Skip to main content

USS, Singapore Trip - Part 2

Universal Studios Singapore!

Hari ni aku terlebih rajin nak menghapdate blog. Disebabkan masih dalam tempoh bercuti, jadi kurang idea nak tulis apa kat sini. Dapat idea untuk share kenangan aku dan kengkawan di USS, Singapore. Ini adalah sambungan daripada Part 1.


Daripada gambar-gambar tu tersimpan je kat lappy, baik upload kat sini. 

Percutian ni pada bulan Mei lepas. This time, aku cuma nak share antara gambar gambar favourite. Selamat mencuci mata. 




Kalau korang bawak budget lebih, boleh la borong sini. Ada banyak souvenir dijual. 


Lumrah kat sini, pantang ada moscot, berduyun la orang beratur untuk bergambar.
Sepanjang berada kat sini, terasa macam kanak kanak ribenna. Masing-masing tayang muka teruja. Semua benda dirasakan sangat menarik. Jalan sikit, pastu berhenti, snap snap picture. Reka bentuk bangunan, lanskap, semuanya indah belaka. Terasa macam dekat fantasi. Tipu. Terasa macam dalam kartun Sesame Street tu haa. Aiwah.

Tengah-tengah jalan, terasa sekejap je masa. Dah masuk waktu Zuhur. Kat USS ni jangan risau la, tempat solat disediakan. Walaupun kecil, tapi inshaAllah agak moden dan selesa.

Teruja muka Ariff kat situ. Haha! Omar cool je .Rindu..

Tempat ni sesuai untuk bebudak 3-9 tahun. Tapi tetap best. Ceria gitu.
Kalau nak datang sini, plan la budget. Jangan terlampau boros. Agak-agak lepas duit tambang, tiket, dan makan, kira okay la tu kan.

Kedai souvenir memang berlambak. Cakap je nak apa, semua ada kat sini. Tapi, sama ada mampu beli atau tak jela kan.  Kalau T-shirt dalam $40, key chain dan pelekat esbok tu dalam  $5 - $10. Lebih kurang la range harganya.


Tempat ni interesting, dapat tengok set studio yang canggih. Best effect ever! Real,

Aku suka Roller Coaster ni, merah dan biru. Ini punca aku hilang suara 2 hari 2 malam. Sumpah best !

Sempat la berangan nak gambar wedding kat sini. Ceh kemain. Macam dalam kartun!

Penat berjalan, lepak kat tangga sini. 

Disebabkan penat sangat, tak menyempat nak try ni. 

Pada aku, berbaloi la berbelanja kat sini. Sekali sekala kan, apa salahnya. Seronok kalau pergi dengan kawan-kawan atau family. So far, rasa nak pergi lagi. But next time, dengan family pulak. hehe

Setelah sehari suntuk berjalan, bas pun hantar kami semua balik ke Tune Talk Hotel, JB.  Tiba kat sana dalam pukul 9 malam. Sebelum bas pelancong tu tiba lagi, aku dah boleh agak, ibu dengan abah mesti dah tunggu kat situ. Sekali betul. Teruja nampak kereta abah park kat situ, tak sabar nak tunjuk gambar gambar dan souvenir yang aku beli khas untuk diorang. 


Tiba part nak tachink tachink dengan kengkawan. Nak balik rumah dah. Disebabkan aku memang duduk sini, jadi tak la stay kat hotel tu. Peluk peluk, salam salam, then aku pun balik la ke rumah. Percutian pertama dengan kawan sekuliah memang meninggalkan kenangan manis dan aku takkan pernah lupa sampai bila- bila! 


Balik rumah, apa lagi, 3 hari 2 malam aku story mory dengan hadek aku yang sorang tu. Dengan harapan dia jeles la kan. Tapi, aku fail. Dia tak jeles langsung pun ok. Frust.


