Thursday, July 25, 2013

USS Singapore Trip - Part 1

Bercuti di Singapore!

Yup, ini percutian pertama bersama kawan-kawan sekuliah yang lain setelah tamat asasi. Memang kami dah lama rancang sejak awal sem 3 yang lepas untuk bercuti ke sini. Alhamdulillah, segala yang dirancang berjalan dengan baik.

Tujuan asal nak bercuti ke Singapure pastinya nak eratkan bonding antara kami, dah macam adik-beradik dah. selain nak menghabiskan duit kan. Berharap supaya nanti sebelum kitaorang membawa haluan masing-masing ke peringkat ijazah, ada jugak lah kenangan manis yang akan dikenang dan diingat sentiasa. aiwah

Ini kali pertama aku menjejakkan kaki ke USS, Singapore dan ternyata memang berbaloi la perbelanjaan ke situ. Sangan teruja dan menyeronokkan! aku macam kanak-kanak ribenna k kat situ, mata melilau ja, kagum la sangat. Memang rehatkan minda habis-habisan lah. Maklumlah, dah dekat setahun kami berhempas pulas bergelumang dengan assignments, soalan tutorial yang banyak gilos, peperiksaan yang berminggu-minggu, tibalah masa untuk rehatkan minda, dan lupakan kepenatan tu kan.. ohsem

Sebahagian gambar yang aku nak share dengan korang: 


Berhantu k benda alah ni! Tak sah kalau tak bergambar kat sini.


'Kegilaan' memuncak bila sampai sini.. Teruja ohh! Hadek aku mesti jeles. 


Main Entrance USS, Singapore


Abaikan entah siapa tu.. nak tunjuk kawasan ni cantik, macam fantasi!
Inilah Hollywood St. Yeahh


Memang seronok, satu hari suntuk berada kat USS, Singapore, daripada pagi sampai la USS tu nak tutup baru kami balik. Kira berbaloi la bayar mahal-mahal untuk ke sini! Tentang makan, alhamdulillah, dah termasuk pakej, makanan tengah hari sangat sedap dan ikut tekak Melayu. Ada pakej Beef Rendang, Satay, Roasted Chicken, makanan lengkap dalam dulang tu dalam SD$15 . Terkebil-kebil biji mata, nak memilih menu. rasa macam nak lahab semua! Berbaloi k, ayamnya sangat besar, sampai nak termuntah makan, perut penuh.

Kat sini juga, ada disediakan surau. Jadi tak perlu bimbang la pasal solat, sangat selesa inshaAllah walaupun kecil.


Rasanya tu ja yang saya nak kongsikan kali ini. Selamat bercuti panjang kepada sahabat-sahabat asasi, matrikulasi. Jaga diri!