Friday, March 16, 2012

Dialah Jejaka Terhangat di Malaya, Jika..



Jadilah seorang lelaki yang beriman,
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,
Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.



Jadilah seorang lelaki,
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai kawan dan tidak mempunyai musuh.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menghormati ibu bapanya,
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan kerana membaca al-Quran,
Suaranya lesu kerana penat berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kecerdasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga Allah.

17 comments

March 17, 2012 at 9:45 AM

semoga dapat menjadi lelaki yang hebat di sisi Allah kelak..


:)

nice article.. :)
keep it up. follow u too..*988 :D

March 17, 2012 at 1:50 PM

nice..=)

March 17, 2012 at 8:39 PM

very the nice one la :D

March 17, 2012 at 9:12 PM

@Iznie amin, InsyaAllah..terima kasih ats kunjungannya.. =)

March 17, 2012 at 9:12 PM

@pheetz Thanks for ur visit.. ;)

March 17, 2012 at 9:13 PM

@syeera Terima kasih Syeera.. ;)

March 18, 2012 at 9:30 AM

bukan setakat di malaya lah.;)

March 18, 2012 at 9:39 AM

@pengemis Cinta~ ouh..hihi =)

March 18, 2012 at 7:59 PM

like :)

March 18, 2012 at 8:31 PM

Allah... malunya diriku...hmmmm

March 18, 2012 at 10:42 PM

@Syuhada Jazakillah.. terima kasih ats kunjungan dan komennya.. ;)

March 18, 2012 at 10:43 PM

@DRceria masih ada waktu utk kita sama2 perbaiki diri DRC.. terima kasih ats kunjungannya.. =)

March 19, 2012 at 9:40 AM

terima kasih atas peringatan perkongsian ini..

March 19, 2012 at 11:23 AM

@eszyamin sama-sama..moga ada kebaikan darinya.. ;)

March 19, 2012 at 7:38 PM

Salam,
abg eq singgah dan jadi readers blog ameer ni..

March 20, 2012 at 12:46 PM

@eqbalzack waalaikumussalam..terima kasih.

March 21, 2012 at 6:27 PM

ya memang benar semua i tu :P

Post a Comment