Skip to main content

Masa Berlari Laju


Sahabat asper grup 8 yang kacak berghaye beria..muahaha

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Hampir 4 hari dah aku berada di rumah menikmati cuti semester. Tengah tak ada kerja nak buat kat rumah ni kan, duduk la sengsorang termenung canggung. Imbas balik betapa masa itu berlari laju laju sampai aku pun tak sedar yang eh dah 2 tahun aku duduk UPM setadi. Belek belek gambar saat memula aku mengenal erti hidup berdikari sebagai pelajar universiti, berjumpa kawan yang kemudiannya menjadi sahabat. Leleh. 

Bermula dengan Asasi Sains Pertanian, daftar masuk tahun 2012 cenggitu, sampailah sekarang zaman bergelar pelajar ijazah. Rindu kenangan zaman asasi aca hingusan dulu. Lap hingus jap. Betapa aku dengan kengkawan berjuang sampai tertido tido untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan seorang mahasiswa universiti. Al maklumlah, time tu, kami baru habis sekolah. Tak sempat nak berjimba sangat. Alih-alih kena belajar ikut stail budak uni. But well, alhamdulillah, kami berjaya jugak harungi susah payah time tu dengan penuh bergaya. Betulkan rambut. Dan kebanyakkan lepasan asasi, memang menonjol dan cemerlang time degree (rasa nak pitam), inshaAllah. Alhamdulillah. Mungkin sebab dah terbiasa dengan suasana kat sini. I mean situ (gua kat rumah sekarang beb). 

Alhamdulillah. Bersyukur pada Tuhan, aku dah berjaya tamatkan pengajian tahun pertama. Tiga tahun lagi perjalanan ni ! Hoyeahh. Dan aku yakin tempoh 3 tahun tu tak lah lama mana. Sekejap saja. Sesungguhnya aku tak sabar nak habiskan belajar dan sambung belajar hingga ke peringkat tertinggi yang aku mampu.

Prof. Dr Ameer Faris wannabe.

Ohoi, tolonglah aminkan ! Kenyit mata. Angkat kening. Erkk..

Kalau tak sambung belajar pun, aku nak terus bekerja. Kumpul duit bebanyak, beli rumah idaman, kete idaman, dan mencari isteri idaman. Errkkk. Perrggh. Tergolek. 

Eh, baru aku teringat, selama ni aku tak penah share course apa yang aku ambil sekarang ni kan. Wahaha. Nantilah, akan datang kalau ada request, aku share sampai hadek hadek pun nak join sama course yang letop nih. Gelak kejam. 

Sepanjang tahun pertama aku, nak conclude dua semester dalam satu entry kat blog memanglah mustahil. Walaupun aku sedar nothing impossible in this world an. Malas. 

Banyak cabarannya bergelar pelajar ijazah ni. Bukan kesusahan belajar saja, tapi ada juga cabaran lain sama ada sesama manusia, hidupan liar, alam sekitar dan seumpamanya. Eh. Tapi, paling penting, aku kenal erti hidup. Merasa lah langit tu tinggi ke rendah. Setiap ujian yang datang tu, tak lain adalah untuk mematangkan diri. Persediaan untuk kehidupan yang lebih mencabar bila aku dah bergraduat nanti. Nak kata aku semakin matang la ni citenya. Wakaka.

So far, dari segi pelajaran alhamdulillah tak ada masalah sangat. Cehh. Setiap sem, memang ada satu subjek blooody killler yang cuba untuk menjatuhkan semangat, menganggu gugat ketenteraman emosi kau, dan paling worse, subjek tu akan cuba untuk jatuh gulingkan pointer kau. Feeling dia memang macam nak nanges la an, sambil hentak kepala kat dinding kalau pointer tergolek jauh sangat sehingga ke 7 kaki dalam. Perghh sadis. 

Setakat dua semester ni, subjek yang paling paling aku minat sampai kekadang rasa nak terjun bangunan, tak lain tak bukan ialah Organic Chemistry dan Basic Medical Biochemistry. Hambek. Harap biochem gua lepas (baru lepas exam ari tu). Tak hingin nak repeat. Adohai. 

Ok. So, marilah kita sesama melaungkan slogan MERDEKA 40 kali dengan penuh gilang gemilang. Please standby mercum pop pop saudara saudari. Inilah dia sebagai tanda tamat belajar tahun pertama. Next semester, kita dah jadi senior kengkawan. Keluar tanduk lembu. Siap ah hadek hadek. Ditarbiyyah secukupnya. muahaha. Kami tak kejam. Kami penyayang. Tak syak lagi.

Oh ya, 22hb depan aku dah start berlatihan industri. InshaAllah, kalau ada kelapangan aku share lagi bebanyak story. Especially, discover course apa senanya yang aku sedang ambil sekarang ni. 

See yea! 

IKLAN PENUTUP KATEKO . ZAMAN MUDA MUDA . KAMILAH PALING OHSEM



See yea untuk yang kedua kalinya. Wassalam. 

