Skip to main content

Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan), UPM



Bismillilah. Assalamualaikum wbr. Apa khabar iman? Alamak, soklan maut. Rasa macam kena sepak an. Kali ini, aku nak share pulak tentang jurusan yang sedang aku ambil di peringkat pengajian ijazah. Sekarang ni, memang musim hot hot bebudak menggugel artikel blog yang berkaitan. Penaik semangat kata orang kan. Aku usha blog senior lain, ramai je yang post pasal bidang diorang, tapi untuk bidang aku, tak banyak blog yang share dan kurang pendedahan. 

Untuk pengetahuan, dekat Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM ni terdiri daripada pelajar Perubatan dan Sains Kesihatan. Bagi pelajar Sains Kesihatan terpecah kepada beberapa bidang iaitu 


  • Bacelor Sains (Bioperubatan)
  • Bacelor Sains (Dietetik)
  • Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan)
  • Bacelor Sains (Pemakanan dan Kesihatan Komuniti)

Tapi, kat sini aku hanya nak fokus pada yang berhighllight tu saja ya. Kalau nak tahu tentang pengalaman kos lain, google je, ada beberapa blog bakal senior anda yang mantop mantop. Ok jap. Blank tetiba tak tahu nak kongsi apa. Hahaha.

KENAPA PILIH BIDANG NI ?

Sejujurnya awalnya aku pun tak tahu sangat pasal bidang ni. Yang aku tahu, azam jejak je kaki kat UPM ni waktu asasi, aku nak ambil medic. Iya, bidang yang meletops abad ini. Awalnya la kan. Tapi waktu semester akhir asasi, pihak Pusat Asasi Sains Pertanian UPM ada anjurkan satu program ala-ala karnival masuk U tu. Tapi, melibatkan fakulti-fakulti di UPM sahaja. 

Jadinya, waktu tu, aku and the gang merayau la satu dewan besar, ala ala geng wak doyok gitu an, gerak dari satu booth ke satu booth. Dipendekkan citer, aku sangkut kat booth Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK). Kat booth tu, ramai je yang sedang khusyuk mendengar seorang abang senior yang ambil course ENVOCH ni. Oh ya. ENVOCH adalah nama timangan kos ini di FPSK which is stand for Environmental and Occupational Health. Dengar nama je pun dah megah ok.

Tertarik jugak sebab bidang ni tengah hangat di pasaran kerja. Dan boleh buat duit. Serius. Aku ulang, boleh buat duit. Tapi jangan fikir tu je, fikirkan minat. Semakin lama aku bergelumang dalam bidang ni, semakin cinta. Bidang ni boleh tahan lasak, mencabar dan sangat luas. Kat mana-mana pun, syarikat atau industri memerlukan orang berkepakaran seperti kita iaitu dalam bidang Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan. Dan yang paling best, pelajar ENVOCH diberi pendedahan berpraktikal bermula dari Tahun 1. Iya. Tahun 1 korang dah berpraktikal! Tak macam course lain, yang berpraktikal hanya pada Tahun 3 atau Tahun 4.  

Untuk Tahun 1, kami berpraktikal di PBT sama ada di Majlis Perbandaran atau Majlis Daerah. Dari segi penempatan nak pilih daerah mana, terpulang. Kalau aku, aku buat berdekatan dengan rumah. Tahun 2 pulak korang akan berpraktikal di Pejabat Kesihatan Daerah. Tahun 3 mula berpraktikal di industri swasta.

PELUANG KERJAYA

Macam yang aku cakap tadi, bidang ni sangat meluas. Lepasan Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan) berpeluang untuk jadi profesional seperti 

  • Safety Officer
  • Health and Safety Executive 
  • Industrial Food Hygience Consultant
  • Researcher 
  • Lecturer
  • Pegawai Kesihatan Persekitaran (U41)

Tu je la yang mampu list. Malas pulak nak senaraikan panjang-panjang. Kalau dah dapat green book nanti, boleh la demand gaji. Paling mencabar kalau bekerja dalam bidang Oil and Gas (O&G). Kalau berminat untuk jadi pegawai penyelidik atau pensyarah, kenalah sambung belajar, ambil master dan PhD. Kalau korang perhatikan, mana-mana company pun tak kiralah sama ada company besar atau kecik mesti perlukan Safety Officer. Peranan Safety Officer ni sangat berat dan berisiko. Sebab tu gaji besar. Abaikan soal gaji, tapi pandang pada tanggungjawab. Nampak la kan, inshaAllah pasaran kerja tu meluas.

