Skip to main content

L . O . S . T


“Tanya pada jasad, kenapa hanya lama di tempat sujud bila dalam kesusahan?
Tanya pada ruh, kenapa hanya mencari Allah bila dalam kesusahan
Tanya pada jasad, kenapa menuju dunia ketika dalam gembira?
Tanya pada ruh, kenapa mencintai dunia dalam gembira?

Teman, bibirmu lancar menyebut kalam Allah bila dikau benar2 memerlukan pertolonganNYA. 

Tapi, bila DIA sudah mengurniakan pertolonganNYA, di manakah suaramu itu? Kitab itu kau tinggalkan ia di meja, disapa debu2 jalanan. Kau sambut pula tawaran dunia yang hanya permainan semata.

Sungguh, Allah menyukai satu amalan yang istiqamah walaupun sedikit.”

Hari ini, aku diberi kelapangan masa untuk berehat seketika, berhenti membaca segala nota, lapangkan minda untuk membaca bahan bahan tarbiyyah yang barangkali agak lama aku tinggalkan. Tersentap membaca status di atas.

Terfikir sejenak. Tanpa kita sedar, selama ini, mungkin kita termasuk dalam golongan manusia yang hanya khusyuk dalam ibadah, ikhlas mencari dia di saat  susah, saat jiwa terasa gundah, terbeban dengan masalah. Jika selama kita susah, kalimat-Nya sentiasa terukir di bibir, lunak dibaca dan dihayati, tapi, saat kita gembira dan bahagia, mana hilangnya pergi kelunakan suara itu, mana perginya rasa ikhlas, mana hilangnya rasa cinta terhadap Dia?

Terduduk.

Apa lagi yang kita mahu?
Sudah diberikan nikmat, kita lupa bersyukur. Tenggelam timbul dalam kegembiraan. Hanyut dalam godaan dunia. Bila diuji sedikit, cepat melatah. Menyalahkan Allah. Aduhai, bila kita nak berubah? Fikir.

Lost.

Iman yang punya pasang surutnya. Terkadang, ianya tinggi dan padu. Tetapi, terkadang juga levelnya berkurang, kering kontang, dan tandus.

Tercari cari kekuatan. Mana hilangnya diri. Mana jalan kebenaran. Tahu, tapi tak amal. Buat, tapi tak bersungguh-sungguh. Pergi usrah, tapi lupa apa yang dipelajari. Nak amal jauh sekali. Apa nak jadi?

Masih ada waktu untuk berubah.
Bersyukurlah kerana kita kenal siapa diri kita.

Kerana...
Hanya kita yang mampu memperbaiki kelemahan sendiri mencari sinar cahaya Ilahi.

Tabahkan hati dalam mujahadah, kembara mencari hidayah.
Sungguh, kau tak keseorangan.



_____________________________________________________________________
CARA BUAT DUIT ONLINE 
JANA PENDAPATAN ONLINE

Mahu jana pendapatan online?
Anda pelajar yang memerlukan pendapatan sampingan?

Jangan risau, boleh mulakan langkah pertama dengan mendaftar di JobDiRumah. JobDiRumah? Yup. Anda hanya bekerja di rumah, berpeluang untuk bekerja dengan pelbagai syarikat antarabangsa. Tempoh masa bekerja yang fleksibel (terpulang pada anda). Jom daftar segera di JobDiRumah.

JobDiRumah Menipu? Tidak.

Tak perlu risau, kerana JobDiRumah bukanlah scam. Anda sememangnya dibayar. InshaAllah.

KLIK SINI, UNTUK DAFTAR

Comments

Popular posts from this blog

Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan), UPM

Bismillilah. Assalamualaikum wbr. Apa khabar iman? Alamak, soklan maut. Rasa macam kena sepak an. Kali ini, aku nak share pulak tentang jurusan yang sedang aku ambil di peringkat pengajian ijazah. Sekarang ni, memang musim hot hot bebudak menggugel artikel blog yang berkaitan. Penaik semangat kata orang kan. Aku usha blog senior lain, ramai je yang post pasal bidang diorang, tapi untuk bidang aku, tak banyak blog yang share dan kurang pendedahan. 

Untuk pengetahuan, dekat Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM ni terdiri daripada pelajar Perubatan dan Sains Kesihatan. Bagi pelajar Sains Kesihatan terpecah kepada beberapa bidang iaitu 


Bacelor Sains (Bioperubatan)Bacelor Sains (Dietetik)Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan)Bacelor Sains (Pemakanan dan Kesihatan Komuniti)
Tapi, kat sini aku hanya nak fokus pada yang berhighllight tu saja ya. Kalau nak tahu tentang pengalaman kos lain, google je, ada beberapa blog bakal senior anda yang mantop mantop. Ok jap. Blank tetiba …

Pengalaman Asasi Sains Pertanian UPM

Assalamualaikum wbr. Entry kali ini, aku nak kongsikan pengalaman dan perkongsian sedikit sebanyak tentang apa itu Asasi Sains Pertanian yang ditawarkan oleh Universiti Putra Malaysia, Serdang bagi pelajar lepasan SPM. Tadi, secara tak sengaja menyempat jugaklah stalking a few blogs yang menceritakan pengalaman mereka sebagai ex-Asper. Banyak jugak pertanyaan yang tak terjawab, barangkali daripada bakal pelajar yang akan mendaftar.

Untuk makluman, aku merupakan ex-Asper Batch 8. Oh ya. Asper tu adalah singkatan bagi Asasi Sains Pertanian. Special! Jadi lepas ni, tak perlulah sebut panjang-panjang, cukup sebagai Asper.

Awalnya, aku sendiri pun tak tahu menahu pasal Asper ni. Tapi waktu aku Form 5, guru latih pidato, Puan Maslina Rejoh yang banyak share story tentang anak dia yang mendaftar sebagai pelajar Asper. Dan Asasi sains pertanian ni pun agak baru diperkenalkan. Satu-satunya asasi yang mengajar subjek pertanian di Malaysia tahu!

SUBJEK APA YANG PERLU DIAMBIL ?

Ok. Sebelum tu, kepada…

Biasiswa JPA (Program Ijazah Dalam Negara)

Bismillah.

Rasanya, rata-rata antara kita memang dah sedia maklum pasal biasiswa JPA ni. Nak mohon senang, tapi nak dapat tu, mashaAllah punyalah payah. Tapi once dah dapat, alhamdulillah dah tak perlu bimbang tentang bayaran yuran pengajian, duit poket dan sebagainya. Siyes, dapat kurangkan beban keluarga.

Ok. Sebelum kita proceed dengan permohonan, kena lah teliti dulu syarat kelayakan minimum kan. 


Dah habis baca?

Jadi macam mana?

Kalau result korang melepasi syarat minimum, jangan buang masa, terus je mohon. Cara permohonan pun senang je, semuanya atas talian. Log on http://esilav2.jpa.gov.my. (kena sentiasa peka dengan sebarang pengumuman oleh JPA)

Mungkin ramai yang tak tahu. Biasiswa JPA ni sebenarnya dibuka juga kepada pelajar yang sedang dalam pengajian, bukan untuk pelajar lepas ASASI, atau MATRIKULASI yang baru nak masuk universiti saja.

Syarat minimum ialah at least CGPA 3.3.

As usual, untuk student yang self-finance macam aku ni, memang sentiasa tercari-cari peluang untuk mendapa…