Skip to main content

Tajdid Niat Belajar .. Perlulah kan?

Terkadang aku menung sendiri. Iman ini ada naik turunnya. Benar kata orang, mudah untuk kita mendapat hidayah, misalnya dengan menghadiri majlis-majlis ilmu, tadarus, dan seumpamanya. Tapi susah untuk kekal istiqamah dalam amal dan iman. Memang aku masih belum mampu ke tahap itu. 

Kesibukan belajar memang bukan alasan untuk kita mengabaikan Allah dalam kehidupan seharian. Sadis,  apabila kita berusaha untuk menjadi bijak, tapi dalam masa yang sama kita lupa dengan al-Hakim, Maha Bijaksana. Kalau Allah tak redha, mustahil untuk kita mudah menerima ilmu, terang hati,  dan mudah untuk menjawab soalan peperiksaan. 

Iman juga bergantung pada situasi dan suasana kehidupan kita. Lemahnya aku, mudah leka dengan suasana yang melalaikan. Tanpa ada yang menegur pasti aku lupa. Fitrah manusia, memang mudah leka dibuai dunia. Tapi aku tahu, inilah mujahadah melawan nafsu, yang takkan pernah berhenti hingga aku pergi suatu hari nanti. Mujur masih ada iman getaran hati.

Tanda hati leka apabila amal berkurang. Amal di sini tidak semestinya banyak. Malah bermula dengan hal yang mudah, seperti baca Al-Quran setiap kali usai solat. Andai hati mula rasa berat, maka sedarlah, itu tandanya hati sedang sakit dan harus dirawat segera. Tenang, segalanya ada penyelesaian. Dekati Allah semula.

Terkadang, kehidupan sebagai pelajar, membuatkan kita stress. Tekun belajar, tapi hasilnya tidak seberapa. Mungkinkah hilang keberkatan dalam usaha saat hati jauh dari Allah, akibat terlalu taksub? Ada kemungkinan di situ.

Aku bersyukur dengan segala kurniaan Allah kepadaku hingga aku berjaya melalui segala penat dan lelah, jerih dan payah, ujian bertimpa-timpa namun aku masih bertahan hingga ke tahap ini, selagi hayat dikandung badan, perjalanan ini harus diteruskan! Terkadang aku terkenang kesusahan dan ujian yang pernah aku alami, namun satu hal yang aku syukuri, kesusahan dan ujian itu membuatkan aku tabah, cekal dan sentiasa ingat Dia. Allah Maha Mengetahui, Allah Maha Adil dan segala takdirNya penuh hikmah yang tersembunyi. 

Aku berharap, segala usaha ku, demi kejayaan duniawi ukhrawi mendapat redhaNya. Tanpa redha ibu ayah, redha Allah, maka aku jamin, aku tidak akan kemana-mana. Moga Allah tingkatkan iman, mantapkan akidah diri ini.

Syukran jazzilan kepada sahabat sahabiah yang sudi berkongsi luahan rasa ini dengan membacanya. Moga Allah kasihkan kalian sentiasa. Assalamualaikum wbr.


_________________________________________________________________________
CARA BUAT DUIT ONLINE 
JANA PENDAPATAN ONLINE

Mahu jana pendapatan online?
Anda pelajar yang memerlukan pendapatan sampingan?

Jangan risau, boleh mulakan langkah pertama dengan mendaftar di JobDiRumah. JobDiRumah? Yup. Anda hanya bekerja di rumah, berpeluang untuk bekerja dengan pelbagai syarikat antarabangsa. Tempoh masa bekerja yang fleksibel (terpulang pada anda). Jom daftar segera di JobDiRumah.

JobDiRumah Menipu? Tidak.

Tak perlu risau, kerana JobDiRumah bukanlah scam. Anda sememangnya dibayar. InshaAllah.

KLIK SINI, UNTUK DAFTAR

Comments

Muttallif said…
Semoga dengan redhai keluarga akan membantu dalam menghadapi rintangan. Semoga terus berjaya AF.
docHana said…
insyaAllah.. amiinnn ya Rabb =)
docHana said…
insyaAllah smoga dipermudahkan segala urusan oleh Allah
Ameer Faris said…
@docHana amin insyaAllah.. :) terima kasih
RNS said…
Post ni baik untuk teguran kita bersama. InsyaAllah teruskan usaha dgn niat yg betul. :)
Cik Pensil said…
betul2 . iman naik turun . kita yng kena kekalkan :)

