Skip to main content

Keep Calm and Smile !


Bismillah. Assalamualaikum wbr! 

Hectic weeks. Yeah itu yang dapat diungkapkan. Saban minggu pun sibuk. Baru diberi tugasan pertama, sudah datang tugasan kedua, ketiga, keempat dan seterusnya. Nah, begitulah gambarannya. Orang lain tak tahu, hanya kita dengan Dia sahaja yang tahu. Tapi, tak adelah kesibukan yang sampai tak mandi, tak makan, tak tidur, semua tu kan. Dusta. Jatuh saham seorang jejaka kalau tak mandi. Haha. 


Alhamdulillah. Rasa banyak kemajuan dan self improvement terutama dalam leadership skills. Sepanjang sesi semester pertama hinggalah ke hari ini (hampir menamatkan semester kedua), banyak program yang aku terlibat. Malah, ada program sama ada di peringkat fakulti atau kolej, diberi kepercayaan menjadi Pengarah dan Timbalan Pengarah program. Aku belajar macam mana nak handle kelompok manusia yang ramai (manade buat program sorang dua je pengggeraknya kan), pastu aku belajar macam mana nak rancang strategi etc. Sangat banyak la senanya. InshaAllah, kelak dengan pengalaman inilah aku akan melangkah jauh dengan keyakinan untuk mendepani arus cabaran dunia pekerjaan nanti.


List program atau aktiviti untuk masa terdekat ni:


  • Road to AGM Persatuan Mahasiswa Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan.
  • Malam Pesona ENVOCH 2014.
  • Program PERMATA Rumah al-Fikrah, Kajang.
  • Program Kembara Masjid, Puchong.
  • Program Befrienders

Semput. Nampak sikit. Tapi, banyak giler kerja dan perjumpaan perlu dibuat. Cabaran. 

Gagah.


Minggu ni merupakan minggu ke-9. Maknanya apa? Haa.. Exam dah dekat.


Sebagai seorang mahasiswa, sememangnya kau takkan dapat elak daripada terjebak dengan timbunan aktiviti dan program, sama ada dianjurkan oleh kolej, fakulti, atau universiti. Well, inilah baru namanya pelajar. Kalau duduk bilik saja, menelaah, tak ada life la kan! Cuma, ada syaratnya. Perlu sentiasa ingatkan diri sendiri, tentang tujuan dan matlamat berada di sini adalah untuk study. Bila kita dah kata, tujuan utama adalah study, maka itulah priority. Kemudian, hati kena kental dan cekal. Untuk sesuatu program, banyak meeting dan perjumpaan akan diadakan saban malam yang menyebabkan kau balik bilik lewat. Maka, waktu-waktu kritikal macam inilah kau akan belajar macam mana nak manage masa. Rancang jadual belajar dan aktiviti supaya bila menjelang exam, kita tak stress atau depressed. Senyum. 


Dah macam pakar motivasi pulak dah.


Jom sahabat.


Kita nyahkan segala rasa gundah, kecewa, hasad, putus asa dalam jiwa kita. Kumpulkan segala kekuatan untuk move on! Kalau kita tak bergerak sekarang, maka kita akan terus ketinggalan. Kalau kita sentiasa dalam khayalan perasaan sendiri, maka kita akan lebih terluka, barangkali semakin sukar untuk disembuhkan. Masa sentiasa berjalan. Tak pernah berhenti. Tak akan pernah berulang lagi. 


Walau semacam apapun kesibukan yang menerjah kehidupan, jangan sampai melalaikan kita daripada mengingati Allah. Jangan sampai sempit masa untuk beramal. Sibuk? Kesibukan itu lumrah. Takkan pernah hilang. Kita akan sentiasa sibuk, tapi semuanya bergantung pada diri kita sendiri.


Anda berusrah?


"Nah, aku sibuk giler kateko. Usrah pun aku terpaksa skip skip." 


"Nak buat macam mana, meeting tu pukul 8 malam sampai 11 malam. Usrah lepas Isyak. Tak dapat nak join lah."


"Nak exam dah ni, banyak lagi chapter gua tak cover. Malaslah nak turun usrah. Nak study."


Tak kau, mahupun aku. Mesti pernah terpacul jugak ayat-ayat ni. Tumbuk dinding.


Inilah yang digeruni. Bila kita terlalu sibuk dengan kesibukan dunia, sampai mula pandang remeh pada perkara-perkara yang terkait dengan urusan akhirat. Tak ohsem. Apa yang ditakuti, hati kita akan semakin menjauh dan terus menjauh dari kebaikan. Hati akan jadi mati, kering kontang tanpa kesuburan iman.


Jadilah kita seorang pelajar muslim, yang serba boleh!

Iya, serba boleh cik kiah!
Kita ada Allah !
Kita special !
Kita kuat !

Kita ada senjata terkuat, senjata doa yang tiada galang gantinya. 


