihat keletah dan perangai orang lain juga satu proses pembelajaran. Cabaran berdepan dengan tentangan golongan sebegitu juga, satu ujian dan pengalaman berharga, tak ternilai rasanya.


Lega dan syukur kepada Yang Esa. Bermula dengan titik perjuangan demi yang satu itu, kami semakin erat, lemas dalam dakapan ukhuwah. Kami harapkan ruh Islam tumbuh subur di kampus tercinta. Ikhwah akhwat mara ke depan bagai pejuang dan srikandi, tampil kedepan melontar bait-bait perjuangan. Tak gentar dek herdikan, cacian dan tohmah manusia. Kerana kami tahu, Allah sebaik-baik pelindung. Kerana kami yakin, Allah lebih mengetahui segalanya. Bukan kemenangan dunia yang kami pasak sebagai matlamat utama. Nyah segala pangkat, kedudukan, mahupun penghormatan manusia. 


Jalan ini kami pilih dalam keadaan kami tahu perjalanannya penuh liku. Tiada janji manis dunia, tiada hamparan permaidani merah, tiada kesenangan, yang ada ialah satu medan lapangan luas penuh mehnah, banyak pula yang memusuhinya.


Alhamdulillah untuk segalanya. 


Moga sahabat-sahabat tetap thabat dalam perjuangan dan medan amal.


Musim final exam. Berkobar rasa jiwa. 

Moga Allah bantu.

Moga Allah permudah.

Harapan ibu ayah dibawa bersama.

Tak nak buat mereka hampa kecewa.

InshaAllah anakanda akan buat semampu daya.

Terima kasih kerana sentiasa ada.

Saat aku memerlukan kalian.

Kalian yang aku cinta.

Kerana Allah semata-mata.






Popular posts from this blog

Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan), UPM

Bismillilah. Assalamualaikum wbr. Apa khabar iman? Alamak, soklan maut. Rasa macam kena sepak an. Kali ini, aku nak share pulak tentang jurusan yang sedang aku ambil di peringkat pengajian ijazah. Sekarang ni, memang musim hot hot bebudak menggugel artikel blog yang berkaitan. Penaik semangat kata orang kan. Aku usha blog senior lain, ramai je yang post pasal bidang diorang, tapi untuk bidang aku, tak banyak blog yang share dan kurang pendedahan. 

Untuk pengetahuan, dekat Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM ni terdiri daripada pelajar Perubatan dan Sains Kesihatan. Bagi pelajar Sains Kesihatan terpecah kepada beberapa bidang iaitu 


Bacelor Sains (Bioperubatan)Bacelor Sains (Dietetik)Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan)Bacelor Sains (Pemakanan dan Kesihatan Komuniti)
Tapi, kat sini aku hanya nak fokus pada yang berhighllight tu saja ya. Kalau nak tahu tentang pengalaman kos lain, google je, ada beberapa blog bakal senior anda yang mantop mantop. Ok jap. Blank tetiba …

Pengalaman Asasi Sains Pertanian UPM

Assalamualaikum wbr. Entry kali ini, aku nak kongsikan pengalaman dan perkongsian sedikit sebanyak tentang apa itu Asasi Sains Pertanian yang ditawarkan oleh Universiti Putra Malaysia, Serdang bagi pelajar lepasan SPM. Tadi, secara tak sengaja menyempat jugaklah stalking a few blogs yang menceritakan pengalaman mereka sebagai ex-Asper. Banyak jugak pertanyaan yang tak terjawab, barangkali daripada bakal pelajar yang akan mendaftar.

Untuk makluman, aku merupakan ex-Asper Batch 8. Oh ya. Asper tu adalah singkatan bagi Asasi Sains Pertanian. Special! Jadi lepas ni, tak perlulah sebut panjang-panjang, cukup sebagai Asper.

Awalnya, aku sendiri pun tak tahu menahu pasal Asper ni. Tapi waktu aku Form 5, guru latih pidato, Puan Maslina Rejoh yang banyak share story tentang anak dia yang mendaftar sebagai pelajar Asper. Dan Asasi sains pertanian ni pun agak baru diperkenalkan. Satu-satunya asasi yang mengajar subjek pertanian di Malaysia tahu!

SUBJEK APA YANG PERLU DIAMBIL ?

Ok. Sebelum tu, kepada…

Biasiswa JPA (Program Ijazah Dalam Negara)

Bismillah.

Rasanya, rata-rata antara kita memang dah sedia maklum pasal biasiswa JPA ni. Nak mohon senang, tapi nak dapat tu, mashaAllah punyalah payah. Tapi once dah dapat, alhamdulillah dah tak perlu bimbang tentang bayaran yuran pengajian, duit poket dan sebagainya. Siyes, dapat kurangkan beban keluarga.

Ok. Sebelum kita proceed dengan permohonan, kena lah teliti dulu syarat kelayakan minimum kan. 


Dah habis baca?

Jadi macam mana?

Kalau result korang melepasi syarat minimum, jangan buang masa, terus je mohon. Cara permohonan pun senang je, semuanya atas talian. Log on http://esilav2.jpa.gov.my. (kena sentiasa peka dengan sebarang pengumuman oleh JPA)

Mungkin ramai yang tak tahu. Biasiswa JPA ni sebenarnya dibuka juga kepada pelajar yang sedang dalam pengajian, bukan untuk pelajar lepas ASASI, atau MATRIKULASI yang baru nak masuk universiti saja.

Syarat minimum ialah at least CGPA 3.3.

As usual, untuk student yang self-finance macam aku ni, memang sentiasa tercari-cari peluang untuk mendapa…