Wednesday, January 22, 2014

"Apa, Nak Dakwah? Ekstrem Gila Kau ! "



"Aku Seorang Daie?. Pertanyaan ini acapkali menerpa diri. Betul kah? Tapi aku ni tak adalah baik sangat. Tak alim. Tak warak. Amal pun biasa biasa saja. Bagaimana mungkin aku ini seorang daie? Ini Mustahil !Nak masuk sorga kan, takkan gegolek tengok Maharaja Lawak je. 

Benar.

Kita ini seorang daie. Tidak kiralah siapa pun anda, jahat manapun anda, buruk mana pun akhlak, style apapun penampilan, kerana setiap yang mengucap dua kalimah syahadah itu adalah seorang daie. Ini benar. Tak tipu.

Menyuruh yang Makruf Mencegah Yang Mungkar

Menyuruh yang makruf mencegah yang mungkar adalah paksi terbesar dalam Islam. Dengan tujuan itulah Allah SWT mengutuskan para nabi. Jika amanah ini tidak terpikul maka, rosaklah segala ajaran agama, muncul segala kerosakan dan musnah negara (lebih dahsyat dari ini). Gelap dunia.

Dalil apa yang menyuruh kita untuk berdakwah?

Ingat sampai mati.

Berpegang pada Surah ali-Imran ayat 104.

Maksudnya,

"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya."

Macam Mana Nak Berdakwah?


Riwayat Muslim daripada Abu Sa'id al-Khudri r.a, Nabi Muhammad SAW bersabda, Ertinya:

"Sesiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah diubah dengan tangannya. Jika tidak mampu juga hendaklah dengan lisannya dan jika tidak mampu juga, hendaklah dengan hati. Itu adalah selemah-lemah iman."

Dalam hadith lain, Rasulullah SAW juga pernah bersabda,

"Jihad yang paling utama sekali ialah mengeluarkan perkataan yang bernar kepada pemerintah yang zalim." (Al-Tarmizi, Abu Daud dan Ibn Majah)

See. Islam tak bias dan tiada berkompromi dalam soal ini. Walau sesiapa pun, besar atau rendahnya pangkat dan darjat, andai salah tetap harus diperbetul. Carilah kaedah yang terbaik dan berhikmah.

Kalau Tak Nak Berdakwah Acane? 


Tetap tak nak sahut seruan supaya berdakwah? Siyes tak nak?

Ini dia. 

Saidina Abu Bakar menyatakan: Kami mendengar Rasulullah SAW bersabda,

"Sesungguhnya manusia apabila melihat kemungkaran tetapi tidak mengubahnya, hampir-hampir saja Allah lingkungkan mereka dengan balasan daripada-Nya." (Abu Daud dan al-Tarmizi)

Rasulullah SAW juga pernah bersabda,

"Hendaklah anda semua melakukan yang makruf dan mencegah yang mungkar atau Allah akan jadikan orang-orang yang jahat dalam kalangan anda menguasai urusan anda, lalu orang-orang baik berdoa, tetapi doa mereka tidak diperkenankan oleh Allah SWT."  (al-Tarmizi)

Kita wajib mencegah jika mengetahui kemungkaran itu dapat dihentikan sama ada dengan memberi nasihat atau melakukan sesuatu tindakan dan tidak mudarat yang akan menimpanya.

Ada juga situasi di mana tidak wajib mencegah kemungkaran. Misalnya, kita tahu bahawa tegahan kita itu tidak memberikan apa-apa kesan bahkan mendatangkan musibah seperti dipukul dan seumpamanya.Tidak wajib juga mencegah kemungkaran jika mengetahui bahawa tindakan kita itu tidak memberi apa apa faedah meskipun kita tidak takut berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini. Namun begitu, ia tetap disunatkan bagi menzahirkan syiar Islam dan memberi peringatan dlam perkara agama. Islam itu indah dan sangat fleksibel. 


Medium Dakwah Masa Ini.


Alhamdulillah. Zaman serba canggih dan moden sekarang ini, boleh dikatakan sesiapa pun boleh berdakwah. Contohnya dengan menggunakan laman sosial, seperti Twitter, Facebook juga Blog. Cara ini dirasakan sangat berkesan, dan impaknya lebih. Insha-Allah dengan izin-Nya. 

Takut nak berdakwah? Banyak dosa. Diri sendiri tak betul. Macam mana nak betulkan orang lain nih? Adeh.

Persoalan ini memang sering bermain di minda. Tapi memikirkan seruan dakwah untuk semua yang bergelar muslim, tidak dapat tidak, kena juga laksanakannya. Memperbetul orang lain, sambil mengupgrade diri sendiri. Ohsem.

Pernah dibincangkan juga di dalam laman Twitter.




Cumanya, dalam keghairahan kita untuk  berdakwah di laman sosial, jangan pula populariti menganggu hati. Tajdid niat. Ingat molek. Beramal tanpa niat hanya mendatangkan penat lelah sahaja. Niat tanpa ikhlas pula adalah riak. Ikhlas tanpa mengetahui hakikat sebenarnya adalah sia-sia seumpama debu yang berterbangan.

Antara tweet aku yang berkaitan, sebagai perkongsian inshaAllah;




Ada satu hal yang perlu kita ingat. Setiap apa yang kita perkatakan akan dipersoal juga kelak. Kita bertanggungjawab atas segala hal yang kita percakapkan.


"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya?" (As-Saff:2) 
"Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya." (As-Saff:3)


Nak berubah itu susahkan kan? Banyak likuannya. Dengan iman yang ada pasang surutnya. Nafsu selalu menang. Allah. Teruskan melangkah dengan penuh mujahadah. (Ingatan untuk diri sendiri jugak). Bila dah terkeluar dari landasan. Tersedar kembali. Back to Allah.

Yakinlah, Allah menerima setiap taubat kita. Selagi kita masih bernafas, roh belum di halqum, sentiasa ada peluang. Jangan putus asa. Kita perlu jadi seorang pendosa yang tak lelah bertaubat. InshaAllah.

Sekadar perkongsian dari Facebook. Page i-Tarbiyyah. Boleh LIKE jika ingin mendapat manfaat darinya. :)





Bertabahlah. Moga bermanfaat perkongsian kali ini. InshaAllah.



Ameer Faris Azman
1058
230114

5 comments

January 22, 2014 at 10:45 PM

nice blog =)

January 23, 2014 at 5:40 AM

Cayalah Akhi! Kita semua Daie. Sungguhpun amal biasa-biasa sahaja.. Allahu!

January 23, 2014 at 9:27 AM

Ajaran Islam melalui Rasulullah perlu disebarkan. Itu beza kita dgn ummat yang lain :) InshaAllah, teruskan berdakwah!

January 24, 2014 at 11:27 AM

BETUL TU

February 3, 2014 at 9:17 PM

@The Daie yup, betul tu. senyum.

Post a Comment