Err .. apa kata awak buang saja kata laluan untuk kotak komen ni . senang sikit utk orang komen .
Allahurabbi..terkesan di sini..
mujahadah..
-meningkat diri dengan mujahadah-
ain soofiyah said…
kalau kite niat krane lillahitaala, perlu tajdid jgake?
Ameer Faris said…
@RNS
niat yg baik, teruskan ukht, tak perlu diubah.. :)
Ameer Faris said…
@RNS
niat yg baik, teruskan ukht, tak perlu diubah.. :)
Ameer Faris said…
@Cik Pensil terima kasih sbb membacanya.. ^^
kak nora said…
memang betul apa pun kita buat bergantung pada niat..moga dipermudahkan segala urusan..In Shaa Allah..aamiin..
Ameer Faris said…
@kak noraamin insha Allah..terima kasih.. :)

Popular posts from this blog

Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan), UPM

Bismillilah. Assalamualaikum wbr. Apa khabar iman? Alamak, soklan maut. Rasa macam kena sepak an. Kali ini, aku nak share pulak tentang jurusan yang sedang aku ambil di peringkat pengajian ijazah. Sekarang ni, memang musim hot hot bebudak menggugel artikel blog yang berkaitan. Penaik semangat kata orang kan. Aku usha blog senior lain, ramai je yang post pasal bidang diorang, tapi untuk bidang aku, tak banyak blog yang share dan kurang pendedahan. 

Untuk pengetahuan, dekat Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM ni terdiri daripada pelajar Perubatan dan Sains Kesihatan. Bagi pelajar Sains Kesihatan terpecah kepada beberapa bidang iaitu 


Bacelor Sains (Bioperubatan)Bacelor Sains (Dietetik)Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan)Bacelor Sains (Pemakanan dan Kesihatan Komuniti)
Tapi, kat sini aku hanya nak fokus pada yang berhighllight tu saja ya. Kalau nak tahu tentang pengalaman kos lain, google je, ada beberapa blog bakal senior anda yang mantop mantop. Ok jap. Blank tetiba …

Pengalaman Asasi Sains Pertanian UPM

Assalamualaikum wbr. Entry kali ini, aku nak kongsikan pengalaman dan perkongsian sedikit sebanyak tentang apa itu Asasi Sains Pertanian yang ditawarkan oleh Universiti Putra Malaysia, Serdang bagi pelajar lepasan SPM. Tadi, secara tak sengaja menyempat jugaklah stalking a few blogs yang menceritakan pengalaman mereka sebagai ex-Asper. Banyak jugak pertanyaan yang tak terjawab, barangkali daripada bakal pelajar yang akan mendaftar.

Untuk makluman, aku merupakan ex-Asper Batch 8. Oh ya. Asper tu adalah singkatan bagi Asasi Sains Pertanian. Special! Jadi lepas ni, tak perlulah sebut panjang-panjang, cukup sebagai Asper.

Awalnya, aku sendiri pun tak tahu menahu pasal Asper ni. Tapi waktu aku Form 5, guru latih pidato, Puan Maslina Rejoh yang banyak share story tentang anak dia yang mendaftar sebagai pelajar Asper. Dan Asasi sains pertanian ni pun agak baru diperkenalkan. Satu-satunya asasi yang mengajar subjek pertanian di Malaysia tahu!

SUBJEK APA YANG PERLU DIAMBIL ?

Ok. Sebelum tu, kepada…

Biasiswa JPA (Program Ijazah Dalam Negara)

Bismillah.

Rasanya, rata-rata antara kita memang dah sedia maklum pasal biasiswa JPA ni. Nak mohon senang, tapi nak dapat tu, mashaAllah punyalah payah. Tapi once dah dapat, alhamdulillah dah tak perlu bimbang tentang bayaran yuran pengajian, duit poket dan sebagainya. Siyes, dapat kurangkan beban keluarga.

Ok. Sebelum kita proceed dengan permohonan, kena lah teliti dulu syarat kelayakan minimum kan. 


Dah habis baca?

Jadi macam mana?

Kalau result korang melepasi syarat minimum, jangan buang masa, terus je mohon. Cara permohonan pun senang je, semuanya atas talian. Log on http://esilav2.jpa.gov.my. (kena sentiasa peka dengan sebarang pengumuman oleh JPA)

Mungkin ramai yang tak tahu. Biasiswa JPA ni sebenarnya dibuka juga kepada pelajar yang sedang dalam pengajian, bukan untuk pelajar lepas ASASI, atau MATRIKULASI yang baru nak masuk universiti saja.

Syarat minimum ialah at least CGPA 3.3.

As usual, untuk student yang self-finance macam aku ni, memang sentiasa tercari-cari peluang untuk mendapa…