Skip to main content

Habis Asasi, Badan Berisi!

ASSALAMUALAIKUM


Alhamdulillah, dah seminggu berada di rumah, menikmati cuti panjang setelah menamatkan pengajian di peringkat asasi. Pejam celik, pejam celik, tak sedar hampir setahun berlalu. Kini aku sedang menanti keputusan peperiksaan penuh dan seterusnya menunggu tawaran kemasukan ke peringkat ijazah pula. Berharap sangat, sangkutlah salah satu daripada 5 pilihan yang telah aku pilih tu. susah k susah sangat nak pilih bidang. terkebil-kebil sengsorang, berfikir jauh sampai tembus lappy time tu, sambil tangan sebelah pegang handphone, sibuk tanya pendapat ibu abah.. tahap konsentrasi melampau.

Sahabat Selamanya...
K back to main story bila dikenang semula, persahabatan selama setahun ini mematangkan kitaorang. Sama-sama menjalani proses mengadaptasi kehidupan baru di kampus, berkenalan sewaktu minggu orientasi, pengalaman manis yang tersangatlah indah. Ke sana ke mari dalam gang ni. Macam-macam gelaran kitaorang dapat, The Tupperware Guys la dan macam-macam lagi. sekati je kan. nasib kami cool je. Kitaorang memang sepakat, botol mineral pun semua nak sama, brand Tupperware! Hehe . kira budak lelaki kuliah 8 ni, pemes la jugak, sebab kemana saja, sentiasa bersama. aiwah

Setiap kali minggu peperiksaan pulak, masing-masing mengatur strategi, terkadang menjadi, terkadang tidak. Ada yang nak belajar sendiri, tapi bila masing-masing blur  memang kitaorang akan bentuk pulaklah liqo'  discussion group. Lepak kat perpustakaan dari pagi sampai malam pun pernah! Penat belajar, tapi seronok. Perpustakaan dah macam kolej kedua, tempat lepak santai belajar. best ok, dah la besar gedabak librarynya, ada aircond pulak. eh

Aku dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan kampus ni pun sebab ada diorang. Mereka lah teman, sahabat, keluarga kat sana. Masalah, memang kitaorang suka kongsi bersama. yang sulit tu taklah, yang umum je.. Alhamdulillah, terima kasih Allah, kurniai sang hamba ini sahabat yang baik.


Keluarga besar kami, Kuliah 8

Hubungan dengan pelajar-pelajar lain pun baik. Kelas kami memang riuh! Ada penolong ketua kuliah yang bersifat keibuan,  ada ketua kuliah yang cergas dan tuntas menjalankan amanah, buat kami rasa teratur dan tak sesak kepala. Kuliah 8 the best ever! bangga k diorang, dapat pujian kat sini..woo


Salam perantuan buat ayahanda dan bonda terchenta!


______________________________________________________________________
CARA BUAT DUIT ONLINE 
JANA PENDAPATAN ONLINE

Mahu jana pendapatan online?
Anda pelajar yang memerlukan pendapatan sampingan?

Jangan risau, boleh mulakan langkah pertama dengan mendaftar di JobDiRumah. JobDiRumah? Yup. Anda hanya bekerja di rumah, berpeluang untuk bekerja dengan pelbagai syarikat antarabangsa. Tempoh masa bekerja yang fleksibel (terpulang pada anda). Jom daftar segera di JobDiRumah.

JobDiRumah Menipu? Tidak.

Tak perlu risau, kerana JobDiRumah bukanlah scam. Anda sememangnya dibayar. InshaAllah.

KLIK SINI, UNTUK DAFTAR

Comments

Cik Tetra said…
wahhh untunglahhh berjalan sakan lepas habis asasi. Selamat bercuti. :)
It's Me said…
Tahniah x) Untung dah habis.
Ameer Faris said…
@Cik Tetra hehe beruntung la jugak.. terima kasih..all the best! :)
Ameer Faris said…
@It's Me terima kasih, alhamdulillah! :)
Anonymous said…
Assalamualaikum..

Tahniah..

Eh, picture tu mcm di upm je ..
Ameer Faris said…
@Anonymouswaalaikumussalam, terima kasih ziarah.. :)
Aan Shared said…
bagus, bagus, bagus!!!
Aelia Insyeera said…
long time no see, kawan! Hehe

tak tau nak cakap apa.

