Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2014

The Brothers.

Kasih sayang itu fitrah.
Ia berada pada setiap diri makhluk.

Dan sifat kasih sayang itu bukan hanya khusus pada manusia sahaja. Sebaliknya, setiap makhluk ciptaan Allah SWT dikurniakan sifat tersebut juga. Sepertimana, seekor kucing akan meminta makanan secara baik kepada manusia sekalipun haiwan itu berada dalam keadaan kelaparan. Juga, kadangkala kita sentiasa mengambil peluang untuk berehat sebentar di bawah pohon. Tidak pula pohon yang kita menumpang rehat tersebut memarahi kita dengan menghenyak kita. Itulah antara sifat kasih sayang yang diterjemahkan kepada manusia daripada makhluk lain. Dan Allah swt juga memberikan kasih sayangNya pada kita dengan mengurniakan rahmat. RahmatNya yang sangat luas sehinggakan mampu menutup keaiban kita, kesalahan kita, dan dosa-dosa yang pernah kita lakukan sama ada secara sedar ataupun tidak. Tambahan pula, dengan kasih sayangNya, Allah swt mengutuskan seorang insan yang mulia iaitu Nabi Muhammad saw agar kita sentiasa berada pada jalan yang benar. Ka…

Jaga Pandangan Mata dan Hati ?

Pandangan pertama adalah anugerah atau lebih tepat lagi dikatakan sebagai ‘lampu hijau’. Manakala pandangan kedua adalah ‘lampu kuning’. Dan pandangan yang ketiga pula merupakan ‘lampu merah’. Jika lebih daripada itu, maka berlakulah maksiat yang dinamakan sebagai ‘zina mata’. Pandangan yang berulang-ulang adalah suis utama yang menyalakan api rindu. Bagi mereka yang memandang dengan sepintas lalu, sangat jarang dan kecil peratus hatinya terusik ataupun untuk jatuh hati. Ibn Qayyim memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi. Antaranya, hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya, lebih kepada perbuatan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan yang menuju kepada kesedihan dan keresahan. Dalam hal ini, Ibn Qayyim menyatakan : “Orang yang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak ditimpa pelbagai kerosakkan. Barang siapa yang terjatuh ke dalamnya, maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, terti…