KELEBIHAN KESIHATAN PERSEKITARAN DAN PEKERJAAN UPM

Untuk pengetahuan, Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan) UPM diiktiraf oleh The Department of Occupational Safety and Health (DOSH), Malaysia. Maksudnya di sini, selepas bekerja dalam bidang Safety and Health selama 3 tahun, kita layak untuk mendaftar sebagai seorang Safety and Health Officer yang kompeten.

Selain itu jugak, Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan) UPM ni adalah satu-satunya universiti di Malaysia yang mendapat pengiktirafan dari The Chartered Institute of Environmental Health (CIEH) UK. Ok. Yang ni teramatlah istimewa. Graduan UPM dalam bidang ni berpeluang untuk bekerja dalam bidang environment dan public health (kesihatan awam) sama ada bekerja dengan kerajaan tempatan, atau syarikat swasta di peringkat antarabangsa. CIEH ni diiktiraf oleh negara Australia, New Zealand,  Canada, Malaysia, Oman, Singapore dan USA tau!

BERMINAT DAN NAK TAHU CARA MEMOHON


Ok. Kat atas tu gambar bakal senior anda. Ceria memanjangkan. Course ni antara paling ramai lelaki jika nak dibandingkan dengan Dietetik, dan Nutrition.


Kepada lepasan Asasi Sains Pertanian UPM, korang boleh mohon melalui laman web UPM. Kalau korang betul-betul berminat untuk terjebak dalam bidang yang curlass ni, sila letak di pilihan pertama. Istimewa nya lepasan asper, kalau pointer ok, inshaAllah peluang untuk dapat tu dalam 80-90%. InshaAllah kalau rezeki tak kemana kan.

Untuk lepasan matrikulasi dan STPM pulak, anda semua boleh la memohon melalui laman sesawang UPU.

InshaAllah kalau ada rezeki kita jumpa nanti, kemasukan bulan September. Kami selaku senior menanti kedatangan anda dengan lambaian mesra. Hahaha. Poyo. Ahlan ahlan. All the best ! 

Hai juniors!! Erk. Pengsan.




Comments

Anonymous said…
Assalammualaikum, kalau perempuan ambil jurusan ni ok tak?
MisyaQamarina said…
Salam nak tnya. awk punya pngk apply course ni masatu berapa?
MisyaQamarina said…
This comment has been removed by the author.
Aiman Amer said…
Assalam . Saya berminat nak sambung belajar dalam bidang ni. Saya pelajar asper 2016/2017 . Harap boleh share pengalaman . Tqvm
Aiman Amer said…
Assalam . Saya berminat nak sambung belajar dalam bidang ni. Saya pelajar asper 2016/2017 . Harap boleh share pengalaman . Tqvm
Danisya Yusri said…
hye. saya ditawarkan msuk dlm program nih utk degree 2016/2017. nk tnya. ad x senior2 yg nk jual buku utk first sem. :3 hihi.
amira yosri said…
This comment has been removed by the author.
amira yosri said…
Hai. Saya lepasan diploma mechanical engineering from uitm.kalau saya nak buat degree dalam course ni, boleh tak? Sebab saya ada baca dalam syarat kelayakan cuma dia tekankan student diploma engineering biology je. So if you dont mind, boleh explain lebeh lanjut tak tetang kelayakan saya ke bidang ni untuk degree?
Ameer Faris said…
Hi Danisya, sorry lamnbat. Mungkin dah jadi junior saya sekarang. Semoga lancar perjalanan degree. Haha pastikan tak kantoi utk sem 1-3 ni. maintain pointer.

