Tuesday, March 13, 2012

Eh, Sombong atau Pemalu Tu? Huh !


"Pehh sombong betul budak tu, bajet bagus,budak baru kan ?". Maka budak yang sentap itupun mula terasa hati dan berfikir sejenak. "Erk? aku sombong ke??" maka bermulalah dilema yang di alami budak yang dikatakan sombong itu tadi.


Haaa pernah mengalami situasi yang hampir serupa? Kebiasaannya, situasi ini terjadi, kepada budak baru dalam sesuatu institusi atau penglibatan seseorang dalam satu kelompok masyarakat yang baru dan asing. Pehh pening pulak aku membaca ayat sendiri..wahaha. Kalau orang lama, lantaklah, tak ada siapa yang kisah, sebab dah faham perangai masing-masing. 












Sebetulnya, mereka ini bukannya sombong. Sebaliknya dalam proses penyesuaian diri dalam satu suasana yang baru dan asing. Biasalah kan, semua orang dia tak kenal, takkan nak main terjah ja, ada silap hari bulan makan penampar! kalau tak kena gayanya.


Ini satu proses yang biasa. Sebagai orang baru, sesi beramah mesra itu akan berlaku secara natural dan perlahan-lahan. Ni tidak, ada segelintir orang yang main belasah ja cap-cap orang, kata dia sombong bagai. Sabar..sabar... Kita kenalah faham juga situasi orang baru itu. Mungkin perasaan malu itu masih ada. Mereka tetap akan jadi kawan kita! cuma memakan masa sikit. Terpulang juga pada individu tersebut, bagaimana cara dia membawa diri, keyakinan diri, kemahiran berkomunikasi dan sebagainya. Selalunya kita boleh kenal melalui perwatakan dia. Bila dah kenal orangnya agak-agak macam mana, fahamilah jiwa mereka ya! Dalam hal ini kedua-dua pihak perlu memainkan peranan yang sama iaitu saling memahami antara satu sama lain.



Ada orang yang jenis lambat mesra, tapi bukan sombong! Manusia jenis ini dia lebih suka mengenali kelompok baru dengan cara memerhati dengan niat ingin memahami rentak mereka. Benar ini merupakan satu proses yang sangat lembab dan perlahan, sungguh menguji kesabaran! tapi sangat berkesan. Orang lama pun, cuba-cubalah menegur sapa, supaya orang baru tak berasa asing atau janggal sangat! lama-kelamaan hubungan itu akan menjadi semakin baik dan akrab.




Aku pernah jugak mengalami situasi yang sama. Yang menegur itu sekumpulan perempuan (perasan HOT! hihi), cukuplah untuk aku membalas teguran dan senyum semula kepada mereka, nak tahu, itu pun ada yang tak puas hati dengan mengatakan aku sombong! Alahai manusia... Dah memang bukan cara aku untuk berbual lama tanpa hala tuju dengan perempuan-perempuan asing nih, nak buat macam mana. Pernah juga aku terdengar gosip yang mengatakan aku sombong la, apa la! Dalam hati, lantaklah orang nak cakap apa, peduli apa, asalkan kita dah buat apa yang sepatutnya dan penuh berhikmah! Kalau melebih-lebih sangat orang pun tak suka, betul tak?


S m i l e .. 
Kaedah yang efisien menangani masalah MALU..
inilah akibat tak mampu mengawal perasaan sendiri.. ^^


p/s: tapi, kalau dah memang jenis sombong dan tak nak bergaul dengan orang tu, tak tau nak kata apa! Hidup hanya sekali, carilah kawan seramai mungkin! Senang, mana tau, bila kita dah tak ada dalam dunia ni, mereka beramai-ramai ziarah dan mendoakan kita? tak ke ohsem tu ! Tepuk dada tanya iman..  

28 comments

March 13, 2012 at 1:13 PM

sokong ap yg akhi ckp.
mmng klau org yg jenis pemalu lmbt skit nk bergaul sbb xbiasa lg. tp bukan sombong :))

March 13, 2012 at 1:13 PM

aku kategori ni la kot..shy.tapi ramai tak faham n suke je judge.

