Skip to main content

Study Week La Sangat ..


Salam alayk!

Ya rabbi. Dah sebulan blog tak berhapdat. Fuhh.. fuhh.. vacuum segala habuk dan sawang yang ada kat sini. 


Alhamdulillahi rabbil alamin. Sekejap masa berlalu, dah nak habis dah sem dua ni. And yea, this is study week. Study week yang sangat padu sebab memberanikan diri ambil risiko untuk study di rumah instead of duduk dalam bilik atau library kat kampus. Bored. Study kat rumah alhamdullilah lebih 'senang masuk', makan minum terjaga, basuh baju guna mesin, ada tv etc. Haha. Act like a prince pulak kat rumah. Pengsan.


Doakan yang terbaik. Moga aku dapat jawab segala soalan peperiksaan dengan mudah dan lancar. InshaAllah. Ok. Tadi aku adalah terbaca sebuah blog ni. Kemain cari tips untuk menduduki peperiksaan. Feeling dia macam budak nak ambil SPM. Haha.


Doa


Kalau lupa apa yang kita dah belajar sebelum ni, time tu pulak kau kat tengah-tengah dewan peperiksaan. Bolehlah baca doa ni.. jangan gelabah.


"Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai, Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)".


Kekadang kita ni gelabah je lebih. Kalah orang nak nikah. Walhal ambil exam je pun. Relek. Selawat bebanyak sebelum melangkah masuk ke dewan peperiksaan. Time ni, sepatutnya segala nota kau dah tak payah baca. Lantak la apa yang orang lain buat, psiko, study ke apa, biarkan. Kita yakin saja yang kita dah well prepared. Nak baca, nak hafal few days before exam you should have done that.

Lepas exam pulak, aku benci tabiat segelintir yang suka bincang soalan. What the... kalau rasa benda tu buat kita down, tak usah. Jauh jauhkanlah diri daripada geng kak timah, kak gayah yang suka discuss benda-benda yang dah lepas tu. Tawakal.

Senanya, tak tahu nak taip apa lagi. So, tanpa membuang masa, aku nak minta diri dan sambung study. Basic Medical Biochemistry, one of the bloody killer subject after human physiology for this semester. Wassalam.

Comments

Cik Itah@RRP said…
salam. study study study!..hee all the best exam okay :))
nae nematoda said…
tahniah, walaupun duk rumah, berjaya untuk study...hahaha
keep steady and study..:D
Ameer Faris said…
@Cik Itah@RRPwaalaikumussalam. terima kasih.
Ameer Faris said…
@nae nematoda same goes to u .. all the best !
Ameer Faris said…
@nae nematoda same goes to u .. all the best !
Siti nabilah said…
Bittaufiq wa najjah..

Popular posts from this blog

Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan), UPM

Bismillilah. Assalamualaikum wbr. Apa khabar iman? Alamak, soklan maut. Rasa macam kena sepak an. Kali ini, aku nak share pulak tentang jurusan yang sedang aku ambil di peringkat pengajian ijazah. Sekarang ni, memang musim hot hot bebudak menggugel artikel blog yang berkaitan. Penaik semangat kata orang kan. Aku usha blog senior lain, ramai je yang post pasal bidang diorang, tapi untuk bidang aku, tak banyak blog yang share dan kurang pendedahan. 

Untuk pengetahuan, dekat Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM ni terdiri daripada pelajar Perubatan dan Sains Kesihatan. Bagi pelajar Sains Kesihatan terpecah kepada beberapa bidang iaitu 


Bacelor Sains (Bioperubatan)Bacelor Sains (Dietetik)Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan)Bacelor Sains (Pemakanan dan Kesihatan Komuniti)
Tapi, kat sini aku hanya nak fokus pada yang berhighllight tu saja ya. Kalau nak tahu tentang pengalaman kos lain, google je, ada beberapa blog bakal senior anda yang mantop mantop. Ok jap. Blank tetiba …

Pengalaman Asasi Sains Pertanian UPM

Assalamualaikum wbr. Entry kali ini, aku nak kongsikan pengalaman dan perkongsian sedikit sebanyak tentang apa itu Asasi Sains Pertanian yang ditawarkan oleh Universiti Putra Malaysia, Serdang bagi pelajar lepasan SPM. Tadi, secara tak sengaja menyempat jugaklah stalking a few blogs yang menceritakan pengalaman mereka sebagai ex-Asper. Banyak jugak pertanyaan yang tak terjawab, barangkali daripada bakal pelajar yang akan mendaftar.

Untuk makluman, aku merupakan ex-Asper Batch 8. Oh ya. Asper tu adalah singkatan bagi Asasi Sains Pertanian. Special! Jadi lepas ni, tak perlulah sebut panjang-panjang, cukup sebagai Asper.

Awalnya, aku sendiri pun tak tahu menahu pasal Asper ni. Tapi waktu aku Form 5, guru latih pidato, Puan Maslina Rejoh yang banyak share story tentang anak dia yang mendaftar sebagai pelajar Asper. Dan Asasi sains pertanian ni pun agak baru diperkenalkan. Satu-satunya asasi yang mengajar subjek pertanian di Malaysia tahu!

SUBJEK APA YANG PERLU DIAMBIL ?

Ok. Sebelum tu, kepada…

Biasiswa JPA (Program Ijazah Dalam Negara)

Bismillah.

Rasanya, rata-rata antara kita memang dah sedia maklum pasal biasiswa JPA ni. Nak mohon senang, tapi nak dapat tu, mashaAllah punyalah payah. Tapi once dah dapat, alhamdulillah dah tak perlu bimbang tentang bayaran yuran pengajian, duit poket dan sebagainya. Siyes, dapat kurangkan beban keluarga.

Ok. Sebelum kita proceed dengan permohonan, kena lah teliti dulu syarat kelayakan minimum kan. 


Dah habis baca?

Jadi macam mana?

Kalau result korang melepasi syarat minimum, jangan buang masa, terus je mohon. Cara permohonan pun senang je, semuanya atas talian. Log on http://esilav2.jpa.gov.my. (kena sentiasa peka dengan sebarang pengumuman oleh JPA)

Mungkin ramai yang tak tahu. Biasiswa JPA ni sebenarnya dibuka juga kepada pelajar yang sedang dalam pengajian, bukan untuk pelajar lepas ASASI, atau MATRIKULASI yang baru nak masuk universiti saja.

Syarat minimum ialah at least CGPA 3.3.

As usual, untuk student yang self-finance macam aku ni, memang sentiasa tercari-cari peluang untuk mendapa…