Tuesday, January 14, 2014

Sem Break ! Happy New Year 2014!

Assalamualaikum. Alhamdulillah dah masuk tahun baru 2014. Maka berakhirlah semester ni. Heaven. Jumpa kenalan baru. Explore benda baru. Banyak kenangan sem ni. Tak sangka, dah satu sem habis.

Cuti ni aku pun pening kepala jugak tak tahu nak penuhkan masa dengan apa. Sebab sejujurnya, sepanjang berada di kampus, memang jarang ada masa santai santai ni, kecuali waktu tidur petang. Tu wajib. Balik kuliah memang lepak. Penat otak. Penat badan. Tidur la penawarnya.

Nak elak kebosanan di rumah, maka aku menjebakkan diri ke dapur. Seghonok okeh. Belajar buat kek coklat. Senanya, tak belajar pun, tolong godak selebihnya tolong tengok dan merasa. Hehe.



Tadaa! Nampak tak. Nampak tak. Inilah kek hasil tangan anak bujang. Moist chocolate cake 'leleh'. Yang leleh tu aku yang tambah. Sebab aku  lah makhluk yang bertanggungjawab melelehkan cokelat cair atas tu. Ok. Telan air liur.

Sesi buat kek selesai. Lepas kemas kemas segala benda yang aku dah kecahkan. Then, tolong ibu prepare pulak untuk lunch. Kata ibu, menu lunch kali ni, nak masak nasi ayam ala baba n nyonya. Ok, layanzz. Masak, tolong godak pun kira ada la sikit sikit air tangan aku kan kat situ. Hehe. Dijamin sedap. Ini dia!! Satu set sepinggan lengkap nasi ayam kami. Ayam tu tak boileh blah. Dah diperam semalaman dengan madu dan segala rempah. Bila goreng, harumannya memecah keheningan tembok tembok jiran sebelah. Marvellous.




Cuti sem kali ni jugak, aku banyak habiskan masa dengan Qalesyaa. Best tengok dia membesar hari ke hari. Comel. Tak tipu. Jelita tau. Kalah nora danish. Senyuum senghet. 


4 comments

January 15, 2014 at 11:14 AM

time cuti sem ni, satu je bnd paling best buat, duduk kat rumah, abiskan masa kat umh...time bujang ni la, nak ber sweet dgn family, pasni bukak sem, dah susah dh nak balik...haha, kan ?

January 15, 2014 at 12:51 PM

haha betul la.. ;)

Anonymous
January 15, 2014 at 2:05 PM

Cake tuuu... ( masyaallah.. soo tempting! )

January 15, 2014 at 2:38 PM

hehe terima kasih.. inshaAllah memang super deboom kesedapannya.. :D

Post a Comment