Hi Aiman Amer. Kalau berminat boleh terus mohon. Akan saya cuba utk kongsikan
Ameer Faris said…
Hi Amira. Jangan risau, boleh je mohon. bonus jugak ada background dalam bidang kejuruteraan. bila gabung dengan ilmu kesihatan persekitaran, keselamatan pekerjaan, sangat membantu especially bila waktu bekerja nanti. go on, mohon saja. ada rezeki inshaAllah dapat.
fatteeny isaac said…
Assalamualaikum , saya nk tanya subjek apa yg akan belajar selama 3 tahun tu
Anonymous said…
Salam saya nak tahu apa subjek yang belajar dalam kos ni?
Danisya Yusri said…
Alhamdullilah. Mmg dh jdi junior rasanya. And skrg dh nak second year. :) basically, for fatteeny and anonymous, subjek yg akan belajr adlah organic chem, prinsip kesihatan, kesihatan persekitaran, kesihatan pekerjaan, toksikologi and bnyk lgi yg ad kaitan dgn bidang nih. Maybe boleh search kt Google utk senarai subjek bagi course nih under upm.
nur said…
salam , nak tanya . kalau perempuan sesuai ke dgn course ni?
Anonymous said…
Hai! Nak tanya, kebiasaan pelajar yg amik course pemakanan dan kesihatan komuniti min pointer nya berapa ya? Hehe terima kasih ��

Popular posts from this blog

Pengalaman Asasi Sains Pertanian UPM

Assalamualaikum wbr. Entry kali ini, aku nak kongsikan pengalaman dan perkongsian sedikit sebanyak tentang apa itu Asasi Sains Pertanian yang ditawarkan oleh Universiti Putra Malaysia, Serdang bagi pelajar lepasan SPM. Tadi, secara tak sengaja menyempat jugaklah stalking a few blogs yang menceritakan pengalaman mereka sebagai ex-Asper. Banyak jugak pertanyaan yang tak terjawab, barangkali daripada bakal pelajar yang akan mendaftar.

Untuk makluman, aku merupakan ex-Asper Batch 8. Oh ya. Asper tu adalah singkatan bagi Asasi Sains Pertanian. Special! Jadi lepas ni, tak perlulah sebut panjang-panjang, cukup sebagai Asper.

Awalnya, aku sendiri pun tak tahu menahu pasal Asper ni. Tapi waktu aku Form 5, guru latih pidato, Puan Maslina Rejoh yang banyak share story tentang anak dia yang mendaftar sebagai pelajar Asper. Dan Asasi sains pertanian ni pun agak baru diperkenalkan. Satu-satunya asasi yang mengajar subjek pertanian di Malaysia tahu!

SUBJEK APA YANG PERLU DIAMBIL ?

Ok. Sebelum tu, kepada…

Biasiswa JPA (Program Ijazah Dalam Negara)

Bismillah.

Rasanya, rata-rata antara kita memang dah sedia maklum pasal biasiswa JPA ni. Nak mohon senang, tapi nak dapat tu, mashaAllah punyalah payah. Tapi once dah dapat, alhamdulillah dah tak perlu bimbang tentang bayaran yuran pengajian, duit poket dan sebagainya. Siyes, dapat kurangkan beban keluarga.

Ok. Sebelum kita proceed dengan permohonan, kena lah teliti dulu syarat kelayakan minimum kan. 


Dah habis baca?

Jadi macam mana?

Kalau result korang melepasi syarat minimum, jangan buang masa, terus je mohon. Cara permohonan pun senang je, semuanya atas talian. Log on http://esilav2.jpa.gov.my. (kena sentiasa peka dengan sebarang pengumuman oleh JPA)

Mungkin ramai yang tak tahu. Biasiswa JPA ni sebenarnya dibuka juga kepada pelajar yang sedang dalam pengajian, bukan untuk pelajar lepas ASASI, atau MATRIKULASI yang baru nak masuk universiti saja.

Syarat minimum ialah at least CGPA 3.3.

As usual, untuk student yang self-finance macam aku ni, memang sentiasa tercari-cari peluang untuk mendapa…