Skip to main content

Err.. Aku Mencintai Dia Dalam Diam



 Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk." ( QS. Al Israa’: 32)


Ketika cinta kini hadir tidak untuk Yang Maha Mengetahui,  saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta.

Izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba, mungkinkah dengan redhaNYA atau hanya mengundang murkaNYA..

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH..


” Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin ALLAH akan memampukan mereka dengan kurniaNYA.” (QS. An Nuur: 32 )

Tetapi jika kelemahan masih tidak mampu , maka bersabarlah.. berdoalah.. berpuasalah..

” Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah bersedia untuk bernikah, maka menikahlah, sesungguhnya nikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, maka berpuasalah, kerana sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya.”



Cukup cintai dia dalam diam.
Bukan kerana membenci hadirnya.. tetapi menjaga kesucinnya bukan kerana menghindari dunia.. tetapi meraih syurgaNYA bukan kerana lemah untuk menghadapinya.. tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..

Cukup cintai dia dari kejauhan.
Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari ujian.. kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan.. kerana mungkin sajakan membawa kelalaian hati-hati yang terjaga..

Cukup cintai dia dengan kesederhanaan.
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan.. menumbuhkan harapan hanya akan memberi kebahagiaan para syaitan..

Maka cintailah dia dengan keikhlasan.
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati.. tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..?

 Pilihan ALLAH itu yang TERBAIK !

“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” ( QS. Al Baqarah: 216 )

Cukup cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan..
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan.. mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan..

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan.. serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya.. biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..

” Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga” (Umar Bin Khattab ra)

Comments

AiSyA LiEzA said…
wslm.. :P hehe.. betul tu.. mencintai dari kejauhan dengan penuh keikhlasan.. jika dia jodoh kita.. InsyaAllah.. tak kemana,, hehe
Atiah Zainal said…
Kadang2 bila mencintai dalam diam. Cukup hanya Allah yg tahu. Dan doa sebagai pengikat hati. Lebih suci. Lebih indah. :)
Tyntha Lana said…
Terharu.. terima kasih mengingatkan.. :)
Ameer Faris said…
@AiSyA LiEzAhee insyaAllah.. terima kasih sudi baca.. ^^
Ameer Faris said…
@Atiah Zainal betul, tepat ! sangat stuju.. :)
Ameer Faris said…
@Tyntha Lana sama-sama mencari ibrah..moga Allah kasih..
BungaTulip said…
Cinta itu anugerah Allah..jaga ia sebaiknya, moga dilandasan yg diredhai olehNYA
aNis SyaZwaNi said…
Terasa.:/
ya,mencintai dalam diam memang Sakit sangat.tapi saya pegang kata-kata ini

"Jika seseorang hamba Allah menahan keinginannya dari sesuatu yang haram(kerana Allah),Maka Allah akan memberikan sesuatu yang diingininya itu mengikut cara yang Halal" InshaAllah.

Suka seseorang tu ujian.tapi bagi umur macam kita nih, kita still lagi xboleh nak classify sama ada kita tertarik,suka atau cinta pada si "dia" tuh.Ada bezanya semua itu,mungkin masa akan mengubah segala-galanya.Tapi berdoalah yang terbaik.

"when your heart aches,hurt and cry by loving someone..

Keep it
Leave it to Allah
Ask for strength and patient in your doa and say loudly,

"u're a Test that Allah has sent to me...
i'll face it in order to make me a better and strong muslim".

Selamat Bermujahadah!
Doakan saya kuat juga.HAHA ;p
eszyamin said…
alhamdulillah ada yang mmberi peringatan..sesungguhnya aku juga hampir trsungkur untuk memperhamba diri pada kebahagiaan syaitan...mujur iman yang sedikit masih mampu menahan godaan..mencintai dia dari kejauhan, moga terus terhindar dari fatamorgana keduniaan..tahniah bro..sedikit sebanyak masih ada yang mampu untuk aku jadikan panduan.
Ameer Faris said…
@aNis SyaZwaNi yes indeed.. insyaAllah.. :)
Ameer Faris said…
@eszyamin alhamdulillah.. insyaAllah krn kita manusia, maka sy dpt mengerti.. yakin dgn Allah, segalanya merupakan ketentuan dariNya.
azwar syuhada said…
Jika cinta dalam diammu itu tidak memiliki kesempatan berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam.. Kerana Allah punya rencana terbaik untukmu.. Jika dia bukan milikmu, maka Allah akan menghapus cinta dalam diammu itu dengan memberi rasa yang lebih indah dengan orang yang lebih tepat.. Jadi, biarkan cinta diammu itu menjadi memori tersendiri di sudut hatimu dan menjadi rahsia antara kau dan Pemilik hatimu...


terima kasih mengingati..=D
Assalamualaikum

Hayati dan yakinilah janjiNya yang seringkali kita tadabbur dalam surah An-Nur ayat 26.

Mencintai sesuatu yang HALAL!
tentu lebih indah ^^
Ameer Faris said…
@azwar syuhada suka baca komen anda.. jazakillah.. ^^
Ameer Faris said…
@umairah safiyyah waalaikumussalam, insyaAllah.. trima kasih ya ats peringatannya. :)
Ameer Faris said…
@umairah safiyyah waalaikumussalam, insyaAllah.. trima kasih ya ats peringatannya. :)
Muttallif said…
Tidak akan ke mana dengan adanya jodoh atas izin Allah S.w.t.