:) Have a nice day je, kut?

May Allah bless
Ameer Faris said…
@Aelia Insyeera hehe speechless aelia..
farazura said…
wah.. bestnya cuti...
Ameer Faris said…
sangat best..haha
asHa Zain said…
hai adik junior!(:

Popular posts from this blog

Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan), UPM

Bismillilah. Assalamualaikum wbr. Apa khabar iman? Alamak, soklan maut. Rasa macam kena sepak an. Kali ini, aku nak share pulak tentang jurusan yang sedang aku ambil di peringkat pengajian ijazah. Sekarang ni, memang musim hot hot bebudak menggugel artikel blog yang berkaitan. Penaik semangat kata orang kan. Aku usha blog senior lain, ramai je yang post pasal bidang diorang, tapi untuk bidang aku, tak banyak blog yang share dan kurang pendedahan. 

Untuk pengetahuan, dekat Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM ni terdiri daripada pelajar Perubatan dan Sains Kesihatan. Bagi pelajar Sains Kesihatan terpecah kepada beberapa bidang iaitu 


Bacelor Sains (Bioperubatan)Bacelor Sains (Dietetik)Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan)Bacelor Sains (Pemakanan dan Kesihatan Komuniti)
Tapi, kat sini aku hanya nak fokus pada yang berhighllight tu saja ya. Kalau nak tahu tentang pengalaman kos lain, google je, ada beberapa blog bakal senior anda yang mantop mantop. Ok jap. Blank tetiba …

Pengalaman Asasi Sains Pertanian UPM

Assalamualaikum wbr. Entry kali ini, aku nak kongsikan pengalaman dan perkongsian sedikit sebanyak tentang apa itu Asasi Sains Pertanian yang ditawarkan oleh Universiti Putra Malaysia, Serdang bagi pelajar lepasan SPM. Tadi, secara tak sengaja menyempat jugaklah stalking a few blogs yang menceritakan pengalaman mereka sebagai ex-Asper. Banyak jugak pertanyaan yang tak terjawab, barangkali daripada bakal pelajar yang akan mendaftar.

Untuk makluman, aku merupakan ex-Asper Batch 8. Oh ya. Asper tu adalah singkatan bagi Asasi Sains Pertanian. Special! Jadi lepas ni, tak perlulah sebut panjang-panjang, cukup sebagai Asper.

Awalnya, aku sendiri pun tak tahu menahu pasal Asper ni. Tapi waktu aku Form 5, guru latih pidato, Puan Maslina Rejoh yang banyak share story tentang anak dia yang mendaftar sebagai pelajar Asper. Dan Asasi sains pertanian ni pun agak baru diperkenalkan. Satu-satunya asasi yang mengajar subjek pertanian di Malaysia tahu!

SUBJEK APA YANG PERLU DIAMBIL ?

Ok. Sebelum tu, kepada…

Biasiswa JPA (Program Ijazah Dalam Negara)

Bismillah.

Rasanya, rata-rata antara kita memang dah sedia maklum pasal biasiswa JPA ni. Nak mohon senang, tapi nak dapat tu, mashaAllah punyalah payah. Tapi once dah dapat, alhamdulillah dah tak perlu bimbang tentang bayaran yuran pengajian, duit poket dan sebagainya. Siyes, dapat kurangkan beban keluarga.

Ok. Sebelum kita proceed dengan permohonan, kena lah teliti dulu syarat kelayakan minimum kan. 


Dah habis baca?

Jadi macam mana?

Kalau result korang melepasi syarat minimum, jangan buang masa, terus je mohon. Cara permohonan pun senang je, semuanya atas talian. Log on http://esilav2.jpa.gov.my. (kena sentiasa peka dengan sebarang pengumuman oleh JPA)

Mungkin ramai yang tak tahu. Biasiswa JPA ni sebenarnya dibuka juga kepada pelajar yang sedang dalam pengajian, bukan untuk pelajar lepas ASASI, atau MATRIKULASI yang baru nak masuk universiti saja.

Syarat minimum ialah at least CGPA 3.3.

As usual, untuk student yang self-finance macam aku ni, memang sentiasa tercari-cari peluang untuk mendapa…