Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2014

Never Give Up On Your Dreams.

Assalamualaikum. Alhamdulillah another brand new day.

Aku yakin semua orang dalam dunia ni ada impian dan harapan. Masing-masing ada prinsip hidup dan akan berusaha sedaya mampu untuk mengejar impian.

Kejar ! Kejar selagi boleh !

Biarlah apa pun orang nak cakap, soal kemampuan diri kau, diorang tak berhak untuk mempersoalkan. Hidup kalau terlalu bergantung pada apa kata orang, memang kau takkan mampu melangkah jauh.

Semester baru akan bermula tak lama lagi. Cuti pun dah nak habis. Rasa berkobar-kobar untuk mulakan tahun baru. Dan azam aku adalah untuk buat ibu dan abah gembira dan merasa bangga. Belajar itukan satu jihad jugak, jadi perlu laksanakan dengan penuh kesungguhan. Skema betul ayat. Haha.

InshaAllah. 

Hidup.

Aku suka berbicara tentang hidup. Terkadang langkahan aku tersadung, jatuh tersungkur diterjang badai. Dengan penuh lelah aku bangkit semula untuk meneruskan langkahan. Memandang kedepan membayangkan penghujung yang indah lagi mententeramkan jiwa. Kembali senyum, berlinang air mata, penuh pengharapan. Ya, aku harus tetap melangkah. 

Aku tak mampu berbohong. Memang terkadang aku longlai menongkah arus. Aku salahkan Tuhan kerana mengirimkan aku ujian yang tak berkesudahan. Hati dan jiwa ini terus memberontak. "Kenapa malang nasib diri. Aku hanya baru merasa bahagia. Mengapa ia hilang sekelip mata? Ya Tuhan. Apa silapku."
Pernah satu ketika, iman ku longgar. Aku terasa bagai tak berguna segala doa. "Apa Tuhan benar-benar mendengar rintihan aku?" "Kenapa asyik aku yang kena? Mengapa tidak orang lain. Orang lain terlalu puas mengecap bahagia? Bila tiba giliran aku pula?" Perasaan cemburu itu ada. Kerana nasib aku berbeza. Tak sama dengan mereka. Beruntunglah. 
Ki…

Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan), UPM

Bismillilah. Assalamualaikum wbr. Apa khabar iman? Alamak, soklan maut. Rasa macam kena sepak an. Kali ini, aku nak share pulak tentang jurusan yang sedang aku ambil di peringkat pengajian ijazah. Sekarang ni, memang musim hot hot bebudak menggugel artikel blog yang berkaitan. Penaik semangat kata orang kan. Aku usha blog senior lain, ramai je yang post pasal bidang diorang, tapi untuk bidang aku, tak banyak blog yang share dan kurang pendedahan. 

Untuk pengetahuan, dekat Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM ni terdiri daripada pelajar Perubatan dan Sains Kesihatan. Bagi pelajar Sains Kesihatan terpecah kepada beberapa bidang iaitu 


Bacelor Sains (Bioperubatan)Bacelor Sains (Dietetik)Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan)Bacelor Sains (Pemakanan dan Kesihatan Komuniti)
Tapi, kat sini aku hanya nak fokus pada yang berhighllight tu saja ya. Kalau nak tahu tentang pengalaman kos lain, google je, ada beberapa blog bakal senior anda yang mantop mantop. Ok jap. Blank tetiba …

Pengalaman Asasi Sains Pertanian UPM

Assalamualaikum wbr. Entry kali ini, aku nak kongsikan pengalaman dan perkongsian sedikit sebanyak tentang apa itu Asasi Sains Pertanian yang ditawarkan oleh Universiti Putra Malaysia, Serdang bagi pelajar lepasan SPM. Tadi, secara tak sengaja menyempat jugaklah stalking a few blogs yang menceritakan pengalaman mereka sebagai ex-Asper. Banyak jugak pertanyaan yang tak terjawab, barangkali daripada bakal pelajar yang akan mendaftar.

Untuk makluman, aku merupakan ex-Asper Batch 8. Oh ya. Asper tu adalah singkatan bagi Asasi Sains Pertanian. Special! Jadi lepas ni, tak perlulah sebut panjang-panjang, cukup sebagai Asper.

Awalnya, aku sendiri pun tak tahu menahu pasal Asper ni. Tapi waktu aku Form 5, guru latih pidato, Puan Maslina Rejoh yang banyak share story tentang anak dia yang mendaftar sebagai pelajar Asper. Dan Asasi sains pertanian ni pun agak baru diperkenalkan. Satu-satunya asasi yang mengajar subjek pertanian di Malaysia tahu!

SUBJEK APA YANG PERLU DIAMBIL ?

Ok. Sebelum tu, kepada…