Friday, March 2, 2012

Membina Bulatan Gembira Yang Teguh





Sekadar renungan buat aku dan kalian. Persahabatan itu indah! Ya indah sekali. Menjalinkan hubungan dari satu hati ke satu hati lain yang akhirnya berangkai-rangkai menyebar bahagia. Kita semua mengharapkan jalinan ukhuwah yang terjalin ini kekal hingga ke jannah. 


Namun, adakalanya perhubungan ini dilanda ribut badai, datangnya tanpa diundang.  Tiba masa untuk Allah menguji sejauh mana keikhlasan hati-hati itu. Pernah juga berlaku, akibat tidak tahan diuji, maka dalam sekelip mata, hubungan yang awalnya teguh, kian rapuh dan akhirnya terputus jua. Mengapa? adakah selama ini kita bukan sahabat yang baik? Tiba masa untuk bermuhasabah diri.


Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri. Tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana mempunyai seorang atau lebih sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keiklasan dan kejujuran seorang sahabat, begitulah juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati. Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa. Tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami, yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan. Harapan dan impian juga kita luahkan. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita. Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?


Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah.? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan? Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita.


Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kerana dia juga seorang manusia. Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat sebagai kekuatan. Jadilah kita sahabatnya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita tidak tahu.
Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu.



RENUNGILAH…
“HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA. ”



32 comments

March 2, 2012 at 2:42 PM

sahabt sejati sukar di cari.. rakan ketika ketwa ramai.. ttpi shbt ketika menangis?? kita fikrkan sndiri.. apa-apa pun kalau kita ikhlas berkawan n bersahabat.. InsyaAllah..dia juga akan ikhlas pada kita.. InsyaAllah.. ^^

March 2, 2012 at 2:47 PM

"selemah-lemah manusia ialah manusia yang tidak boleh mencari sahabat, dan manusia yang lebih ialah manusia yang mensia-siakan sahabat yang dicarinya"

Saidina Ali

March 2, 2012 at 2:57 PM

@AiSyA LiEzA betul tu.. kena saling memahami antara satu sama lain..jgn terlalu mmnting diri.. ^^ ukhuwah fillah

March 2, 2012 at 2:57 PM

@legacyeqmal moga kita tidak seperti itu.. syukran ala ziarah..ukhuwah fillah.. =)

March 2, 2012 at 2:59 PM

saya syg shbt saya dunia akhirat..dan dia juga begitu..alhamdulillah kami saling memahami dn mndgr masalah masing2 bila mula berbicara.

March 2, 2012 at 3:10 PM

@eszyamin alhamdulillah.. moga berkekalan hingga ke jannah.. ukhuwah fillah =)

March 2, 2012 at 3:15 PM

saya tak layak untuk menjadi seorang sahabat kerna saya tidak punya ciri seorang sahabat yang baik. jadi untuk berkawan biasa itu yang saya mampu. saya tak mampu untuk memikul gelaran 'sahabat'

March 2, 2012 at 3:32 PM

@Suraya Arislayak atau tidak bkn satu masalah, tp sama ada mahu atau tidak..kalau dicari kesempurnaan, maka tiada yang sempurna..kita semua insan biasa =)

March 2, 2012 at 4:04 PM

alhamdulillah dlm ramai2 kawan saye,saye ade sorang yang betol2 boleh dianggap sahabat susah senang.harap berkekalan.

March 2, 2012 at 4:58 PM

Alhamdulillah..saya bersyukur punyai sahabt2 yang setia ketika tangis dan tawa..muga berkekalan InsyaAllah..:)

March 2, 2012 at 5:16 PM

ya persahabatan itu memang indah

March 2, 2012 at 5:53 PM

persahabatan dan sahabat berbeza maksud... tapi sy mempunyai sahabat dan persahabatan kami sgt erat.. ada juga sebalik disebabkan saya menjauhi mereka kerana mereka membawa sy ke jln y tidak di sukai Allah dengan mengumpat dan membawa perkara y kurang enak.. tp saya masih bersyukur krn masih ada y bukan mcm 2 :)

maksud disebalik pemberian hadiah

March 2, 2012 at 6:34 PM

@Encik Fikhri alhamdulillah, tumpang gembira..insyaAllah moga berkekalan.. ^^

March 2, 2012 at 6:34 PM

@faizah husna amin insyaAllah.. moga berkekalan hingga ke jannah.. =)