Comments

nae nematoda said…
biochem dan organic chem, memang boleh buat student stress...tapi bab repeat tu, steady la kalau student repeat paper...haha
pengalaman repeat paper organic chem mmg best :P hahaha
Ameer Faris said…
@nae nematodahuhu inshaAllah tak repeat. tarik nafas.
CH said…
salam alaik. Moga thabat dalam perjuangan dik. Kalau asa asa nak futur, cecepat tarik baju kawan, ikut dia bangun balik :)

Prof. Dr Ameer Faris? Allahumma aamiin :)
Ameer Faris said…
@CH jzkk :) harapnya tidaklah sampai futur..
cik kiwi said…
Amin ya Rabb.. :)
Balqis said…
Assalamualaikum.

Prof.Dr. Ameer , moga impian jadi kenyataan.

Timbul persoalan ;
Kata baru 1st year macam mana dah start kena buat praktikal ni ?
Bukan ke upm bila dah sem 6 baru praktikal ? Atau memang fakulti ameer buat masa 1st year ? Hmmm
Ameer Faris said…
@Balqisowh utk course kami, setiap tahun ada praktikal smpai tahun 3. :D
Balqis said…
@ameerfaris Ooooh, patut laa. Rasa pelik pulak student first year dah praktikal.

Berapa bulan praktikal ?

Selamat berpraktikal.
Ameer Faris said…
@Balqis terima kasih. sebulan je.. haha

Popular posts from this blog

Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan), UPM

Bismillilah. Assalamualaikum wbr. Apa khabar iman? Alamak, soklan maut. Rasa macam kena sepak an. Kali ini, aku nak share pulak tentang jurusan yang sedang aku ambil di peringkat pengajian ijazah. Sekarang ni, memang musim hot hot bebudak menggugel artikel blog yang berkaitan. Penaik semangat kata orang kan. Aku usha blog senior lain, ramai je yang post pasal bidang diorang, tapi untuk bidang aku, tak banyak blog yang share dan kurang pendedahan. 

Untuk pengetahuan, dekat Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM ni terdiri daripada pelajar Perubatan dan Sains Kesihatan. Bagi pelajar Sains Kesihatan terpecah kepada beberapa bidang iaitu 


Bacelor Sains (Bioperubatan)Bacelor Sains (Dietetik)Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan)Bacelor Sains (Pemakanan dan Kesihatan Komuniti)
Tapi, kat sini aku hanya nak fokus pada yang berhighllight tu saja ya. Kalau nak tahu tentang pengalaman kos lain, google je, ada beberapa blog bakal senior anda yang mantop mantop. Ok jap. Blank tetiba …

Pengalaman Asasi Sains Pertanian UPM

Assalamualaikum wbr. Entry kali ini, aku nak kongsikan pengalaman dan perkongsian sedikit sebanyak tentang apa itu Asasi Sains Pertanian yang ditawarkan oleh Universiti Putra Malaysia, Serdang bagi pelajar lepasan SPM. Tadi, secara tak sengaja menyempat jugaklah stalking a few blogs yang menceritakan pengalaman mereka sebagai ex-Asper. Banyak jugak pertanyaan yang tak terjawab, barangkali daripada bakal pelajar yang akan mendaftar.

Untuk makluman, aku merupakan ex-Asper Batch 8. Oh ya. Asper tu adalah singkatan bagi Asasi Sains Pertanian. Special! Jadi lepas ni, tak perlulah sebut panjang-panjang, cukup sebagai Asper.

Awalnya, aku sendiri pun tak tahu menahu pasal Asper ni. Tapi waktu aku Form 5, guru latih pidato, Puan Maslina Rejoh yang banyak share story tentang anak dia yang mendaftar sebagai pelajar Asper. Dan Asasi sains pertanian ni pun agak baru diperkenalkan. Satu-satunya asasi yang mengajar subjek pertanian di Malaysia tahu!

SUBJEK APA YANG PERLU DIAMBIL ?

Ok. Sebelum tu, kepada…

Biasiswa JPA (Program Ijazah Dalam Negara)

Bismillah.

Rasanya, rata-rata antara kita memang dah sedia maklum pasal biasiswa JPA ni. Nak mohon senang, tapi nak dapat tu, mashaAllah punyalah payah. Tapi once dah dapat, alhamdulillah dah tak perlu bimbang tentang bayaran yuran pengajian, duit poket dan sebagainya. Siyes, dapat kurangkan beban keluarga.

Ok. Sebelum kita proceed dengan permohonan, kena lah teliti dulu syarat kelayakan minimum kan. 


Dah habis baca?

Jadi macam mana?

Kalau result korang melepasi syarat minimum, jangan buang masa, terus je mohon. Cara permohonan pun senang je, semuanya atas talian. Log on http://esilav2.jpa.gov.my. (kena sentiasa peka dengan sebarang pengumuman oleh JPA)

Mungkin ramai yang tak tahu. Biasiswa JPA ni sebenarnya dibuka juga kepada pelajar yang sedang dalam pengajian, bukan untuk pelajar lepas ASASI, atau MATRIKULASI yang baru nak masuk universiti saja.

Syarat minimum ialah at least CGPA 3.3.

As usual, untuk student yang self-finance macam aku ni, memang sentiasa tercari-cari peluang untuk mendapa…