Skip to main content

Bila Terasa Sunyi ..

Masalah connection internet nih hampir sahaja membunuh semangat dan idea aku untuk menulis di sini. Agak kurang aktif berblogging, kerana kekangan masa. Tapi insyaAllah, kembali membaik, dapat semangat semula untuk berkongsi sesuatu dengan kalian.


[IKLAN tanpa berbayar: SEBELUM SAMBUNG BACA, JOM SENYUM JAP, ADIK SAYA NI NAK AMBIL GAMBAR KATANYA.. ^_^] 



Dalam kehidupan kita sehari-hari, adakala kita akan merasai satu perasaan iaitu sunyi. Adakalanya juga kita merasakan, diri seakan-akan tidak dihargai, dipulaukan tanpa sebarang sebab. Pernah rasa tak? (Soklan cepumas)

Okay, sebenarnya kan, cuba kita muhasabah diri seketika. Hikmah disebalik rasa sunyi dan disisihkan orang sekeliling. Pasti kita rasa sedih, rasa macam tak keruan hidup bukan? Tapi dari sudut lain yang positif, tidakkah kita perasan, di kala rasa sunyi itu datang menyinggah, kita kembali mencari Pencipta, kembali merintih dan meluahkan isi hati kepadanya, barangkali selama kita berbahagia, kita lupakan Dia. Tiba masa, Allah merindui kita, Allah nak panggil kita kembali kepada-Nya. Sweet kan Allah? (sila angguk kepala)..


SubhanaAllah..


Aku sering kali merasai perasaan ini. Walaupun aku ada ramai kenalan, tapi tetap juga perasaan sunyi dan rasa terasing itu menyinggah. Tapi, aku akan kembali menemui kekuatan dan semangat daripada Dia. Aku bersyukur, kerana Allah menegurku yang lalai dan terleka dengan cara begini. Cara yang halus, namun insyaAllah kesannya, akan kita ingat sampai bebila. Hopefully, insyaAllah.


Aku menemui kekuatan dengan selalu mengingatkan pada diri, bisikkan pada hati bahawa, "Hati yang selalu ingat Allah, amal dengan zikrullah, takkan pernah berasa sunyi.." :') Allahhu Allahhu..Allahhu Akbar 


Terasa hina sungguh diri ini, dalam keselesaan aku tenggelam dengannya. Aku lupa dan leka seketika. Mujur Allah ingatkan ku kembali untuk dekat pada-Nya. 


Tak mengapa sahabat, andai kalian sedang merasainya, atau mungkin akan mengalaminya, ingat selalu, pada saat kita merasakan kita tidak punya sesiapa, kita masih ada Dia! Kita masih ada keluarga di kampung yang mengharapkan kejayaan kita, dunia dan akhirat. Hanya mereka kekuatan kita. Takkan hanya kerana masalah perasaan ini kita tak boleh handle sahabat! Betul tak?


Allah sentiasa dekat dengan kita, tak pernah sesekali Dia menjauh, melainkan, kita sendiri yang membina jarak, kita yang melupakannya. Allah sentiasa sayang kita, hanya kita yang tak perasan. Saat manusia membenci kita tanpa sebab, Allah pula sebaliknya. Dia sentiasa ingat dan kasihkan kita, walau hambanya itu tidak meminta dan menagih cinta dari-Nya!


Ingat sahabat, setiap ujian yang datang, sungguh, aku faham ianya perit dan membuatkan hatimu berduka lara. Kembali la kepada Tuhan kita. Ujian itulah tarbiyyah dan silibus yang Allah ingin kita pelajari. Kerana ujian itu meningkatkan keimanan, menjadikan kita muslim yang lebih kuat lagi berjiwa kental. Redha dan ikhlas menghadapinya, insyaAllah akan kembali tenang..


Waallahualam. 


p/s: Doakan aku ya, masih berbaki 2 paper untuk Test 2, Sem 2 di sini. Moga cemerlang hendaknya. ;) Sentiasa positif, kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi, kurangkan soal hati, perbanyakkan ingat Ilahi. BarakaAllah..

Comments

eszyamin said…
terima kasih..aah selalu jugak rasa sunyi tanpa sebab, rasa kosong..mcm duduk dlm bilik yg tertutup n dindidng warna putih terang..takde pape..betul bila time rasa mcm ni la kita dpt muhasabah diri balik..inshaAllah
Ameer Faris said…
@eszyamin insyaAllah, think positive, stress free.. :)
docHana said…
( angguk kepale ) =)
aah, betul tu, mase kite happy, jarang igt Allah, time sunyi kite rindu padaNYA.. astaghfirullah
mieza said…
selalu rse mcm ni.
sedih gak.
tp mcm yg ameer ckp laa, time2 mcm ni laa kte nk dkat balek ngn Allah.
time tgah gmbre ngn kwn2, kte lpe kat Dia.

