Friday, February 7, 2014

Aku dan Kehidupan Universiti


Yang mana satukah aku? haha. Tak penting.

Alhamdulillah. Masih bernafas. Diberi kesempatan untuk menyambung kontrak sebagai hamba-Nya di hari Jumaat ini. Tetiba tengah hari ni, terlebih rajin untuk mengupdate blog. Yalah, minggu depan dah nak balik kolej, mula sibuk dengan segala macam aktiviti program dan pengajian. Susah sikit nak online lama-lama.

Sekejap je masa, cuti semester yang 5 minggu ini, akan melabuhkan tirainya tak lama lagi. Maksudnya, semester baru bakal tiba. Pastinya, lebih mencabar. Tak tahu apa ujian, cabaran yang bakal ditempuh. Tawakal sajalah.

Sepanjang bergelar siswa ni, banyak benda yang berlaku. Semuanya penuh hikmah, pengajaran dan memberi aku 1001 pengalaman yang mematangkan. Sebaik saja kita melangkah keluar daripada rumah, dengan niat nak menuntut ilmu, sebenarnya satu permulaan untuk kita belajar tentang kehidupan.

Belajar bukan semata-mata di dalam dewan kuliah. Pelajaran di dalam dewan kuliah pada aku, semata-mata berorientasikan persediaan ke arah peperiksaan. Melainkanlah, pensyarah tu, berkongsi ilmu sesuatu yang di luar silibus. Nah, terbuka minda.

Bila dah masuk universiti, satu perkara yang aku sentiasa ingat, bahawa aku bukan lagi seorang budak. Tapi, seorang remaja yang meningkat dewasa. Pemikiran harus matang, berintelektual, kritis. 

Dari segi pergaulan juga harus lebih matang. Aku belajar untuk lebih alert dengan persekitaran. Aku belajar bagaimana untuk bergaul dengan pelbagai jenis manusia yang berbeza latar belakang, sifat, pemikiran, dan tingkah laku. AKu belajar untuk bersangka baik dengan manusia disekeliling. Aku selalu katakan pada diri, hidup perlu sentiasa ceria. Manusia disekeliling sentiasa menilai kita. Melihat raut wajah saja, manusia mampu mentafsir siapa kita. Melihat akhlak dan penampilan juga, memungkinkan manusia lain menilai siapa sebenarnya kita.

Alhamdulillah. Perjalanan kehidupan aku sebagai seorang dewasa baru saja bermula. Aku berharap agar aku sentiasa bersedia dengan segala likuan hidup yang tak pernah disangka-sangka. Hidup tanpa cabaran, maka kita takkan pernah belajar apa-apa. Kita takkan mampu kenal apa erti kesusahan. Maka dengan itu, aku belajar untuk berlapang dada, bersangka baik dengan-Nya.

Mudah-mudahan segala apa yang aku impikan akan terlaksa. Mampu menjadi siswa terbilang menyumbang jasa. Mampu menjadi anak soleh harapan ibu bapa. Menjadi seorang abang yang mengasihi adik adiknya. Menjadi seorang khalifah yang taat pada Penciptanya. Menjadi seorang daie yang tak mudah lelah.

Masih terlalu banyak yang aku perlu belajar. Dan aku kena jadi seorang yang cekal dan kental dalam kehidupan. Bersyukur terpilih untuk menyambung pengajian di salah satu universiti penyelidikan ini. Bersyukur juga punya ramai sahabat di sini dari zaman asasi hinggalah ke degree. Mereka sangat baik, membantu, periang. Moga persahabatan ini berkekalan.

Kembara mengejar cita dan impian.

Selamat menuntut ilmu di semester baru.