Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2014

Jawatan Itu Satu Ujian

Kadangkala menjadi seorang pemimpin baik pemimpin pelajar, persatuan, jemaah mahu pun kepada diri sendiri, terasa seolah-olah diri sangat teruk! Tidak menjalankan amanah sebaiknya! Terlalu banyak kecelaruan yang menjadi dilema diri. Diri seolah-olah tidak bermaya lagi untuk menggalas berat bebanan amanah. 

Soal layak atau tidak layak memegang amanah semakin menghentam kepala apabila peringatan "sebelah kaki seorang pemimpin sudah sedia terjejak ke pintu api neraka!" sering menjengah ke ruang pemikiran dan mendapat tempat di hati. Bagaikan terlalu banyak kelompangan yang perlu diisi dan diperbaiki. "Celakalah kamu! Pemimpin yang sangat teruk! Baik letak jawatan sahaja!" Jika itu apa yang kamu fikirkan, TAHNIAH!!!!!! Pelik. Kenapa pula? PEMIMPINKAH KAMU? Pemimpin, satu amanah dan bukannya tempat mencari kemuliaan sebab amanah ini akan ditanya di akhirat nanti.

Realitinya hari ini pemimpin dipuji, diberi sambutan dan tepuk sorak. Siapalah tidak ghairah pasang angan-anga…

Road to Final ! Cara Aku Setadi.

Alhamdulilllah. Sedar tak sedar dah nak penghujung sem 3. Sumpah tak terasa lama. Setiap minggu pun rutin aku tersangatlah sibuk. Ada saja benda yang tercatat dalam planner, kena hadir mesyuarat, perbincangan, terlibat dalam program atau aktiviti, dalam masa yang sama kena maintain study, pencapaian akademik yang utama. Jujur. Penat. 

Tapi aku relakan jugak, sebab pada aku pengalaman tu tersangatlah berguna.  Kat kampus ni lah aku develop skills baru. Latih diri untuk jadi multitasker. Dan alhamdulillah, aku semakin cekap mengawal emosi dan stress. 
Cara aku study.
Ramai suka bertanya tentang bagaimana aku setadi? Aku tak tahulah sama ada memang diorang buat konspirasi untuk bertanya pada aku soklan yang sama kan. Tapi, macam tulah situasinya. Haha. Bajet retis jap.
Cara setadi ni ada pelbagai. Nak-nak kau ni lelaki. Tahap fokus, cara buat nota memang tak sama la kan citernya dengan cara budak perempuan. Kalau gegurl, nota diorang siap ada smurf, awan biru, pelangi petang, hujan renyai-ren…

Biar Hati Berbicara Saat Lidah Kelu Tak Mampu Bersuara

Begitu banyak orang yang hari-harinya berlalu dengan penat dan lelah.
Begitu banyak orang yang hari-harinya berlalu dengan kesan air mata.
Begitu banyak orang yang hari-harinya berlalu dengan sunyi dan sepi.

Betapa setiap di antara kita punya cerita dan kisah hidup yang tersendiri.
Ada benda kita mampu berkongsi.
Ada benda kita simpan untuk tatapan sendiri.

Pernah terdengar satu perkongsian di dalam usrah. Betapa kita ini banyak sekali mengeluh. Malah, usai bangun dari tidur juga kita sudah mula mengeluh. Jangan kita fikir betapa banyak ujian dan kesusahan harus kita tempuh, tapi pandang lah dengan mata hati, betapa banyak ujian Allah pada kita untuk mentarbiyyah diri.

Tarbiyyah?

Layakkah aku bercakap tentang tarbiyyah.

Secara teorinya tarbiyyah bererti didikan atau pembentukan. 

Terkait dengan soal jiwa, hati dan hubungan kita dengan Dia.

Tertunduk malu sendiri.

Terpampang megah di dada Facebook, Twitter, betapa manusia itu begitu mudah mengungkap kata madah pujangga. Benar, ujian tanda A…