March 13, 2012 at 2:24 PM

hehe..linda selalu kene situasi tu, sebab linda jenis lambat mesra, amik mase sikit. Tapi kalo dah kenal, barula org tau linda ni terlebih peramah..;)

March 13, 2012 at 3:18 PM

sy memang sombong.sekian~

haha

March 13, 2012 at 3:38 PM

@FairuzFauzey jazakillah.. terima kasih ats komennya ya ukht! =)

March 13, 2012 at 3:39 PM

@Encik Fikhri haa kalau macam tu kau sama kepala dgn aku! hak3 ^^

March 13, 2012 at 3:41 PM

@LiNda normal la kalau macam tu, kebiasaannya begitu.. ;)

March 13, 2012 at 3:41 PM

@uyaitusaya hak3.. sombong bertempat tak apa, tak salah.. ^^

March 13, 2012 at 4:10 PM

hehe..
byk kali jgak kne pggil smbong..bjet baik..sbb:tak layan sgt org..n tanak join group bdak2 hot..:)
better jd diri sendiri...akn ada yg memahami ..

March 13, 2012 at 8:00 PM

salam. abg saya pnah berpesan. klu kita gi tempat baru,involve dlm satu environment yg baru kita kena bce rentak suasana dulu,org2 sekeliling.
so,dlm zone ni,kita akn diam memerhati. dan cuba adapt sebaiknya.

March 13, 2012 at 9:32 PM

@faizah husna setuju sangat..jadi sendiri lebih baik, biar org kenal diri kita yg sebenarnya.. ;)

March 13, 2012 at 9:33 PM

@Nuramalina betulla kata abang awk tu.. =)

March 13, 2012 at 10:11 PM

samalah..
bukan sombong tp tak friendly sgt.
tak tahu mne nak mula. huhu ^^

March 13, 2012 at 10:33 PM

awal awal je malu malu..dah lama2 kenal sempoi je hehe

March 13, 2012 at 10:40 PM

kan... sebab ain pernah dicop sombong masa study dulu... sentap gilakkksss >,<

March 13, 2012 at 11:11 PM

@budakijaupendek situasi yg selalu sy alami..dilema.. =)

March 13, 2012 at 11:11 PM

@dina kasyah hehe itu biasa ! =D

March 13, 2012 at 11:12 PM

@Nurul ain pernah merasa sentap itu jugak,kena banyak sabar. Bila org dh kenal kita, baru okay, selagi x kenal, selagi itu cap macam2.. ^^

March 14, 2012 at 8:25 PM

Bila kita jahat.. Orang benci,
Bila kita jadi baik.. Orang meluat~

*Like usual, humans like judging :'D

March 15, 2012 at 10:29 AM

as salam..
situasi macam ni, sebahagian dari ujina-Nya. jug sandaran-Nya dalam menegur kita.

apa2 pun, lebih baik disisi-Nya jika kita bersangka baik

;)

pening baca tulisan sendiri? hehe.. itu normal. dari tak faham?

huhu

entroi terbaru :

Why I Left Islam?

March 15, 2012 at 3:46 PM

@Nadiranad penilaian manusia mmg lemah .. jgn rsau, truskan yg baik tu ! =)

March 15, 2012 at 3:47 PM

@Wallahua'lam waalaikumussalam,nasib faham kan? hihi thanks for coming.. ^^

March 16, 2012 at 10:32 AM

@Ameer Faris sama-sama kasih ya akhi. jazakallahu khairan kathira =D

March 20, 2012 at 6:09 PM

hahaha....perkare bese bagi aku.

March 21, 2012 at 9:10 PM

@AzwanRamli hehe samala bro.. adehh redha..

April 3, 2012 at 3:57 AM

yup, sy pun amik masa.. x main redah jaa, hikk...

April 3, 2012 at 11:20 AM

@caliph shuriken samala kita.. hihi ^^

March 25, 2013 at 9:58 PM

Mohon share di blog saya. Nanti dicreditkan kepada Ameer.

Post a Comment