Skip to main content

Dapur Jamie Oliver !??

Beria Nak Raya


Assalamualaikum. Pejam celik, macam tak percaya woo minggu depan dah raya. Kita dah masuk ke fasa akhir Ramadhan, iaitu 10 malam terakhir! So, macam mana marathon memburu Lailatul Qadar? Senyap.

Memandangkan minggu depan dah raya, maka beria lah stesen radio memutarkan lagu lagu raya pebret. Iklan emas raya, baju raya, perabot raya, segalanya pasal raya, semua dah keluar. Solat terawikh pun sekarang ni dah tak khusyuk, bebudak sibuk bakar mercun. Terasa macam solat di Gaza. Ceh. Sampai tok imam pun sounds parents supaya kawal anak anak diorang. Isk. Meriah sungguh. Harap aku tak lemas dalam semangat nak raya tu. Sedih nak tinggalkan Ramadhan. Nanges.

Bujang Masuk Dapor


Aku percaya dengan statement ni; Nak tambah macho, kenalah masuk dapor. Jadi berbekalkan semangat inilah, aku gigih tolong ibu buat biskut raya. Akceli, duduk dapur ni penat erk. Padanlah, kebanyakkan perempuan bergelar ibu nih, penyabar orangnya. Seriyes.

Bila satu loyang dah penuh dengan kuih raya, tersedia untuk dibakar ke dalam over. Apa lagi. Free time. Sementara tunggu semuanya siap dibakar. Gegolek jap. Terliur.

Tahun ni, ibu kata tak nak buat banyak sangat kueh raya. Ala kadar je. Sekali bila dah beli barang untuk baking kueh, macam macam idea pulak datang.


Nampak tak gambar kat atas tu. Kalau tak nampak, aku tak tau nak kata apa dah. Confuse, biskut ke kuih sebenarnya. Well, kueh sarang semut ni memang kegemaran aku sejak kecik. Sedap. Rasa dia lemak lemak sikit. So, kalau tengah diet, jangan makan bebanyak. Nanti berlemak!

Fevret abah aku.
Disebabkan the only Masterchef dalam rumah ni duduk sekali kat dapur, Pn Ibu; maka terselamatlah dapur ni daripada ancaman segala bentuk kekecahan dibuat oleh anak bujang. Tertib je semua. Kemas. Bersih. Tip top. Kalah anak dara. Haha


Kat atas ni biskut seperti yang tertera namanya di atas. Mana ibu dapat idea madu kasih entah. Hihi. Al-maklumlah, musim orang bermadu kasih kan, kahwin pun senyap senyap. Eh. Tiada kaitan antara hidup dan mati.



Bancuh sampai sebati. Sambil sambil menggaul tu zikir la kan. Baru ada uhmmm. Dalam setiap biskut ada kasih sayang. Aiwah. Jangan takut nak makan pulak. Sudah.



Tara.. inilah hasil kueh raya yang dapat disiapkan separuh hari ni. Lega. At least, bila orang datang beraya rumah aku nanti, ada jugak lah kan kueh raya. Boleh la nak berbangga, semua ni hasil buatan tangan sendiri. Tak main lah tunjuk tunjuk kedai an. Kelas kojah. Hahaha

Comments

najihahfara said…
seronoknya..semua buat sendiri :)
Ameer Faris said…
@najihahfara best sbb mengumpul nostalgia.. akan dtg mesti rindu moment ni.. :)
Eimah Shahrir said…
emm bestnye buat kuih sendiri. takada kuih tunjuk2 hihi
fasha said…
em same laa mesti ade sarang semut...hehe....tapi macam taon ni tak buat je...haha
Aida said…
Rajinnya! Semua kuih nampak sedap :) hehehe
Ameer Faris said…
@Aida
hehe thanks for ur visit.. ;)
aina latiff said…
gila lah. tak pernah buat biskut raya sendiri. semuanya pakat beli je. bestnya :D
School Of Tots said…
Sangat Pandai
Tahniah Orang Muda.

