Wednesday, March 7, 2012

Mehnah di Alam Siber , Fuhh !



Assalamualaikum wbt, salam perkenalan, salam muhibah dan salam ukhuwah ! Apa khabar imanmu hari ini? ingin aku kongsikan luahan perasaan ini dengan kau orang semua yang sungguh osem dan supporting sekali! Maaf entry kali ini mungkin panjang, harap ada yang sudi membaca hingga ke penghujungnya.


Mehnah di alam siber? Eh, mehnah itu apa ya? Baik, biar aku berikan maksudnya secara ringkas dan tuntas. Mehnah di sini membawa erti ujian. Ya, ujian. Ujian di alam siber? 



Aku yakin pada hari ini, hampir semua antara kita memiliki akaun Facebook, Twitter, My Space dan lain-lain lagi. Sejauh manakah aku dan kau orang semua memanfaatkan ruang-ruang maya ini? Tapi hari ini aku hanya fokus untuk beberapa laman sosial sahaja antaranya Facebook dan Twitter yang kian popular abad ini. Mehnah ini muncul setiap kali kita log in di laman-laman ini, kerana apa yang kita baca dan kita lihat hasil perkongsian daripada kawan-kawan boleh jadi penambah pahala dan tidak kurang penambah dosa. Setuju? Semua ini adalah ujian untuk kita agar menilai sedalam-dalamnya sebelum berkongsi apa jua di laman sosial ini dan belajar untuk menjadi penerima yang peka !




Kisah di Facebook. Jujur, aku dah muak dan bosan dengan sikap segelintir friends di laman ini yang kebanyakkannya memang aku tak kenal. Okay, ini jujur. Kadangkala sikap mereka agak menjengkelkan dan mencerminkan kedangkalan minda mereka dalam mengurus hidup.


Boleh bayangkan tak,  bagaimana dia menjalani kehidupan jikalau hampir setiap urusan yang dia lakukan semuanya hendak di share dan post di Facebook? Eh, biar betul? Betul, aku tak tipu, memang wujud manusia jenis ini.


Ingin aku jelaskan di sini bahawa benar sekali terms ini, sharing is caring, tapi agak-agaklah perkara apa yang kau nak kongsikan bersama. Fikir la dulu baik buruknya, membawa manfaat atau tidak. Perlu juga difikir, perkara-perkara lain seperti maruah diri, keluarga dan agama. Jangan main sumbat ja wall kau dengan benda-benda tak penting tu semua, sampai kawan-kawan pun naik muak, dan membara semangat mereka untuk remove kau dari friend list. Eh, emosi pulak ! wahaha. Ramai juga sebenarnya yang mengadu dan bercerita tentang hal ini. Nak buat macam mana kan, itu hak mereka, dan kita hanya mampu menilai ! Aku sama sekali tidak bermaksud untuk mempersoalkan hak-hak asasi ya dalam entry kali ini. Cuma niat di hati sekadar ingin membuka minda dan pemikiran sahabat-sahabat yang aku kasihi.


Selain itu, ada juga antara kita yang terlalu gemar menunjukkan rasa tak puas hati terhadap seseorang lain dengan memaki, menghamburkan perkataan-perkataan yang tentunya tak sedap didengar dan mengaibkan individu berkenaan. Come on , kita dah hidup di zaman modenisasi, fikiran pun harus matang ! lebih-lebih lagi kita ada iman. Di mana iman kita, jika kita asyik nak melaga-lagakan orang, memburuk-burukkan orang, bergosip atau mengumpat . Ini sungguh tidak cool ! Ubah la ya sebelum terlambat, insyaAllah boleh !


Seyogianya, sebagai seorang insan, kita perlu berbalik pada yang satu. Apa kau dapat dengan mengshare story mory (kesalahan tatabahasa tegar, jangan tiru wahaha) benda-benda tu semua dengan orang lain. Menjadikan medium Facebook atau Twitter sebagai tempat meluah masalah? Sekadar ingin mencari perhatian dan kepuasan yang sementara? Berbalik pada fitrah. Setiap permasalahan dan perjalanan hidup tidak kira suka atau duka, kepada siapa harus kita mengadu domba? Tentu sekali hanya kepada Allah, Tuhan yang kita sembah, Tuhan yang kita puja dan puji. Jangan sesekali kita rampas hak Allah untuk mendengar setiap keluhan kita. Jangan meluahkan segala kesulitan kita selain daripada-Nya, utamakan Dia satu-satunya. Ingat, bahawa Allah sentiasa ada dan bersedia menunggu luahan perasaan kita. Segala penyelesaian ada di tangannya, jadi mohonlah pertolongan dan solusi daripadanya [noktah]




