Skip to main content

The Brothers.

Kasih sayang itu fitrah.
Ia berada pada setiap diri makhluk.

Dan sifat kasih sayang itu bukan hanya khusus pada manusia sahaja. Sebaliknya, setiap makhluk ciptaan Allah SWT dikurniakan sifat tersebut juga.
Sepertimana, seekor kucing akan meminta makanan secara baik kepada manusia sekalipun haiwan itu berada dalam keadaan kelaparan.
Juga, kadangkala kita sentiasa mengambil peluang untuk berehat sebentar di bawah pohon. Tidak pula pohon yang kita menumpang rehat tersebut memarahi kita dengan menghenyak kita.
Itulah antara sifat kasih sayang yang diterjemahkan kepada manusia daripada makhluk lain.
Dan Allah swt juga memberikan kasih sayangNya pada kita dengan mengurniakan rahmat. RahmatNya yang sangat luas sehinggakan mampu menutup keaiban kita, kesalahan kita, dan dosa-dosa yang pernah kita lakukan sama ada secara sedar ataupun tidak.
Tambahan pula, dengan kasih sayangNya, Allah swt mengutuskan seorang insan yang mulia iaitu Nabi Muhammad saw agar kita sentiasa berada pada jalan yang benar.
Kasih sayang itu terus berlanjutan sehingga ke hari ini.
Kasih sayang itu memerlukan kerjasama.
Berkasih sayang itu tanda kita bersyukur.
Kasih sayang daripada seorang Nabi dan Rasul kepada umatnya.
Baginda saw mengambil tanggungjawab untuk menyempurnakan akhlak. Dan ketika ini, masih ada lagi para alim ulama’ yang sangat baik tingkah laku, dan akhlaknya yang patut kita sama-sama teladani.
Itulah gambaran kasih sayang daripada insan yang mulia Rasulullah saw.
Ia tidak bertindak sendiri dan menyendiri. Kerana, sifat kasih sayang berada pada lubuk hati insan.
Sekiranya kita tidak memaknakannya melalui tindakan, dunia pasti sepi.
Seperti anggota tubuh kita. Andai penyakit demam melanda, maka seluruh anggota tubuh badan terasa bahang kepanasan tersebut.
Hampir semua anggota tubuh badan kita menjadi lemah. Sampaikan, kita tidak berasa selesa daripada siang hingga malam.
Pada keesokannya pula, kita bergegas ke klinik dan bertemu dengan doktor.
Kita meluahkan apa yang kita rasa dan lalui pada doktor. Dengan harapan, doktor faham tentang apa yang kita alami.
Lalu, doktor pun membantu diri kita. Kerana adanya sifat kasih sayang, doktor merawat kita sehinggalah kita benar-benar sihat dan ceria.
Kita wajib memaparkan sifat kasih sayang sepanjang hayat. Kerana, sifat kasih sayang membentuk kerjasama dan perpaduan sesama kita.
Tidak kira suku, bangsa, bahasa, dan warna kulit, bahkan saudara se-Islam pun, kita harus bersama-sama. Kasih sayang itu bantu-membantu dan bersatu-padu.
Ia akan huru-hara sekiranya kasih sayang itu bercerai-berai dan mampu merosakkan sifat fitrah makhluk itu sendiri.
Maka, wujudkanlah sifat kasih sayang ini, hidup kita akan lebih harmoni dan sejahtera. Mulakanlah sifat kasih sayang pada diri sendiri terlebih dahulu dengan menghargai diri dan diikuti insan-insan yang terdekat.
Tebarkanlah sifat kasih sayang ini, bukan kerana ingin dihargai semata-mata di mata manusia.
Satu hari nanti bila aku dah tinggalkan alam kampus, pasti aku akan merindui saat saat bersama mereka. Allah. Peliharalah ukhuwah kami. Yup, we are brothers! Bertemu berpisah kerana Allah.
Tetapi kita  bersifat kasih sayang kerana kasih sayang Allah dan RasulNya itu lebih besar, mulia, dan agung.
Berkasih sayang itu tanda kita taat setia. Berkasih sayang itu tanda kita memelihara amanah.
Berkasih sayang itu menandakan bahawa kita kasih dan sayang pada Allah dan RasulNya juga.