Ameer Faris Azman
0950
250713




Popular posts from this blog

Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan), UPM

Bismillilah. Assalamualaikum wbr. Apa khabar iman? Alamak, soklan maut. Rasa macam kena sepak an. Kali ini, aku nak share pulak tentang jurusan yang sedang aku ambil di peringkat pengajian ijazah. Sekarang ni, memang musim hot hot bebudak menggugel artikel blog yang berkaitan. Penaik semangat kata orang kan. Aku usha blog senior lain, ramai je yang post pasal bidang diorang, tapi untuk bidang aku, tak banyak blog yang share dan kurang pendedahan. 

Untuk pengetahuan, dekat Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM ni terdiri daripada pelajar Perubatan dan Sains Kesihatan. Bagi pelajar Sains Kesihatan terpecah kepada beberapa bidang iaitu 


Bacelor Sains (Bioperubatan)Bacelor Sains (Dietetik)Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan)Bacelor Sains (Pemakanan dan Kesihatan Komuniti)
Tapi, kat sini aku hanya nak fokus pada yang berhighllight tu saja ya. Kalau nak tahu tentang pengalaman kos lain, google je, ada beberapa blog bakal senior anda yang mantop mantop. Ok jap. Blank tetiba …

Pengalaman Asasi Sains Pertanian UPM

Assalamualaikum wbr. Entry kali ini, aku nak kongsikan pengalaman dan perkongsian sedikit sebanyak tentang apa itu Asasi Sains Pertanian yang ditawarkan oleh Universiti Putra Malaysia, Serdang bagi pelajar lepasan SPM. Tadi, secara tak sengaja menyempat jugaklah stalking a few blogs yang menceritakan pengalaman mereka sebagai ex-Asper. Banyak jugak pertanyaan yang tak terjawab, barangkali daripada bakal pelajar yang akan mendaftar.

Untuk makluman, aku merupakan ex-Asper Batch 8. Oh ya. Asper tu adalah singkatan bagi Asasi Sains Pertanian. Special! Jadi lepas ni, tak perlulah sebut panjang-panjang, cukup sebagai Asper.

Awalnya, aku sendiri pun tak tahu menahu pasal Asper ni. Tapi waktu aku Form 5, guru latih pidato, Puan Maslina Rejoh yang banyak share story tentang anak dia yang mendaftar sebagai pelajar Asper. Dan Asasi sains pertanian ni pun agak baru diperkenalkan. Satu-satunya asasi yang mengajar subjek pertanian di Malaysia tahu!

SUBJEK APA YANG PERLU DIAMBIL ?

Ok. Sebelum tu, kepada…

Biasiswa JPA (Program Ijazah Dalam Negara)

Bismillah.

Rasanya, rata-rata antara kita memang dah sedia maklum pasal biasiswa JPA ni. Nak mohon senang, tapi nak dapat tu, mashaAllah punyalah payah. Tapi once dah dapat, alhamdulillah dah tak perlu bimbang tentang bayaran yuran pengajian, duit poket dan sebagainya. Siyes, dapat kurangkan beban keluarga.

Ok. Sebelum kita proceed dengan permohonan, kena lah teliti dulu syarat kelayakan minimum kan. 


Dah habis baca?

Jadi macam mana?

Kalau result korang melepasi syarat minimum, jangan buang masa, terus je mohon. Cara permohonan pun senang je, semuanya atas talian. Log on http://esilav2.jpa.gov.my. (kena sentiasa peka dengan sebarang pengumuman oleh JPA)

Mungkin ramai yang tak tahu. Biasiswa JPA ni sebenarnya dibuka juga kepada pelajar yang sedang dalam pengajian, bukan untuk pelajar lepas ASASI, atau MATRIKULASI yang baru nak masuk universiti saja.

Syarat minimum ialah at least CGPA 3.3.

As usual, untuk student yang self-finance macam aku ni, memang sentiasa tercari-cari peluang untuk mendapa…