Skip to main content

Hidup.

[credit]

Aku suka berbicara tentang hidup. Terkadang langkahan aku tersadung, jatuh tersungkur diterjang badai. Dengan penuh lelah aku bangkit semula untuk meneruskan langkahan. Memandang kedepan membayangkan penghujung yang indah lagi mententeramkan jiwa. Kembali senyum, berlinang air mata, penuh pengharapan. Ya, aku harus tetap melangkah. 

Aku tak mampu berbohong. Memang terkadang aku longlai menongkah arus. Aku salahkan Tuhan kerana mengirimkan aku ujian yang tak berkesudahan. Hati dan jiwa ini terus memberontak. "Kenapa malang nasib diri. Aku hanya baru merasa bahagia. Mengapa ia hilang sekelip mata? Ya Tuhan. Apa silapku."

Pernah satu ketika, iman ku longgar. Aku terasa bagai tak berguna segala doa. "Apa Tuhan benar-benar mendengar rintihan aku?" "Kenapa asyik aku yang kena? Mengapa tidak orang lain. Orang lain terlalu puas mengecap bahagia? Bila tiba giliran aku pula?" Perasaan cemburu itu ada. Kerana nasib aku berbeza. Tak sama dengan mereka. Beruntunglah. 

Kini, aku semakin dewasa. Aku sedar aku silap. Aku menyalahkan Tuhan kerana mengirimkan aku ujian yang berat. Tapi rupanya, bila aku memandang ke luar, ya Tuhan, betapa ramai lagi insan yang diuji. Malah lebih hebat daripada apa yang aku alami. Aku kagum dengan mereka. Iman mereka begitu ampuh. Masih memandang dengan senyuman, tiada tangis yang kelihatan meski terlihat terdapat kesan air mata di wajah mereka. Tabah. Aku malu. Malu kerana aku pernah menyalahkan takdir. Sedangkan mereka semakin tunduk pada yang Menentukannya. Semakin menebal iman mereka.

Allah. Allah. Berikan kekuatan pada hamba-Mu yang lemah. Ku yakini akan setiap ketentuan-Mu itu punya hikmah. Segala apa yang pernah aku tempuh, sungguh, mengajar aku erti kematangan. Membuka minda dan jiwaku supaya sentiasa bersedia dengan cabaran yang lebih hebat menanti di depan. 

Memaknakan Kehidupan.

Tiba waktu aku mendengar bisikan hati. "Ameer, kau menjejak alam dewasa. Apa sebenarnya yang kau cari. Kau semakin jauh. Jauh! Apa kau merasa bahagia dengan keadaanmu ini?" "Ameer, sampai bila?" "Apa kau puas?"

Mendengar bisikan itu sayu sekali. Aku mula memandang kehidupan yang aku lalui hari demi hari. Betapa sudah lama aku tak merasakan ketenangan yang sebenar-benarnya. Betapa sudah lama aku tak merintih di hadapan Dia dengan sebenar-benar rintihan pengharapan seorang hamba. Betapa aku mula lupakan Dia. Betapa aku semakin tak kenal apa itu cinta dan kasih sayang-Nya pada hamba-Nya.

Terduduk.

Aku tahu ini teguran Allah. Betapa hinanya diri ini. Dan betapa luasnya rahmat dan kasih sayang Allah. Allah. Allah. Dia tak pernah bersikap pilih kasih kepada hamba-Nya. Walau sejahat mana sekalipun kau di mata manusia, tapi di 'mata' Dia, kau tetap hamba yang diciptakan-Nya. Dia tahu kau lemah. Dia tahu kau akan buat salah. Dia tahu akan ada satu masa kau akan rebah. Dia tahu segalanya tentang kau melebihi pengetahuan kau tentang dirimu sendiri!

Allah. Tersungkur.

Hari yang berbeda. Aku temui makna kata. 

"Sungguh Allah membentangkan tanganNya setiap malam agar orang yang berbuat kejahatan di siang hari mahu bertaubat. Dan Dia juga membentangkan tanganNya di siang hari agar orang yang berbuat kejahatan di malam hari mahu bertaubat."(HR Imam Muslim dan Ahmad)


"Wahai Bani Adam, kalian tidaklah (sungguh-sungguh) berdoa dan mengharap padaKu, Aku akan mengampuni dosa-dosa kalian dan Aku tidak peduli. Wahai Bani Adam, jikalau dosa kalian mencapai awan di langit, lalu kalian minta ampun padaKu, Aku akan mengampuni kalian, dan Aku tidak peduli. Wahai Bani Adam, jikalau kalian datang padaKu dengan dosa sebesar ukuran bumi, tetapi kemudian kalian mendatangiKu dengan tanpa berbuat syirik padaKu, maka Aku akan mendatanganimu dengan ampunan sebesar itu pula."(HR At-Tirmidzi)

Allah tahu yang kita akan mengalami saat-saat sukar ini. Dalam pada kita bersusah payah, berendam tangis dan terseksa jiwa. Allah berikan kita harapan. Ya. Harapan untuk kembali dekat padanya. 

