Monday, July 8, 2013

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan 1434H

ASSALAMUALAIKUM

Pejam celik, pejam celik sekejap je masa berlalu. Tinggal sehari saja lagi inshaAllah kita akan berpuasa di bulan Ramadhan al-Mubarak bagi tahun ini iaitu tahun 2013 bersamaan dengan 1434H. Alhamdulillah wa syukrillah.

Alangkah beruntungnya kita sekiranya diberi kesempatan untuk berpuasa penuh dan melipatgandakan amalan di bulan Ramadhan ini. Bulan yang bukan biasa-biasa, tapi luar biasa! Bulan yang femes sebagai bulan maghfirah (pengampunan), bulan penuh barakah, dan setiap amalan kita akan dilipat gandakan pahala dan ganjarannya oleh Allah, dan paling 'meletops' hanya bulan ini sahaja terdapat satu malam, yang sangat special iaitu Malam Lailatul Qadr.
Throwback Ramadhan 1433H!
Sangat teruja nak menyambut bulan puasa bersama keluarga pada tahun ni. Tahun lepas, dalam tempoh asasi, first day Ramadhan, rasa sayu hati je, sebab berjauhan dengan family. Terasa lain benar suasanya meraikan Ramadhan tanpa keluarga disisi. Tak berapa kisah sangat bab makan sahur atau berbuka. Sumpah rindu masakan ibu! Tak sama dengan masakan kafe atau bazar. Tak terasa kasih sayang dalam setiap masakan tu. aiwah. Tapi alhamdulillah, kerinduan tu terubat juga bila mana aku dan rakan-rakan sibuk jugak join program Ihya' Ramadhan di Kolej. Setiap petang akan ada saja kumpulan kuliah terlibat untuk memasak. Terasa erat ukhuwah bila memasak sama-sama, iftar sesama, malam pulak memasing berkumpul di surau solat berjemaah dan berterawikh. 
My Mission for this year Ramadhan Kareem!
Disebabkan tahun ni aku berpuasa di rumah, jadi tiada alasan la untuk aku berlemah-lemah. InshaAllah, bulatkan tekad, pasakkan panji-panji jihad menentang nafsu jahat yang selama ini dibelai manja, dihasut licik oleh syaitan durjana agar rosak segala amal ibadah kita di bulan penuh barakah ini. 
Betul kata orang, cabaran bagi anak muda zaman ini ketika bulan ramadhan ialah INTERNET. Pengaruh internet dalam kehidupan kita sangat kuat. Masakan tidak, hari-hari mesti nak check timeline dan peka dengan setiap updates terbaru. Jadi bulan ramadhan ini, perlulah berpuasa juga daripada bersosial di MukaBuku atau SiKicauBiru. Khuatir, bila dah buka internet, melalut sampai ke benda lain. Well, korang faham-faham jelah, kat MukaBuku tu, gambar-gambar yang dishare dan diupload Friends pun kemain boleh tahan, boleh tergugat iman! Bimbang rosak pahala puasa kita kan. Mana tahu, terbaca umpat, fitnah, terlike, terretweet benda bukan-bukan. Kita yang rugi, sebab dilekakan dengan hiburan, sampai keciciran untuk memburu keampunan Allah di bulan maghfirah ini.
Selamat menjalani ibadah puasa! 

9 comments

July 8, 2013 at 10:16 PM

marhaban ya ramadhan. Allahumma ballighna ramadhan. aaminn.

July 8, 2013 at 10:30 PM

@Ros Merah amin, ramadhan kareem!

July 9, 2013 at 12:09 AM

selamat menyambut bulan ramadhan . semoga tahun ini lebih bermakna dari tahun sebelumnye :)

July 9, 2013 at 5:05 PM

@ieyraRamadhan kareem!

July 10, 2013 at 9:38 AM

@Ameer Faris Allahu Akram :)

July 12, 2013 at 12:06 PM

salam ukhuwah dan salam ramadhan dari bunda

July 15, 2013 at 12:35 AM

@BUNDA a.k.a KN Ramadhan kareem bunda! :)

July 15, 2013 at 3:01 PM

indeed ! cabaran org muda skarang internet . tp,dengan internet jugaklah kalau kita post something yg bermanfaat utk org lain , saham pahala kita bergandaganda pada bulan yang mulia ni kan .

# salam ramadhan kareem .

July 25, 2013 at 12:27 AM

@izzah Allahhu akram.. yup, setuju jgk..

Post a Comment