Skip to main content

Coretanku di Kampus

Alhamdulillah, hari ini genap 2 bulan aku bergelar pelajar asasi sains. Begitu pantas masa berlalu. Esok merupakan hari yang penting, insya-Allah aku akan menduduki ujian kedua. Ujian kedua? Ya, ujian kedua. Ujian pertama telah pun aku duduki 3 minggu yang lepas. 

Jujur, agak mencabar juga bergelar  pelajar asasi. Cabaran yang mendatang tidak hanya dalam soal akademik, malah berkait juga dengan soal lain dalam kehidupan aku seharian. Sememangnya dunia kampus agak bebas dan pastinya berlainan dengan alam persekolahan. Tiba masanya untuk  belajar memilih dan merancang kehidupan sendiri saat ibu bapa dan guru tiada di sisi. Syukur sekali lagi, kerana di sini, aku dipertemukan dengan ikhwah-ikhwah yang membina. Gembira aku bertemu mereka, yang juga merupakan seniour aku sendiri. Merekalah yang tidak putus-putus meniupkan kata-kata semangat dan ingatan setiap kali kami bertemu.

Datang ke sini membawa amanah dan harapan ibu abah,sungguh aku berasa berat kerana itu. Namun, kembali bermuhasabah, tujuan aku ke sini tidak hanya untuk mengejar kecemerlangan, tetapi yang lebih utama ialah untuk mendalami ilmu Allah dan mendapat keredhaanNya. Tatkala aku berasa stres dan dihimpit tekanan, mujur ada seorang sahabat yang melontarkan sebaris ayat yang cukup membuatkan aku tertampar kerananya. Katanya, kita akan berasa stress memikirkan peperiksaan jikalau kita terlalu taksub mengejar kecemerlangan. Kenapa tidak kita niatkan sahaja, belajar ini semata untuk mendalami ilmu Allah dan mengejar redha-Nya? Maka dengan  demikian kita akan berasa gembira menuntut ilmu, kurang tekanannya. 


Nah, kata-katanya itu cukup membuatkan aku terdiam sepanjang perjalanan ke kolej kediaman, berfikir dan terus berfikir, bermuhasabah. Syukur aku diingatkan dengan kata-kata sedemikian, dan aku mula sedar yang aku sudah mula leka dan terlalai. Kembali memperbetul niat, Lillah.. 


Aku teringat juga pesanan Presiden Persatuan Mahasiswa Islam di kampus kami, belajar biarlah dengan niat untuk satu jangka panjang. Niatkan juga untuk menyumbang sesuatu untuk ISLAM. Allahhu..


  ********************************************************



Menanti Ramadhan,

Ramadhan bakal tiba beberapa hari sahaja lagi, moga Allah lanjutkan usia kita agar dapat bertemu dengan Ramadhan tahun ini.

Ramadhan tahun ini pastinya berlainan daripada tahun-tahun sebelumnya buat diri ini. Tahun pertama menyambut Ramadhan berjauhan dengan keluarga. XD Pastinya masakan ibu yang enak, suasana berbuka puasa di rumah bersama keluarga, dirindui.

InsyaAllah, segala perancangan bagi aktiviti dan pengisian sepanjang bulan  Ramadhan telah pun diatur rapi oleh kami di kolej. Moga segalanya dipermudahkan, dan semuanya berjalan lancar mengikut perancangan. Moga Ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya, dan kita mampu berhijrah, daripada buruk kepada baik, dan jika dah baik, semakin bertambah baik. Insya-Allah. :)

p/s: mood: cuak nak jawab test malam esok.. moga Allah permudahkan, doakan saya ya! ;)

Comments

Muttallif said…
Semoga berjaya AF dengan peperiksaan yang akan dihadapi. salam Ramadhan Juga untuk anda. :) Salam
Mohammed Faizal said…
selamat menyambut ramadhan....
man said…
selamat hari raya..silalah ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

Popular posts from this blog

Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan), UPM

Bismillilah. Assalamualaikum wbr. Apa khabar iman? Alamak, soklan maut. Rasa macam kena sepak an. Kali ini, aku nak share pulak tentang jurusan yang sedang aku ambil di peringkat pengajian ijazah. Sekarang ni, memang musim hot hot bebudak menggugel artikel blog yang berkaitan. Penaik semangat kata orang kan. Aku usha blog senior lain, ramai je yang post pasal bidang diorang, tapi untuk bidang aku, tak banyak blog yang share dan kurang pendedahan. 

