Skip to main content

Pengalaman Asasi Sains Pertanian UPM


Assalamualaikum wbr. Entry kali ini, aku nak kongsikan pengalaman dan perkongsian sedikit sebanyak tentang apa itu Asasi Sains Pertanian yang ditawarkan oleh Universiti Putra Malaysia, Serdang bagi pelajar lepasan SPM. Tadi, secara tak sengaja menyempat jugaklah stalking a few blogs yang menceritakan pengalaman mereka sebagai ex-Asper. Banyak jugak pertanyaan yang tak terjawab, barangkali daripada bakal pelajar yang akan mendaftar.

Untuk makluman, aku merupakan ex-Asper Batch 8. Oh ya. Asper tu adalah singkatan bagi Asasi Sains Pertanian. Special! Jadi lepas ni, tak perlulah sebut panjang-panjang, cukup sebagai Asper.

Awalnya, aku sendiri pun tak tahu menahu pasal Asper ni. Tapi waktu aku Form 5, guru latih pidato, Puan Maslina Rejoh yang banyak share story tentang anak dia yang mendaftar sebagai pelajar Asper. Dan Asasi sains pertanian ni pun agak baru diperkenalkan. Satu-satunya asasi yang mengajar subjek pertanian di Malaysia tahu!

SUBJEK APA YANG PERLU DIAMBIL ?

Ok. Sebelum tu, kepada yang belum tahu, tempoh pengajian bagi program Asasi Sains Pertanian UPM ini adalah selama satu tahun dan mempunyai 3 Semester. Antara kelebihan bagi pelajar Asper ialah, kami didedahkan dengan sistem pembelajaran universiti, sama seperti mana pelajar ijazah yang lain.

Sistem semester di sini, satu semester adalah bersamaan dengan 16 minggu atau 4 bulan. Tempoh minggu kuliah adalah 14 minggu. Selebihnya adalah minggu peperiksaan. 

Kat bawah ni, adalah senarai kursus yang perlu diambil oleh pelajar Asper selama setahun pengajian. Harap tak muntah darah membacanya. Heh.



So, perkara penting yang aku nak tekankan di sini ialah, penguasaan subjek asas sains macam Physics, Kimia, Biology, Mathematics dan subjek lain seperti English. Keistimewaan yang tak ada di asasi lain ialah subjek Pertanian. Mungkin ada jugaklah asasi Palam (Uitm) yang offer student subjek Sains Pertanian. Tapi, tetap tak sama. UPM memang kepakaran dalam bidang ini, tempat untuk berpraktikal pun tersangatlah banyak dan maha luas! 

PENGINAPAN PELAJAR ASASI SAINS PERTANIAN



Dari segi penginapan inshaAllah jangan bimbang. Selalunya, bagi pelajar Asper Arus Perdana iaitu kemasukan pada bulan Mei, korang akan ditempatkan di Kolej 13. Sangat selesa, jangan bimbang. Kat bawah ni ada gambaran panorama Kolej 13. Bilik boleh dikatakan sangat luas. Malas nak letak gambar, tak surprise la kan. Kolej dah selesa, tinggal belajar sungguh-sungguh je !



Luas gila kan meja belajar. Tulah meja aku. Rindu woo.


PENGANGKUTAN DI KAMPUS
Universiti Putra Malaysia ni teramatlah luas. Jarak antara kolej ke fakulti boleh tahan la jauh. Kalau jalan kaki tu mustahil. Kalau naik basikal, possible jugaklah nak sampai kelas on-time. Haha. Eh, jangan gelak lelebih. Sebab sekarang ni, memang pihak universiti galakkan pelajar untuk naik basikal pergi dan balik ke fakulti. Ke arah kampus hijau. Di bawah adalah kenderaan kami seharian. Bergerak megah merentas kampus, Bas UPM! Kekadang, UPM ada jugaklah menggunakan perkhidmatan bas lain seperti Nadi Putra dan sebagainya. 