March 2, 2012 at 6:35 PM

@MawardiYunus indah bagi mereka yang tahu menghargai .. =)

March 2, 2012 at 6:36 PM

@naqiah persahabatan dan sahabat mmg berbeza tp menjurus kpd hal yg sama.. tentu sekali, jauhkan diri dpd shbt2 yg lalai, berhak utk mmilih shabat yg soleh dan solehah.. =)

March 2, 2012 at 8:17 PM

saya mmg sayang dgn persahabatan saya tapi kadang2 kami bertelingkah..smpai nangis2..sampai tak bertegur sapa bbrapa hari..bagi saya itulah kenangan..huhu..rasa macam masa tu tak matang lagi sbb gaduh hal2 yang kecik..biasalah perempuan..

macam mana pula nak menghadapi kawan yang selalu berlagak dengan apa yang dia ada?
hehe

March 2, 2012 at 10:03 PM

Ameer,kenapa dalam banyak banyak post, aku suka post ni? heheeee

March 3, 2012 at 12:10 AM

@ummithuraiyaramley perselisihan faham itu biasa, walau sesiapun pun jua..cari jln penyelesaian yg terbaik.. soal kwn berlagak pula, mngkin boleh mndiamkan diri seketika, wkt dia sdg mnnjuk2 itu, kmudian dlm diam dan secara halus, kta cuba nasihatkan dia scra baik2 supaya jauhi sifat riak..bnyk caranya... =)

March 3, 2012 at 12:10 AM

@YI
mana aku tau aelia..hehe terima kasih la sudi ke sini.. =)

March 3, 2012 at 1:21 AM

ukhwahfilah itu bukan sekadar teori , tapi harus dipraktikkan
# pesan sahabat :)

March 3, 2012 at 10:44 AM

sahabat memang susah nak cari .. tapi , berkawanlah dengan ikhlas ..
:)

March 3, 2012 at 12:41 PM

@Ameer Faris Azman
terima kasih atas nasihat itu :)

March 4, 2012 at 12:50 AM

setelah 'segalanya' yang pernah kita lalui bersama, baik yang manis mahupun yang pahit, mudah2an ukhuwah ini akan sentiasa ALLAH pelihara dan redhai serta takkan terputus begitu sahaja bila kita akan membawa haluan masing2 nnt ya Ameer.. :)

apapun, mcm Aelia, sy pun terlebih suka post yg ini.. Mungkin sbb kita bertiga dah lama kenal dari skolah rendah, hihi :)
(*terharu dgn credit itu :P.. jazakallah hu khairan ^^)

p/s: UKHUWAH FILAH ABADAN ABADA insyaAllah ^_^

March 4, 2012 at 7:46 AM

@Faizal Ismail terima kasih atas pesanannya itu..insyaAllah ^^

March 4, 2012 at 7:47 AM

@Nelly The Strange setuju.. ^^

March 4, 2012 at 7:47 AM

@RaiHaNa terima kasih Raihana.. =)

March 4, 2012 at 8:19 AM

@tulala tak seberapa .. my pleasure

March 8, 2012 at 8:01 PM

Mr Ameer, i nak cakap sikit, i pernah mengkhianati persahabatan i and i juga pernah dikhianati dalam persabatan....yeah friendships is quite complicated.

March 9, 2012 at 11:48 AM

@Si Pemerhati En Si Pemerhati, tak apa, dah lepas nak ckap macam mana kan.. insyaAllah lepas ni jgn khianat mengkhianat cuba jd sahabat yg baik.. cari kwn2 yg boleh mmbimbing.. =)

March 18, 2012 at 9:47 AM

bulatan gembira yang hoyeah adalah bersulamkan iman dan takwa. ujian mendatang bisa ditepis dengan keikhlasan menerima yang terbit dari iman n takwa tadi..;)

March 18, 2012 at 10:45 PM

@pengemis Cinta~ insyaAllah.. =)

Post a Comment