Popular posts from this blog

Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan), UPM

Bismillilah. Assalamualaikum wbr. Apa khabar iman? Alamak, soklan maut. Rasa macam kena sepak an. Kali ini, aku nak share pulak tentang jurusan yang sedang aku ambil di peringkat pengajian ijazah. Sekarang ni, memang musim hot hot bebudak menggugel artikel blog yang berkaitan. Penaik semangat kata orang kan. Aku usha blog senior lain, ramai je yang post pasal bidang diorang, tapi untuk bidang aku, tak banyak blog yang share dan kurang pendedahan. 

Untuk pengetahuan, dekat Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM ni terdiri daripada pelajar Perubatan dan Sains Kesihatan. Bagi pelajar Sains Kesihatan terpecah kepada beberapa bidang iaitu 


Bacelor Sains (Bioperubatan)Bacelor Sains (Dietetik)Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan)Bacelor Sains (Pemakanan dan Kesihatan Komuniti)
Tapi, kat sini aku hanya nak fokus pada yang berhighllight tu saja ya. Kalau nak tahu tentang pengalaman kos lain, google je, ada beberapa blog bakal senior anda yang mantop mantop. Ok jap. Blank tetiba …

Pengalaman Asasi Sains Pertanian UPM

Assalamualaikum wbr. Entry kali ini, aku nak kongsikan pengalaman dan perkongsian sedikit sebanyak tentang apa itu Asasi Sains Pertanian yang ditawarkan oleh Universiti Putra Malaysia, Serdang bagi pelajar lepasan SPM. Tadi, secara tak sengaja menyempat jugaklah stalking a few blogs yang menceritakan pengalaman mereka sebagai ex-Asper. Banyak jugak pertanyaan yang tak terjawab, barangkali daripada bakal pelajar yang akan mendaftar.

Untuk makluman, aku merupakan ex-Asper Batch 8. Oh ya. Asper tu adalah singkatan bagi Asasi Sains Pertanian. Special! Jadi lepas ni, tak perlulah sebut panjang-panjang, cukup sebagai Asper.

Awalnya, aku sendiri pun tak tahu menahu pasal Asper ni. Tapi waktu aku Form 5, guru latih pidato, Puan Maslina Rejoh yang banyak share story tentang anak dia yang mendaftar sebagai pelajar Asper. Dan Asasi sains pertanian ni pun agak baru diperkenalkan. Satu-satunya asasi yang mengajar subjek pertanian di Malaysia tahu!

SUBJEK APA YANG PERLU DIAMBIL ?

Ok. Sebelum tu, kepada…

Biasiswa JPA (Program Ijazah Dalam Negara)

Bismillah.

Rasanya, rata-rata antara kita memang dah sedia maklum pasal biasiswa JPA ni. Nak mohon senang, tapi nak dapat tu, mashaAllah punyalah payah. Tapi once dah dapat, alhamdulillah dah tak perlu bimbang tentang bayaran yuran pengajian, duit poket dan sebagainya. Siyes, dapat kurangkan beban keluarga.

Ok. Sebelum kita proceed dengan permohonan, kena lah teliti dulu syarat kelayakan minimum kan. 


Dah habis baca?

Jadi macam mana?

Kalau result korang melepasi syarat minimum, jangan buang masa, terus je mohon. Cara permohonan pun senang je, semuanya atas talian. Log on http://esilav2.jpa.gov.my. (kena sentiasa peka dengan sebarang pengumuman oleh JPA)

Mungkin ramai yang tak tahu. Biasiswa JPA ni sebenarnya dibuka juga kepada pelajar yang sedang dalam pengajian, bukan untuk pelajar lepas ASASI, atau MATRIKULASI yang baru nak masuk universiti saja.

Syarat minimum ialah at least CGPA 3.3.

As usual, untuk student yang self-finance macam aku ni, memang sentiasa tercari-cari peluang untuk mendapa…