Tentang perkongsian gambar pula. Baik, salah ke berkongsi gambar? Ya, amatlah tidak wajar kau orang berkongsi gambar dengan individu-individu yang tak dikenali melainkan, kau yakin, kau kenal kawan di Facebook yang beribu-ribu itu dan mereka semua memang boleh dipercayai. Lebih salah lagi apabila berkongsi gambar-gambar yang dalam keadaan tidak sempurna penutupan auratnya dan ditambah pula dengan adegan-adegan atau aksi yang tidak sepatutnya! sekadar peringatan untuk aku juga, tidak kira lelaki mahupun perempuan, fikirlah berkali-kali sebelum berkongsi apa-apa gambar. Lebih elok rasanya jikalau gambar-gambar itu di privatekan hanya untuk tontonan keluarga dan sahabat-sahabat terdekat sahaja.


AWAS, ada yang sentiasa memerhati dan  mencari peluang
untuk melakukan sesuatu  hal yang buruk kepada kita.
Bukannya apa, abad ini segalanya serba canggih. Andai kita rasa kita dah maju dan pakar dalam bidang siber, jangan terkejut (tak terkejut punn ), ada yang lebih advance dan terkehadapan dari kita. Gambar itu mahal harganya, tersimpul pelbagai kisah hidup dan maruah seseorang. Melalui gambar itu kita terdedah kepada fitnah. Aku yakin kau orang tahu isu-isu gambar yang di edit tanpa kebenaran pemiliknya, sebelum ini kan? Tidak kurang wujud juga dikalangan sahabat-sahabat yang menyedari akan kewujudan akaun fake ! Such a big problem, bila si pemilik akaun fake itu post benda-benda lucah dan menggunakan gambar  si pemilik asal. Boleh pulak lepas tu meng add kawan-kawan terdekat. Okay, yakin ini perbuatan khianat, siapa, wallahualam, serahkan semuanya kepada Dia yang Maha Mengetahui ! Jadi, takkan hanya tinggal diam selepas mendengar musibah-musibah tak diundang seperti ini ! Bertindak la sesuatu. Ambil pengajaran darinya. Apa-apapun terpulang pada kalian menilai sejauh mana kebenaran apa yang aku perkatakan ini.



Komprehensifnya, kita semua manfaatkanlah Facebook, Twitter dan lain-lain media sosial dengan sebaik-baiknya. Jadikan ini sebagai satu medium, wadah penambah aset pahala kita. Andai kita pergi suatu hari nanti, bukan hasil maksiat dan aib yang ingin kita tinggalkan buat insan-insan yang mungkin masih membuka profile atau page kita, tapi lebih osem jika apa yang kita tinggalkan itu berupa kata-kata hikmah, nasihat, ilmu agama dan segalanya  yang baik belaka untuk dikongsikan kepada orang lain. Tidakkah itu lebih menguntungkan? Tepuk dada, tanya iman.


Sekian untuk lembaran kali ini. Maaf andai ada yang sentap atau terasa hati. Jujur tiada niat jahat, jauh sekali berlagak baik dan suci, sekadar peringatan untuk diri sendiri dan kalian semua. s m i l e


Wassalam.

34 comments

March 7, 2012 at 7:42 PM

Andai dilihat dari sudut yang positif,luasnya cakupan siber ini membolehkan lebih luas ilmu Allah itu dikongsikan,syiar Islam tersebar luas. Segalanya di hujung jari kita.

sedikit Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan oleh Prof. Dr. Sheikh Yusuf Al-Qaradhaw:

“Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam, menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama”

Moga perkongsian ini menjadi penolong di akhirat kelak.

*friend di facebook yang menyakitkan mata memandang,unsubscribe sahaja photo,status atau apa2 yg dirasakan tidak perlu.Kalau memang jenis parah dan tidak boleh dibawa berbincang,unfriend terus.

March 7, 2012 at 9:14 PM

As'salamualaikum , izinkan sy share . JazaakALLAHu Khaira

March 7, 2012 at 9:45 PM

Alangkah bagus jika semua orang sedar tentang perkara ini.

Nice!

Alat-alat maya ini boleh jadi saham kita di akhirat!

Anonymous
March 7, 2012 at 10:16 PM

Assalamualaikum.
skong sgt2..
Di alam internet, teknologi dan ICT yang serba mudah ini, berkatalah yang baik-baik, atau diam sahaja.Hanya iman yang menjadi pagar dan sempadannya, Islam yang menjadi passportnya.