Popular posts from this blog

Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan), UPM

Bismillilah. Assalamualaikum wbr. Apa khabar iman? Alamak, soklan maut. Rasa macam kena sepak an. Kali ini, aku nak share pulak tentang jurusan yang sedang aku ambil di peringkat pengajian ijazah. Sekarang ni, memang musim hot hot bebudak menggugel artikel blog yang berkaitan. Penaik semangat kata orang kan. Aku usha blog senior lain, ramai je yang post pasal bidang diorang, tapi untuk bidang aku, tak banyak blog yang share dan kurang pendedahan. 

Untuk pengetahuan, dekat Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM ni terdiri daripada pelajar Perubatan dan Sains Kesihatan. Bagi pelajar Sains Kesihatan terpecah kepada beberapa bidang iaitu 


Bacelor Sains (Bioperubatan)Bacelor Sains (Dietetik)Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan)Bacelor Sains (Pemakanan dan Kesihatan Komuniti)
Tapi, kat sini aku hanya nak fokus pada yang berhighllight tu saja ya. Kalau nak tahu tentang pengalaman kos lain, google je, ada beberapa blog bakal senior anda yang mantop mantop. Ok jap. Blank tetiba …

Pengalaman Asasi Sains Pertanian UPM

Assalamualaikum wbr. Entry kali ini, aku nak kongsikan pengalaman dan perkongsian sedikit sebanyak tentang apa itu Asasi Sains Pertanian yang ditawarkan oleh Universiti Putra Malaysia, Serdang bagi pelajar lepasan SPM. Tadi, secara tak sengaja menyempat jugaklah stalking a few blogs yang menceritakan pengalaman mereka sebagai ex-Asper. Banyak jugak pertanyaan yang tak terjawab, barangkali daripada bakal pelajar yang akan mendaftar.

Untuk makluman, aku merupakan ex-Asper Batch 8. Oh ya. Asper tu adalah singkatan bagi Asasi Sains Pertanian. Special! Jadi lepas ni, tak perlulah sebut panjang-panjang, cukup sebagai Asper.

Awalnya, aku sendiri pun tak tahu menahu pasal Asper ni. Tapi waktu aku Form 5, guru latih pidato, Puan Maslina Rejoh yang banyak share story tentang anak dia yang mendaftar sebagai pelajar Asper. Dan Asasi sains pertanian ni pun agak baru diperkenalkan. Satu-satunya asasi yang mengajar subjek pertanian di Malaysia tahu!

SUBJEK APA YANG PERLU DIAMBIL ?

Ok. Sebelum tu, kepada…

Biasiswa JPA (Program Ijazah Dalam Negara)

Bismillah.

Rasanya, rata-rata antara kita memang dah sedia maklum pasal biasiswa JPA ni. Nak mohon senang, tapi nak dapat tu, mashaAllah punyalah payah. Tapi once dah dapat, alhamdulillah dah tak perlu bimbang tentang bayaran yuran pengajian, duit poket dan sebagainya. Siyes, dapat kurangkan beban keluarga.

Ok. Sebelum kita proceed dengan permohonan, kena lah teliti dulu syarat kelayakan minimum kan. 


Dah habis baca?

Jadi macam mana?

Kalau result korang melepasi syarat minimum, jangan buang masa, terus je mohon. Cara permohonan pun senang je, semuanya atas talian. Log on http://esilav2.jpa.gov.my. (kena sentiasa peka dengan sebarang pengumuman oleh JPA)

Mungkin ramai yang tak tahu. Biasiswa JPA ni sebenarnya dibuka juga kepada pelajar yang sedang dalam pengajian, bukan untuk pelajar lepas ASASI, atau MATRIKULASI yang baru nak masuk universiti saja.

Syarat minimum ialah at least CGPA 3.3.

As usual, untuk student yang self-finance macam aku ni, memang sentiasa tercari-cari peluang untuk mendapa…