Tiada kekuatan lain yang mampu menyelamatkan kita melainkan rahmat dan kasih sayang-Nya. Masa untuk kembali pada Dia. 

Andai di usia muda ini keseronokan yang dicari. Kebebasan yang diperjuangkan. Hakikat mengejar nikmat dunia itu semakin diteguk semakin haus. Jiwa kosong tak merasa puas. Jiwa semakin kering dahagakan kemanisan iman.

Sebelum langkahan semakin jauh terpesong dari landasan, kembalilah mengejar matlamat sebuah kehidupan seorang hamba Tuhan. Perjuangkan iman. Khuatir. Semakin lama, semakin jauh. Semakin membekas parut luka di hari tua.


Comments

cik karmila said…
kata kata yang bermakna...baca sambil reflect ke diri..suka sangat instrumen ni....
Ameer Faris said…
terima kasih cik karmila.

Popular posts from this blog

Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan), UPM

Bismillilah. Assalamualaikum wbr. Apa khabar iman? Alamak, soklan maut. Rasa macam kena sepak an. Kali ini, aku nak share pulak tentang jurusan yang sedang aku ambil di peringkat pengajian ijazah. Sekarang ni, memang musim hot hot bebudak menggugel artikel blog yang berkaitan. Penaik semangat kata orang kan. Aku usha blog senior lain, ramai je yang post pasal bidang diorang, tapi untuk bidang aku, tak banyak blog yang share dan kurang pendedahan. 

Untuk pengetahuan, dekat Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM ni terdiri daripada pelajar Perubatan dan Sains Kesihatan. Bagi pelajar Sains Kesihatan terpecah kepada beberapa bidang iaitu 


Bacelor Sains (Bioperubatan)Bacelor Sains (Dietetik)Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan)Bacelor Sains (Pemakanan dan Kesihatan Komuniti)
Tapi, kat sini aku hanya nak fokus pada yang berhighllight tu saja ya. Kalau nak tahu tentang pengalaman kos lain, google je, ada beberapa blog bakal senior anda yang mantop mantop. Ok jap. Blank tetiba …

Pengalaman Asasi Sains Pertanian UPM

Assalamualaikum wbr. Entry kali ini, aku nak kongsikan pengalaman dan perkongsian sedikit sebanyak tentang apa itu Asasi Sains Pertanian yang ditawarkan oleh Universiti Putra Malaysia, Serdang bagi pelajar lepasan SPM. Tadi, secara tak sengaja menyempat jugaklah stalking a few blogs yang menceritakan pengalaman mereka sebagai ex-Asper. Banyak jugak pertanyaan yang tak terjawab, barangkali daripada bakal pelajar yang akan mendaftar.

Untuk makluman, aku merupakan ex-Asper Batch 8. Oh ya. Asper tu adalah singkatan bagi Asasi Sains Pertanian. Special! Jadi lepas ni, tak perlulah sebut panjang-panjang, cukup sebagai Asper.

Awalnya, aku sendiri pun tak tahu menahu pasal Asper ni. Tapi waktu aku Form 5, guru latih pidato, Puan Maslina Rejoh yang banyak share story tentang anak dia yang mendaftar sebagai pelajar Asper. Dan Asasi sains pertanian ni pun agak baru diperkenalkan. Satu-satunya asasi yang mengajar subjek pertanian di Malaysia tahu!

SUBJEK APA YANG PERLU DIAMBIL ?

Ok. Sebelum tu, kepada…

Biasiswa JPA (Program Ijazah Dalam Negara)

Bismillah.

Rasanya, rata-rata antara kita memang dah sedia maklum pasal biasiswa JPA ni. Nak mohon senang, tapi nak dapat tu, mashaAllah punyalah payah. Tapi once dah dapat, alhamdulillah dah tak perlu bimbang tentang bayaran yuran pengajian, duit poket dan sebagainya. Siyes, dapat kurangkan beban keluarga.

Ok. Sebelum kita proceed dengan permohonan, kena lah teliti dulu syarat kelayakan minimum kan. 


Dah habis baca?

Jadi macam mana?

Kalau result korang melepasi syarat minimum, jangan buang masa, terus je mohon. Cara permohonan pun senang je, semuanya atas talian. Log on http://esilav2.jpa.gov.my. (kena sentiasa peka dengan sebarang pengumuman oleh JPA)

Mungkin ramai yang tak tahu. Biasiswa JPA ni sebenarnya dibuka juga kepada pelajar yang sedang dalam pengajian, bukan untuk pelajar lepas ASASI, atau MATRIKULASI yang baru nak masuk universiti saja.

Syarat minimum ialah at least CGPA 3.3.

As usual, untuk student yang self-finance macam aku ni, memang sentiasa tercari-cari peluang untuk mendapa…