Thursday, January 9, 2014

Kerna Kau Punya Hak Untuk Bahagia




Alhamdulillah. Kembali bertinta setelah sekian lama tidak berblogging. Sekadar berkongsi apa yang terbuku di hati dan apa yang pernah aku alami. Chill, my brotha and sista. Jangan serius sangat. Tenang dan santai wokeh! Ini tentang hidup. Ya, kehidupan yang kita lalui sehari-hari.

Kerna kau punya hak untuk bahagia. 
* Kembali mencari idea dan hala tuju asal . Apa yang mahu dicoretkan dalam bingkisan kali ni. Adohai. *

Wokeh, dah jumpa apa yang nak ditulis tadi.
Kembali pada topik.

Terkadang, kita tak sedar betapa kita terlalu meletakkan kebergantungan pada orang lain. Sehinggakan, kita mula lupa untuk meletakkan kebergantungan yang sebenar-benarnya hanyalah kepada Allah. Tuhan kita. Hanya Dia yang berhak untuk digantung harap, sumber kekuatan dan benteng diri dalam menempuh cabaran kehidupan yang takkan pernah mampu kita menduga.

Nak berjaya? Bergantung pada rakan.
Nak bahagia? Perlu sentiasa bersama rakan.
Nak study? Tunggu rakan ajak.
Nak makan? Tunggu rakan pelawa atau belanja. Isk.
Nak couple? Ok. Memang nak kena smack down.

Sebenarnya, bila kita terlalu meletakkan kebergantungan sebegitu, kita hanyalah menempah satu kelemahan diri. Bayangkan situasi ni. Bila kawan yang kita harap-harapkan menjadi sahabat itu tetiba tak ada angin, tak ada ribut mahupun tsunami, berpaling muka, tak tegur kita tanpa sebab, tak bersalaman tanpa sebab, kau nak down?? Mesti down. Kompem. Duk fikir apa salah sendiri sampai tak lalu makan, hilang semangat belajar, tak fokus, dan boleh jadi gila! Sadis.

Come on, beb! Mulai hari ni, kau perlu belajar untuk tak bergantung pada orang lain. Mula serius mencari sumber kekuatan yang hakiki, di mana, sekalipun dilanda ombak, ribut, taufan haiyan, tsunami, kau tetap teguh berdiri dan mampu melangkah sendiri.

Aku selalu sematkan dalam hati, bahawa, selagi ada Allah di hati, aku takkan pernah merasa sunyi. Selagi aku punya ibu dan ayah, aku tak perlukan sokongan lain daripada mereka. Dan, aku selalu fikir begini setiap kali orang mula menunjukkan sikap membenciku tanpa sebab. "Kau mencemarkan silaturrahim yang terjalin ini, percayalah, ianya sedikit pun tak menjejaskan kebahagiaan aku. Malah aku bersyukur, kerana Allah menunjukkan padaku, siapa yang benar benar layak digelar sahabat fillah." Allahhurobbi.

Besar hikmahnya bila mana kita mampu mencari kekuatan diri. Back to origin. Kembali pada Allah. Insha Allah, walau kau berseorangan, tiada alasan untuk bergerak sendiri, selagi kau pegang Allah di hati.

Find your true happiness and strength.




Ameer Faris
090114