Dalam kesyukuran kita menyambut nikmat Allah berupa medium komunikasi dan penyebaran maklumat, hati berasa gundah dengan kebinasaan yang datang beriringan. Bertaqwalah kepada Allah, wahai penulis, wahai pembaca…

March 7, 2012 at 10:56 PM

@Dr Ibnbakr jazakallah khairan kathira Dr ats komennya yg mmbina..terkesan sekali mmbaca komen dr Dr..syukran ala' ziarah ukhuwah fillah

March 7, 2012 at 10:59 PM

@Bella waalaikumussalam, silakan berkongsi dgn saluran2 yg tersedia..terima kasih.. =)

March 7, 2012 at 10:59 PM

@Isyraf Imrani terima kasih Isyraf..blog sahabat juga hebat..mantop! ^^

March 7, 2012 at 11:00 PM

@Anonymous waalaikumussalam.. komen yg membina..terima kasih banyak2..InsyaAllah ;)

March 8, 2012 at 1:08 AM

betul..bermanfaat jika diguna dengan betul.:)

March 8, 2012 at 3:15 PM

@Arra Ahmad terima kasih atas kunjungannya..

March 9, 2012 at 1:10 AM

agreed mr ameer . use it wisely not to make something bad to the other persons . nice infos u have here

syamsidflymoo.com

March 9, 2012 at 2:40 AM

Mudah-mudahan...menulis itu ada nilai Ibadah di sisi Allah..

orang arab di tempat pgajian saya selalu sebut.."..izaa lam tastah faktubb ma syita.."

Kalau rasa mahu tulis..silalah tulis![kinayah]

Barakallahu fik:)

March 9, 2012 at 9:12 AM

facebook....
jadi bagus kalau kita manfaatkan
semua bergantung kat diri sendiri

March 9, 2012 at 10:27 AM

Ujian saya dalam blog adalah nak cuba 100% picture tutup aurat.. :)

Anonymous
March 9, 2012 at 10:30 AM

Guna kearah kebaikkan, jadi la benda tu baik
tujuan laman sosial dibuat utk kebaikkan :) pengguna yg selalu salah guna

March 9, 2012 at 10:31 AM

Guna kearah kebaikkan, jadi la benda tu baik
tujuan laman sosial dibuat utk kebaikkan :) pengguna yg selalu salah guna

March 9, 2012 at 11:35 AM

@syamsid dhuha thanks bro for ur visit.. u got such an awesome blog ! =)

March 9, 2012 at 11:36 AM

@ibn suhaimi™ mudah-mudahan insyaAllah Dr.. jazakallahhu khairan kathira =)

March 9, 2012 at 11:37 AM

@miranadia yup, setuju, pokok pangkal diri sendiri.. ^^

March 9, 2012 at 11:37 AM

@syahirooAhmad insyaAllah boleh ! hendak seribu daya.. ;)

March 9, 2012 at 11:38 AM

@Anonymous setuju sangat..betul la tu.. =)

March 9, 2012 at 12:02 PM

pernah sekali misz domu... disalah ertikan.. sob2..

apa pun.. itu mengajar satu kehidpan..bahwa kekadang menulis ini membawa mksud berbeza bag org yg berbeza,.

March 9, 2012 at 12:52 PM

pdapat yg mbina..tkasih.. :)

March 9, 2012 at 2:12 PM

balas kunjungan..syukran sudi datang..dtglah lagi ye..hehe..yup..mehnah tak semestin di medan perjuangan shj kn??

March 9, 2012 at 6:21 PM

@Domu-kon betul, barangkali apa yg ingin kita sampai disalah erti..berkongsi sekdar apa yg perlu dan dirasakan bermnfaat utk semua.. ;)

March 9, 2012 at 6:21 PM

@^_^ Zaza Nur Iman sama-sama, terima kasih jg atas kunjungannya ya.. =)

March 9, 2012 at 6:22 PM

@Nur Zulaikha selagi hidup selagi itu ada ujian dan cabaran, terima kasih atas kunjungannya.. ^^

March 10, 2012 at 1:37 AM

@gnesop.com yup setuju sangat.. ^^

March 10, 2012 at 2:26 AM

jgn salahguna fb.. nice sharing ^^

March 10, 2012 at 11:11 AM

@caliph shuriken hihi yup insyaAllah, guna sebaik2nya.. ^^

April 2, 2012 at 11:56 AM

assalam,saje2 berblog walking and terjumpa ur blog..awesome blog..byk bnd yg sy blejar..keep it up k ^^

May 9, 2012 at 10:11 PM

very nice lah. :D

May 27, 2013 at 1:20 PM

@cutex Terima kasih.. :)

May 27, 2013 at 1:20 PM

@Dato' Dr. Nurul 'Afifah :) thanks.. :)

Post a Comment