[credit]
UPM antara universiti yang menyediakan kemudahan pengangkutan yang terbaik di Malaysia. Dari segi pengangkutan, sejujurnya memang tak ada masalah. Cuma, korang kena pepandailah urus masa. Kalau kelas start pukul 8, takkan tunggu bas pukul 8 jugak kan? Tu menempah maut namanya. Kalau kena marah dengan pensyarah sebab lewat memang padan muka la kan.

STRESS KE TAK ASASI SAINS PERTANIAN NIH?


Cuba tengok gambar kengkawan kumpulan kuliah 8 yang juga sahabat sekelas aku tu. Ada rupa orang stress tak? Semua happy je manjang. Havoc kelas kami. Haha.

Kalau ditanya sama ada stress ke tidak. Memang tipulah kalau aku jawab tak pernah stress. Haha. Stress bila ada test dan peperiksaan akhir. Nak bagi tahu jugak kat sini, test atau ujian akan dijalankan setiap minggu ke-5 dan ke-10 kuliah. Jadi, korang akan menduduki dua kali ujian, dan satu peperiksaan akhir dalam satu semester. 


Gambar kat atas ni pulak waktu amali pertanian kat ladang berapa aku tak ingat. UPM ni banyak ladang. Cantik beb! Setiap Jumaat kami akan ada amali pertanian. Serata UPM la kami pergi. Best ! Dapat main-main dengan kambing, lembu. Pengalaman berharga seumur hidup.

Bagi pelajar asasi, tak sama macam pelajar degree yang lain dari segi waktu peperiksaan. Kalau pelajar degree, diorang punya test selalunya sebelah siang. Tapi berbeza dengan kami yang asasi ni, siang ada kuliah seperti biasa, dan sebelah malam pula ujian atau peperiksaan. Jadi bayangkanlah keperitannya di situ. Bukan perit apa sangat lah, cuma penat badan dan otak. Suka diingatkan jugak buat adik-adik yang akan menjadi keluarga Asper, elakkanlah study last minute. Belajar di universiti tak sama macam sekolah. Mungkin akan ada banyak komitmen lain, berprogram dan sebagainya. Tapi, waktu ujian tetap sama, pada minggu ke-5 dan ke-10. Seterusnya final exam. Kalau tak bersedia, memang terkulat-kulatlah nak menjawabnya. Haha.


Seronok tau belajar di UPM. Macam yang aku cakap tadi UPM ni luas. Hujung minggu hari Sabtu dan Ahad boleh pergi merayau-rayau dekat Bukit Ekspo. Bukit Ekspo ni dekat je, betul-betul depan Kolej 13. Pemandangan pun cantik. Macam gambar kakak-kakak senior korang kat atas tu. Gambar tu diambil time kami berehlah. Buat games sikit ala-ala explorace sambil ada perkongsian mencari ibrah. Cantik an. Maksud aku pemandangan Bukit Ekspo tu.

WAKTU KULIAH SETIAP HARI, PEMAKAIAN BAGAIMANA?

Waktu kuliah bagi pelajar asasi agak padat, tak sama macam pelajar degree yang banyak gap waktu antara subjek. Ok. Kelas selalunya bermula jam 8 pagi. Kemudian pelajar akan berehat untuk makan tengah hari dan solat pada jam 1 petang. Kelas petang pulak akan bersambung pada jam 2 hingga 4. Gap waktu rehat sejam tu biasanya kami akan lepak makan di sekitar kawasan fakulti saja. Tak balik ke kolej kediaman. Macam yang aku kata tadi, jarak dari kolej ke fakulti agak jauh. Untuk satu subjek pengajaran, tempoh kuliah adalah selama 2 jam. Sila bekal gula-gula supaya tak ketiduran dalam bilik kuliah ya. Rugi. Ekceli aku pun pernah je terlentok. Ngantuk. Duduk dalam aircond pulak, kerusi empuk. Haha.

Etika pemakaian. Sebagai pelajar universiti, korang dikehendaki untuk berpakaian mengikut etika pemakaian seorang mahasiswa dan mahasiswi. Kalau lelaki, boleh je pakai t-shirt berkolar dan seluar slack atau jeans. Bagi perempuan, berbaju kurung. Tapi, selalunya di akhir semester, korang akan ada presentation sebagai tugasan akhir untuk setiap subjek. Time tu nanti, wajib berpakaian formal.