Ajal Pertemuan atas izin Allah swt, tapi ingat kita mesti berusaha. walaupun diam tapi teruskan dengan Doa. Nice sharing. Salam
Ameer Faris said…
@Muttallif ya, benar sekali.. terima kasih. Waalaikumussalam sahabat..
Salam, akak baru baca artikel ni..it's really good..keep it up =)
Pecinta pink^^ said…
suke entry ini^^ cinta dlm hati..jodoh pertemuan di tangan NYA..
Ameer Faris said…
@Dr. Amira Yusof 1408 Waalaikumussalam kak.. thanks for ur visit.. insyaAllah sis.. :)
Ameer Faris said…
@Pecinta pink^^ terima kasih.. yup betul.. :)
fariedadnan said…
saya minat kat sorg gadis nie, tp saya xberani nak luahkan, saya cuma ikut ape org ckp, kalau cintakan seseorang, luahkan kepada Allah, jgn lauhkan kepada dia terus, nnti akan berkurang pearasan cinta tu. tp, mmg seksa lahh, sebab die xtau yg saya cinta dan nk bimbing die, insyaAllah,apa2pun, saya rasa gembira sebab saya tau cara saya nie xsalah dan dpt elakkan saya dari zina. Tabarakallah :)
ziEma Ghazi said…
juga mneyintai dalam diam..
green heart said…
it's hard to love silently .. leave to ALLAH even better .. DIA, pemilik cintaku !
jublina jasmin said…
Dia Pemilik Hatiku.. ;-)
Anis said…
first time buka blog awak ni . impressed . cintailah dia dalam kebisuan . supaya hati tak goyah dan gugat . kan ? kalau rindu , zikrullah . Dia akan bantu kita tetapkan hati . betul kan ameer faris ?
Teesaz said…
saya share deh, bulih doooppp. tp sy dah share.hehhe
Anonymous said…
Assalamualaikum. jazakallah untuk peringatan ni. :)
btw, tajuk lagu for blog ni apa ye? huhu

Popular posts from this blog

Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan), UPM

Bismillilah. Assalamualaikum wbr. Apa khabar iman? Alamak, soklan maut. Rasa macam kena sepak an. Kali ini, aku nak share pulak tentang jurusan yang sedang aku ambil di peringkat pengajian ijazah. Sekarang ni, memang musim hot hot bebudak menggugel artikel blog yang berkaitan. Penaik semangat kata orang kan. Aku usha blog senior lain, ramai je yang post pasal bidang diorang, tapi untuk bidang aku, tak banyak blog yang share dan kurang pendedahan. 

Untuk pengetahuan, dekat Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM ni terdiri daripada pelajar Perubatan dan Sains Kesihatan. Bagi pelajar Sains Kesihatan terpecah kepada beberapa bidang iaitu 


Bacelor Sains (Bioperubatan)Bacelor Sains (Dietetik)Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan)Bacelor Sains (Pemakanan dan Kesihatan Komuniti)
Tapi, kat sini aku hanya nak fokus pada yang berhighllight tu saja ya. Kalau nak tahu tentang pengalaman kos lain, google je, ada beberapa blog bakal senior anda yang mantop mantop. Ok jap. Blank tetiba …

Pengalaman Asasi Sains Pertanian UPM

Assalamualaikum wbr. Entry kali ini, aku nak kongsikan pengalaman dan perkongsian sedikit sebanyak tentang apa itu Asasi Sains Pertanian yang ditawarkan oleh Universiti Putra Malaysia, Serdang bagi pelajar lepasan SPM. Tadi, secara tak sengaja menyempat jugaklah stalking a few blogs yang menceritakan pengalaman mereka sebagai ex-Asper. Banyak jugak pertanyaan yang tak terjawab, barangkali daripada bakal pelajar yang akan mendaftar.

Untuk makluman, aku merupakan ex-Asper Batch 8. Oh ya. Asper tu adalah singkatan bagi Asasi Sains Pertanian. Special! Jadi lepas ni, tak perlulah sebut panjang-panjang, cukup sebagai Asper.

Awalnya, aku sendiri pun tak tahu menahu pasal Asper ni. Tapi waktu aku Form 5, guru latih pidato, Puan Maslina Rejoh yang banyak share story tentang anak dia yang mendaftar sebagai pelajar Asper. Dan Asasi sains pertanian ni pun agak baru diperkenalkan. Satu-satunya asasi yang mengajar subjek pertanian di Malaysia tahu!

SUBJEK APA YANG PERLU DIAMBIL ?

Ok. Sebelum tu, kepada…

Biasiswa JPA (Program Ijazah Dalam Negara)

Bismillah.

Rasanya, rata-rata antara kita memang dah sedia maklum pasal biasiswa JPA ni. Nak mohon senang, tapi nak dapat tu, mashaAllah punyalah payah. Tapi once dah dapat, alhamdulillah dah tak perlu bimbang tentang bayaran yuran pengajian, duit poket dan sebagainya. Siyes, dapat kurangkan beban keluarga.

Ok. Sebelum kita proceed dengan permohonan, kena lah teliti dulu syarat kelayakan minimum kan. 


Dah habis baca?

Jadi macam mana?

Kalau result korang melepasi syarat minimum, jangan buang masa, terus je mohon. Cara permohonan pun senang je, semuanya atas talian. Log on http://esilav2.jpa.gov.my. (kena sentiasa peka dengan sebarang pengumuman oleh JPA)

Mungkin ramai yang tak tahu. Biasiswa JPA ni sebenarnya dibuka juga kepada pelajar yang sedang dalam pengajian, bukan untuk pelajar lepas ASASI, atau MATRIKULASI yang baru nak masuk universiti saja.

Syarat minimum ialah at least CGPA 3.3.

As usual, untuk student yang self-finance macam aku ni, memang sentiasa tercari-cari peluang untuk mendapa…