Untuk pengetahuan, dekat Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM ni terdiri daripada pelajar Perubatan dan Sains Kesihatan. Bagi pelajar Sains Kesihatan terpecah kepada beberapa bidang iaitu 


Bacelor Sains (Bioperubatan)Bacelor Sains (Dietetik)Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan)Bacelor Sains (Pemakanan dan Kesihatan Komuniti)
Tapi, kat sini aku hanya nak fokus pada yang berhighllight tu saja ya. Kalau nak tahu tentang pengalaman kos lain, google je, ada beberapa blog bakal senior anda yang mantop mantop. Ok jap. Blank tetiba …

Pengalaman Asasi Sains Pertanian UPM

Assalamualaikum wbr. Entry kali ini, aku nak kongsikan pengalaman dan perkongsian sedikit sebanyak tentang apa itu Asasi Sains Pertanian yang ditawarkan oleh Universiti Putra Malaysia, Serdang bagi pelajar lepasan SPM. Tadi, secara tak sengaja menyempat jugaklah stalking a few blogs yang menceritakan pengalaman mereka sebagai ex-Asper. Banyak jugak pertanyaan yang tak terjawab, barangkali daripada bakal pelajar yang akan mendaftar.

Untuk makluman, aku merupakan ex-Asper Batch 8. Oh ya. Asper tu adalah singkatan bagi Asasi Sains Pertanian. Special! Jadi lepas ni, tak perlulah sebut panjang-panjang, cukup sebagai Asper.

Awalnya, aku sendiri pun tak tahu menahu pasal Asper ni. Tapi waktu aku Form 5, guru latih pidato, Puan Maslina Rejoh yang banyak share story tentang anak dia yang mendaftar sebagai pelajar Asper. Dan Asasi sains pertanian ni pun agak baru diperkenalkan. Satu-satunya asasi yang mengajar subjek pertanian di Malaysia tahu!

SUBJEK APA YANG PERLU DIAMBIL ?

Ok. Sebelum tu, kepada…

Biasiswa JPA (Program Ijazah Dalam Negara)

Bismillah.

Rasanya, rata-rata antara kita memang dah sedia maklum pasal biasiswa JPA ni. Nak mohon senang, tapi nak dapat tu, mashaAllah punyalah payah. Tapi once dah dapat, alhamdulillah dah tak perlu bimbang tentang bayaran yuran pengajian, duit poket dan sebagainya. Siyes, dapat kurangkan beban keluarga.

Ok. Sebelum kita proceed dengan permohonan, kena lah teliti dulu syarat kelayakan minimum kan. 


Dah habis baca?

Jadi macam mana?

Kalau result korang melepasi syarat minimum, jangan buang masa, terus je mohon. Cara permohonan pun senang je, semuanya atas talian. Log on http://esilav2.jpa.gov.my. (kena sentiasa peka dengan sebarang pengumuman oleh JPA)

Mungkin ramai yang tak tahu. Biasiswa JPA ni sebenarnya dibuka juga kepada pelajar yang sedang dalam pengajian, bukan untuk pelajar lepas ASASI, atau MATRIKULASI yang baru nak masuk universiti saja.

Syarat minimum ialah at least CGPA 3.3.

As usual, untuk student yang self-finance macam aku ni, memang sentiasa tercari-cari peluang untuk mendapa…