LEPASAN ASPER JADI PETANI MODEN JE KE NANTI?


Ok. Ini pertanyaan yang popular. Rasa nak hempuk jugaklah sorang-sorang. Haha. Tapi tak apa. Sebab tak tahu, jadi meh sini aku bagi tau. Jawapannya adalah TIDAK SEMESTINYA. Banyak lagi bidang selain Sains Pertanian yang boleh korang ambil, termasuklah bidak Perubatan, Sains Kesihatan, Architecture, Kejuruteraan dan bermacam-macam bidang lagi.
Bagi pelajar lepasan Asper, selepas tamat pengajian selama setahun di sini, korang akan melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah di UPM jugak! Iya. Di UPM juga. Pendek kata, tempat korang untuk sambung ijazah dah terjamin dah. Tak perlu isi UPU online lagi. Permohonan jurusan ijazah adalah melalui portal yang dikendalikan UPM jugak. Ini keistimewaan utama. Kurang sikitlah persaingan dengan pelajar lepasan matrik dan asasi-asasi yang lain.

Tetapi, untuk mendapatkan jurusan yang diidam-idamkan, nak selamat, pointer mestilah 3.5 ke atas. Kat bawah ni adalah jurusan atau bidang yang layak dipohon bagi pelajar lepasan Asper. [credit]

PROGRAM YANG BOLEH DIIKUTI DI PERINGKAT IJAZAH


Fakulti Pertanian
PG11   Bacelor Sains Pertanian
PG14   Bacelor Sains Hortikultur
PP05   Bacelor Sains (Perniagaantani)
PG27   Bacelor Pertanian (Akuakultur)
PG32   Bacelor Pertanian (Sains Ternakan)

Fakulti Perhutanan
PG12   Bacelor Sains Perhutanan
PY11   Bacelor Sains Teknologi Kayu
PG47   Bacelor Sains Taman dan Rekreasi

Fakulti Perubatan Veterinar
PM01   Doktor Perubatan Veterinar

Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan
PM02   Bacelor Sains (Sains Bioperubatan)
PM05   Bacelor Sains (Dietetik)
PM09   Bacelor Sains (Pemakanan & Kesihatan Komuniti)
PM10   Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran & Pekerjaan)

Fakulti Kejuruteraan
PK 01   Bacelor Kejuruteraan (Awam)
PK02    Bacelor Kejuruteraan (Elektrik dan Elektronik)
PK03    Bacelor Kejuruteraan (Kimia)
PK05   Bacelor Kejuruteraan (Pertanian dan Biosistem)
PKO8   Bacelor Kejuruteraan (Mekanikal)
PK15   Bacelor Kejuruteraan (Aeroangkasa)
PK16   Bacelor Kejuruteraan (Proses dan Makanan)
PK17   Bacelor Kejuruteraan (Sistem Komputer dan Komunikasi)

Fakulti Sains Dan Teknologi Makanan
PG09   Bacelor Sains dan Teknologi Makanan
PG17   Bacelor Sains (Pengajian Makanan)

Fakulti Pengajian Pendidikan
PT09   Bacelor Pendidikan ( Sains Pertanian)

Fakulti Sains
Bacelor Sains (Kepujian)

PS02   Major Biologi

PS08   Major Matematik

PS09   MajorStatistik

PS15   Major Fizik

PS28   Major Kimia

PS29   Major Kimia Perindustrian

PS30   Major Kimia Petroleum

PS36   Major Sains Bahan

PS37   Major Sains Intrumentasi

Fakulti Rekabentuk Dan Senibina
PH02   Bacelor Senibina Landskap

Fakulti Bioteknologi Dan Sains Biomolekul

Bacelor Sains (Kepujian)
PG07   Bioteknologi
PS26   Biokimia
PS27   Mikrobiologi
PS71   Biologi Sel dan Molekul

