Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2012

Bila Terasa Sunyi ..

Masalah connection internet nih hampir sahaja membunuh semangat dan idea aku untuk menulis di sini. Agak kurang aktif berblogging, kerana kekangan masa. Tapi insyaAllah, kembali membaik, dapat semangat semula untuk berkongsi sesuatu dengan kalian.


[IKLAN tanpa berbayar: SEBELUM SAMBUNG BACA, JOM SENYUM JAP, ADIK SAYA NI NAK AMBIL GAMBAR KATANYA.. ^_^] 



Dalam kehidupan kita sehari-hari, adakala kita akan merasai satu perasaan iaitu sunyi. Adakalanya juga kita merasakan, diri seakan-akan tidak dihargai, dipulaukan tanpa sebarang sebab. Pernah rasa tak? (Soklan cepumas)

Okay, sebenarnya kan, cuba kita muhasabah diri seketika. Hikmah disebalik rasa sunyi dan disisihkan orang sekeliling. Pasti kita rasa sedih, rasa macam tak keruan hidup bukan? Tapi dari sudut lain yang positif, tidakkah kita perasan, di kala rasa sunyi itu datang menyinggah, kita kembali mencari Pencipta, kembali merintih dan meluahkan isi hati kepadanya, barangkali selama kita berbahagia, kita lupakan Dia. Tiba masa, Allah …

Tajdid Niat Belajar .. Perlulah kan?

Terkadang aku menung sendiri. Iman ini ada naik turunnya. Benar kata orang, mudah untuk kita mendapat hidayah, misalnya dengan menghadiri majlis-majlis ilmu, tadarus, dan seumpamanya. Tapi susah untuk kekal istiqamah dalam amal dan iman. Memang aku masih belum mampu ke tahap itu. 

Kesibukan belajar memang bukan alasan untuk kita mengabaikan Allah dalam kehidupan seharian. Sadis,  apabila kita berusaha untuk menjadi bijak, tapi dalam masa yang sama kita lupa dengan al-Hakim, Maha Bijaksana. Kalau Allah tak redha, mustahil untuk kita mudah menerima ilmu, terang hati,  dan mudah untuk menjawab soalan peperiksaan. 
Iman juga bergantung pada situasi dan suasana kehidupan kita. Lemahnya aku, mudah leka dengan suasana yang melalaikan. Tanpa ada yang menegur pasti aku lupa. Fitrah manusia, memang mudah leka dibuai dunia. Tapi aku tahu, inilah mujahadah melawan nafsu, yang takkan pernah berhenti hingga aku pergi suatu hari nanti. Mujur masih ada iman getaran hati.
Tanda hati leka apabila amal ber…