Saat jalan dihadapan kelihatan kabur, kita berdoa mohon Allah tunjukkan jalan yang terang benderang menuju redha-Nya.


Saat jiwa terasa kusut, berserabut, kita berdoa supaya Allah beri kita ketenangan, kelapangan dan kemudahan.


Saat kita rasa lemah, kita berdoa agar Allah beri kita kekuatan.


Lap air mata.


Itulah kita yang seharusnya sahabat. Bila kita katakan kita bangga menjadi seorang muslim, maka kita wajib beramal dan beritingkah laku sebagai seorang muslim. Hidup kita punya panduan. Kita takkan mampu bergerak sendiri walau sesaat tanpa keizinan dan bantuan Allah.


Rasanya, first time aku menulis berjela macam ni. Kesian. Nyesal kau datang blog aku. Muntah darah.


Setakat ini saja lembaran kali ni (bajet tulis warkah chenta).


Doakan aku ya, inshaAllah akan mula berjimba dengan peperiksaan hari Ahad nanti 27 April 2014. Moga kalian cemerlang juga. Bittaufiq wannajah fil imtihan.


Gegolek keluar.


Popular posts from this blog

Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan), UPM

Bismillilah. Assalamualaikum wbr. Apa khabar iman? Alamak, soklan maut. Rasa macam kena sepak an. Kali ini, aku nak share pulak tentang jurusan yang sedang aku ambil di peringkat pengajian ijazah. Sekarang ni, memang musim hot hot bebudak menggugel artikel blog yang berkaitan. Penaik semangat kata orang kan. Aku usha blog senior lain, ramai je yang post pasal bidang diorang, tapi untuk bidang aku, tak banyak blog yang share dan kurang pendedahan. 

Untuk pengetahuan, dekat Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM ni terdiri daripada pelajar Perubatan dan Sains Kesihatan. Bagi pelajar Sains Kesihatan terpecah kepada beberapa bidang iaitu 


Bacelor Sains (Bioperubatan)Bacelor Sains (Dietetik)Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan)Bacelor Sains (Pemakanan dan Kesihatan Komuniti)
Tapi, kat sini aku hanya nak fokus pada yang berhighllight tu saja ya. Kalau nak tahu tentang pengalaman kos lain, google je, ada beberapa blog bakal senior anda yang mantop mantop. Ok jap. Blank tetiba …

Pengalaman Asasi Sains Pertanian UPM

Assalamualaikum wbr. Entry kali ini, aku nak kongsikan pengalaman dan perkongsian sedikit sebanyak tentang apa itu Asasi Sains Pertanian yang ditawarkan oleh Universiti Putra Malaysia, Serdang bagi pelajar lepasan SPM. Tadi, secara tak sengaja menyempat jugaklah stalking a few blogs yang menceritakan pengalaman mereka sebagai ex-Asper. Banyak jugak pertanyaan yang tak terjawab, barangkali daripada bakal pelajar yang akan mendaftar.

Untuk makluman, aku merupakan ex-Asper Batch 8. Oh ya. Asper tu adalah singkatan bagi Asasi Sains Pertanian. Special! Jadi lepas ni, tak perlulah sebut panjang-panjang, cukup sebagai Asper.

Awalnya, aku sendiri pun tak tahu menahu pasal Asper ni. Tapi waktu aku Form 5, guru latih pidato, Puan Maslina Rejoh yang banyak share story tentang anak dia yang mendaftar sebagai pelajar Asper. Dan Asasi sains pertanian ni pun agak baru diperkenalkan. Satu-satunya asasi yang mengajar subjek pertanian di Malaysia tahu!

SUBJEK APA YANG PERLU DIAMBIL ?

Ok. Sebelum tu, kepada…

Biasiswa JPA (Program Ijazah Dalam Negara)

Bismillah.

Rasanya, rata-rata antara kita memang dah sedia maklum pasal biasiswa JPA ni. Nak mohon senang, tapi nak dapat tu, mashaAllah punyalah payah. Tapi once dah dapat, alhamdulillah dah tak perlu bimbang tentang bayaran yuran pengajian, duit poket dan sebagainya. Siyes, dapat kurangkan beban keluarga.

Ok. Sebelum kita proceed dengan permohonan, kena lah teliti dulu syarat kelayakan minimum kan. 


Dah habis baca?

Jadi macam mana?

Kalau result korang melepasi syarat minimum, jangan buang masa, terus je mohon. Cara permohonan pun senang je, semuanya atas talian. Log on http://esilav2.jpa.gov.my. (kena sentiasa peka dengan sebarang pengumuman oleh JPA)

Mungkin ramai yang tak tahu. Biasiswa JPA ni sebenarnya dibuka juga kepada pelajar yang sedang dalam pengajian, bukan untuk pelajar lepas ASASI, atau MATRIKULASI yang baru nak masuk universiti saja.

Syarat minimum ialah at least CGPA 3.3.

As usual, untuk student yang self-finance macam aku ni, memang sentiasa tercari-cari peluang untuk mendapa…