Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2013

Jaga Pandangan Mata dan Hati, "Kenapa?"

ASSALAMUALAIKUM


Pandangan pertama adalah anugerah atau lebih tepat lagi dikatakan sebagai ‘lampu hijau’. Manakala pandangan kedua adalah ‘lampu kuning’. Dan pandangan yang ketiga pula merupakan ‘lampu merah’. Jika lebih daripada itu, maka berlakulah maksiat yang dinamakan sebagai ‘zina mata’. Pandangan yang berulang-ulang adalah suis utama yang menyalakan api rindu. Bagi mereka yang memandang dengan sepintas lalu, sangat jarang dan kecil peratus hatinya terusik ataupun untuk jatuh hati. Ibn Qayyim memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi. Antaranya, hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya, lebih kepada perbuatan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan yang menuju kepada kesedihan dan keresahan. Dalam hal ini, Ibn Qayyim menyatakan : “Orang yang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak ditimpa pelbagai kerosakkan. Barang siapa yang terjatuh ke dalamnya, maka ia termasuk orang yang menzalimi diri…