Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2014

Aku dan Kehidupan Universiti

Alhamdulillah. Masih bernafas. Diberi kesempatan untuk menyambung kontrak sebagai hamba-Nya di hari Jumaat ini. Tetiba tengah hari ni, terlebih rajin untuk mengupdate blog. Yalah, minggu depan dah nak balik kolej, mula sibuk dengan segala macam aktiviti program dan pengajian. Susah sikit nak online lama-lama.
Sekejap je masa, cuti semester yang 5 minggu ini, akan melabuhkan tirainya tak lama lagi. Maksudnya, semester baru bakal tiba. Pastinya, lebih mencabar. Tak tahu apa ujian, cabaran yang bakal ditempuh. Tawakal sajalah.
Sepanjang bergelar siswa ni, banyak benda yang berlaku. Semuanya penuh hikmah, pengajaran dan memberi aku 1001 pengalaman yang mematangkan. Sebaik saja kita melangkah keluar daripada rumah, dengan niat nak menuntut ilmu, sebenarnya satu permulaan untuk kita belajar tentang kehidupan.

Belajar bukan semata-mata di dalam dewan kuliah. Pelajaran di dalam dewan kuliah pada aku, semata-mata berorientasikan persediaan ke arah peperiksaan. Melainkanlah, pensyarah tu, berkongs…

"Kenapa Akak Pakai Tudung Labuh Erk?"

“Akak, kenapa akak pakai tudung labuh?” Soalan ini sudah banyak kali dilontarkan oleh remaja kepadaku. Adik bongsuku, Asiah Yusra yang sedang mekar meniti usia remaja, turut bertanya. Melihat wajahnya yang saling tidak tumpah dengan iras wajahku, aku terasa bagaikan sedang melihat diriku sendiri. Aku pernah remaja dan terpesona melihat kakak sulung bertudung labuh. Kufahami, remaja bertanya kerana mereka sedang tercari-cari identiti diri.


Kali pertama aku memilihnya sebagai imej diri ketika usiaku remaja. Saat itu, aku bertudung labuh kerana keindahannya menghiasi wanita-wanita berakhlak mulia yang kukenali. Ibuku, kakakku, kakak-kakak naqibahku, ustazah-ustazahku semuanya bertudung labuh. Hingga aku mensinonimkan tudung labuh itu dengan keindahan, keperibadian dan kebaikan. Walaupun aku turut mengenali teman-teman bertudung labuh yang akhlaknya bermasalah namun aku masih menemui keindahan jiwanya, ingin menjadi lebih baik. Hari ini, aku memilih tudung labuh kerana aku yakin ia lebih i…

Pelan Hidup. Dari Mana Nak ke Mana?

"Pelan hidup. Dari mana nak ke mana?" 

Tersentap membaca kalam ini saat aku membaca perkongsian oleh seorang teman, melontar persoalan murabbinya.

Aku cuba menjawab persoalan itu sendiri. Menggunakan deria rasa hati. Tidak pula aku melontar kata. Berbicara dengan hati ini.

Aku tak menemukan jawapan yang jelas. Pelan hidup? Apakah. Pernah pulak aku berfikir sejauh itu. Hanya punya angan-angan tapi tidak pula punya strategi yang kemas dan jelas.

Keep Calm and Zikrullah.

Pelan hidup. Apa sebenarnya yang aku inginkan dalam kehidupan ini. Adakah aku akan mensia-siakan usia ini untuk bermaksiat dan menderhakai Penciptaku. Adakah mungkin aku mensia-siakan kudrat ini hanya untuk bernafsi-nafsi.

Tidak. Bukan itu matlamat aku. Takkan sesekali aku mengakhiri kehidupan ini dengan sesuatu yang jelas-jelas menyebabkan aku ditimpa kesusahan pada hari pengadilan nanti. Jadi apa sebenarnya tujuan hidup ini yang sebenarnya?


Aku Sebagai KhalifahHakikatnya, kita diciptakan Allah sebagai khalifah di mu…