Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2012

Coretanku di Kampus

Alhamdulillah, hari ini genap 2 bulan aku bergelar pelajar asasi sains. Begitu pantas masa berlalu. Esok merupakan hari yang penting, insya-Allah aku akan menduduki ujian kedua. Ujian kedua? Ya, ujian kedua. Ujian pertama telah pun aku duduki 3 minggu yang lepas. 

Jujur, agak mencabar juga bergelar  pelajar asasi. Cabaran yang mendatang tidak hanya dalam soal akademik, malah berkait juga dengan soal lain dalam kehidupan aku seharian. Sememangnya dunia kampus agak bebas dan pastinya berlainan dengan alam persekolahan. Tiba masanya untuk  belajar memilih dan merancang kehidupan sendiri saat ibu bapa dan guru tiada di sisi. Syukur sekali lagi, kerana di sini, aku dipertemukan dengan ikhwah-ikhwah yang membina. Gembira aku bertemu mereka, yang juga merupakan seniour aku sendiri. Merekalah yang tidak putus-putus meniupkan kata-kata semangat dan ingatan setiap kali kami bertemu.