Fakulti Sains Alam Sekitar
PG46   Bacelor Sains dan Teknologi Alam Sekitar
PP43   Bacelor Pengurusan Alam Sekitar

KESIMPULANNYA



Skema pulakkan, siap ada kesimpulan bagai. Macam buat lab report pulak. Haha. Harap entry kali ini memberikan sedikit gambaran bagaimana kehidupan sebagai pelajar Asper. Alhamdulillah, kini kami semua pelajar Asper Batch 8 telah pun berjaya menamatkan pengajian di peringkat asasi dan melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dalam bidang yang kami impikan. Sangat seronok. All the best kepada yang bercita-cita untuk menjadi sebahagian keluarga kami di Asper. Senyum. 

Untuk keterangan lanjut sila layari laman web rasmi Pusat Asasi Sains Pertanian UPM



Comments

najihahfara said…
rindunya nak jadi student upm balik
Ameer Faris said…
@najihahfara jom ah balik UPM! Ada Pesta Rambutan. Bawak family sekali. :)
Anonymous said…
Maaf nak tanya ameer faris yg mana sbnrnya?
Ameer Faris said…
@Anonymous haha nanti nantilah ya... belum masanya..
Anonymous said…
Assalamualaikum, nak tanya.
Saya calon SPM Persendirian tahun ni, umur 19.
Kalau next year result dapat bagus boleh apply masuk Asasi Pertanian UPM tak?
Anonymous said…
Aslm,subjek Bio dlm asasi pertanian ni dia beljar lbih kepd sel manusia ker tumbhn??

Popular posts from this blog

Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan), UPM

Bismillilah. Assalamualaikum wbr. Apa khabar iman? Alamak, soklan maut. Rasa macam kena sepak an. Kali ini, aku nak share pulak tentang jurusan yang sedang aku ambil di peringkat pengajian ijazah. Sekarang ni, memang musim hot hot bebudak menggugel artikel blog yang berkaitan. Penaik semangat kata orang kan. Aku usha blog senior lain, ramai je yang post pasal bidang diorang, tapi untuk bidang aku, tak banyak blog yang share dan kurang pendedahan. 

Untuk pengetahuan, dekat Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM ni terdiri daripada pelajar Perubatan dan Sains Kesihatan. Bagi pelajar Sains Kesihatan terpecah kepada beberapa bidang iaitu 


Bacelor Sains (Bioperubatan)Bacelor Sains (Dietetik)Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan)Bacelor Sains (Pemakanan dan Kesihatan Komuniti)
Tapi, kat sini aku hanya nak fokus pada yang berhighllight tu saja ya. Kalau nak tahu tentang pengalaman kos lain, google je, ada beberapa blog bakal senior anda yang mantop mantop. Ok jap. Blank tetiba …

Biasiswa JPA (Program Ijazah Dalam Negara)

Bismillah.

Rasanya, rata-rata antara kita memang dah sedia maklum pasal biasiswa JPA ni. Nak mohon senang, tapi nak dapat tu, mashaAllah punyalah payah. Tapi once dah dapat, alhamdulillah dah tak perlu bimbang tentang bayaran yuran pengajian, duit poket dan sebagainya. Siyes, dapat kurangkan beban keluarga.

Ok. Sebelum kita proceed dengan permohonan, kena lah teliti dulu syarat kelayakan minimum kan. 


Dah habis baca?

Jadi macam mana?

Kalau result korang melepasi syarat minimum, jangan buang masa, terus je mohon. Cara permohonan pun senang je, semuanya atas talian. Log on http://esilav2.jpa.gov.my. (kena sentiasa peka dengan sebarang pengumuman oleh JPA)

Mungkin ramai yang tak tahu. Biasiswa JPA ni sebenarnya dibuka juga kepada pelajar yang sedang dalam pengajian, bukan untuk pelajar lepas ASASI, atau MATRIKULASI yang baru nak masuk universiti saja.

Syarat minimum ialah at least CGPA 3.3.

As usual, untuk student yang self-finance macam aku ni, memang sentiasa tercari-cari peluang untuk mendapa…