i like this entry. terbce tepat pda msenye.
PeRmAtA bIrU said…
dia beri kita kesunyian, lalu kita mula mencari ketenangan, dan kita kembali kepadaNya... itu tandanya Dia sayang pada hambaNya...:)
Ameer Faris said…
@docHana selalunya mcam tu la..
Ameer Faris said…
@mieza thanks for ur visit ukht.. :)
FairuzFauzey said…
terima kasih untuk entry ni..dapat balik kekuatan selepas membacanya :)
Ameer Faris said…
@FairuzFauzey terima kasih atas kunjunggannya.. :)
Suspek Utama said…
ha'ah..selalu dah sungyi2 sensorang tulah baru hati terbuka luas nak muhasabah diri..
aini shahroni said…
sweet sangat!!
muhasabah diri is the right thing to do when we're alone!
like banyak2..
^__^

from ::Arkitek Hati::

Popular posts from this blog

Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan), UPM

Bismillilah. Assalamualaikum wbr. Apa khabar iman? Alamak, soklan maut. Rasa macam kena sepak an. Kali ini, aku nak share pulak tentang jurusan yang sedang aku ambil di peringkat pengajian ijazah. Sekarang ni, memang musim hot hot bebudak menggugel artikel blog yang berkaitan. Penaik semangat kata orang kan. Aku usha blog senior lain, ramai je yang post pasal bidang diorang, tapi untuk bidang aku, tak banyak blog yang share dan kurang pendedahan. 

Untuk pengetahuan, dekat Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM ni terdiri daripada pelajar Perubatan dan Sains Kesihatan. Bagi pelajar Sains Kesihatan terpecah kepada beberapa bidang iaitu 


Bacelor Sains (Bioperubatan)Bacelor Sains (Dietetik)Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan)Bacelor Sains (Pemakanan dan Kesihatan Komuniti)
Tapi, kat sini aku hanya nak fokus pada yang berhighllight tu saja ya. Kalau nak tahu tentang pengalaman kos lain, google je, ada beberapa blog bakal senior anda yang mantop mantop. Ok jap. Blank tetiba …

Pengalaman Asasi Sains Pertanian UPM

Assalamualaikum wbr. Entry kali ini, aku nak kongsikan pengalaman dan perkongsian sedikit sebanyak tentang apa itu Asasi Sains Pertanian yang ditawarkan oleh Universiti Putra Malaysia, Serdang bagi pelajar lepasan SPM. Tadi, secara tak sengaja menyempat jugaklah stalking a few blogs yang menceritakan pengalaman mereka sebagai ex-Asper. Banyak jugak pertanyaan yang tak terjawab, barangkali daripada bakal pelajar yang akan mendaftar.

Untuk makluman, aku merupakan ex-Asper Batch 8. Oh ya. Asper tu adalah singkatan bagi Asasi Sains Pertanian. Special! Jadi lepas ni, tak perlulah sebut panjang-panjang, cukup sebagai Asper.

Awalnya, aku sendiri pun tak tahu menahu pasal Asper ni. Tapi waktu aku Form 5, guru latih pidato, Puan Maslina Rejoh yang banyak share story tentang anak dia yang mendaftar sebagai pelajar Asper. Dan Asasi sains pertanian ni pun agak baru diperkenalkan. Satu-satunya asasi yang mengajar subjek pertanian di Malaysia tahu!

SUBJEK APA YANG PERLU DIAMBIL ?

Ok. Sebelum tu, kepada…

Biasiswa JPA (Program Ijazah Dalam Negara)

Bismillah.

Rasanya, rata-rata antara kita memang dah sedia maklum pasal biasiswa JPA ni. Nak mohon senang, tapi nak dapat tu, mashaAllah punyalah payah. Tapi once dah dapat, alhamdulillah dah tak perlu bimbang tentang bayaran yuran pengajian, duit poket dan sebagainya. Siyes, dapat kurangkan beban keluarga.

Ok. Sebelum kita proceed dengan permohonan, kena lah teliti dulu syarat kelayakan minimum kan. 


Dah habis baca?

Jadi macam mana?

Kalau result korang melepasi syarat minimum, jangan buang masa, terus je mohon. Cara permohonan pun senang je, semuanya atas talian. Log on http://esilav2.jpa.gov.my. (kena sentiasa peka dengan sebarang pengumuman oleh JPA)

Mungkin ramai yang tak tahu. Biasiswa JPA ni sebenarnya dibuka juga kepada pelajar yang sedang dalam pengajian, bukan untuk pelajar lepas ASASI, atau MATRIKULASI yang baru nak masuk universiti saja.

Syarat minimum ialah at least CGPA 3.3.

As usual, untuk student yang self-finance macam aku ni, memang sentiasa tercari-cari peluang untuk mendapa…