Thursday, March 22, 2012

Debaran Sudah Berakhir, Ahh Lega !





                                                        Assalamualaikum wbr, apa khabar? 
Alhamdulillah, semalan 21 Mac detik yang dihitung tanpa jemu, hari demi hari berganti pergi dan akhirnya berakhir jua semalam. Ya, benar penantian itu satu penyeksaan, kita diuji dengan kesabaran dalam tempoh itu ! Macam mana dengan keputusan SPM anda (sahabat kelahiran 1994)? 


Sekali lagi ingin aku ucapkan kalimah agung lafaz tahmid nan indah, alhamdulillah atas segala kurniaan Allah atas segala kurniannya kepada aku yang hina ini. Aku terima dengan berlapang dada dengan segala apa yang Dia berikan dan cukup membuatkan aku bahagia kerananya. Syukur..



Kini, aku semakin ligat mencari pelbagai peluang untuk melanjutkan pelajaran. Berbagai-bagai permohonan aku buat. Rezeki kan..siapa tahu dapat? Pastinya pening juga untuk membuat pilihan. InsyaAllah aku akan sentiasa mencari peluang yang ada.


Sahabat, walau apapun jua keputusan yang kau terima, kau dan aku harus belajar menerima. Mungkin keputusan kita cemerlang pada masa ini, namun belum tentu terjamin cemerlang untuk tahun mendatang. Kita harus istiqamah dalam berusaha, jangan pernah berhenti ! Jika kita berhenti, maka kita akan menjadi insan yang gagal.


Andai apa yang kau hajati tidak tercapai, jangan la kau berputus asa, kerana jalan kita masih panjang. Kita perlu sentiasa yakin dengan janji-janji Allah buat orang yang berusaha. Mungkin hasil yang kau terima tidak setimpal dengan apa yang kau usahakan buat masa ini, tapi insyaAllah, akan dibalas pada masa akan datang. Hidup ini penuh hikmah ! Huznudzon dengan Allah.


Barakallah feek. Assalamualaikum ! ;)

19 comments

March 22, 2012 at 10:57 AM

nice entry !! congrats utk yg berjaya dlm SPM 2011!!!

March 22, 2012 at 11:46 AM

Alhamdulillah... adik cermelang spm.. akk stpm... hahahaa

March 22, 2012 at 3:13 PM

syukran jazilan atas kata2 semangat ! (;
taniah yang berjaya ^^

March 22, 2012 at 4:05 PM

tahniah.. :) zaza pun still tgu peluang blajr lg..

March 22, 2012 at 8:59 PM

tahniah. (=

March 23, 2012 at 12:52 AM

bguslatu..muge dpt smbg blajO...artikel yg menarik..

March 23, 2012 at 1:28 AM

@@ deqla manjew terima kasih ats kunjungan dan komennya.. =)

March 23, 2012 at 1:29 AM

@LeiyaUmairah alhamdulillah, tahniah kak ! ;)

March 23, 2012 at 1:29 AM

@deadalahanin afwan.. alhamdulillah, jazakillah.. :)

March 23, 2012 at 1:30 AM

@^_^ Zaza Nur Iman terima kasih..insyaAllah rezeki sentiasa ada.. ^^

March 23, 2012 at 1:30 AM

@waana 와나 terima kasih ! ;)

March 23, 2012 at 1:30 AM

@profmie alhamdulillah..insyaAllah.. ;)

March 23, 2012 at 2:38 AM

tahniah2. sila bagitau result . hehe

March 23, 2012 at 9:03 PM

msti dapat keputusan yg cemerlang ni..Alhamdulillah... rezeki Allah berikan stelah usaha..ingt DUIT=doa,usaha,istiqamah dn tawakal
nice entry =) ingn diri ni agar tidak putus asa dalam apa jua krn akan brada dlm kalangan mereka yg rugi dan gagal jika putus asa.. yakin dan bersangka pada Allah... janji Allah itu pasti dan tidak pernah mungkir hnya lambat cpt, trsurat dan tersirat...
best of luck dunia ipta nanti =)

March 23, 2012 at 10:42 PM

Assalamualaikum.

Tahniah!

moga cemerlang dunia akhirat, i'A :)

p/s: saya suka yg bawah skali tu_edcoustic kn? hehe

March 23, 2012 at 11:06 PM

@sea_lavender alahmdulillah, biasa-biasa saja.. bersemangat baca komen akak, sungguh, tak tipu ! jazakillahu khairan kathira... ;)

March 23, 2012 at 11:08 PM

@umairah safiyyah Waalaikumussalam .. terima kasih. Aminn insyaAllah. Yup, Edcoustic, best liriknya.. ^^

March 28, 2012 at 12:46 PM

Alhamdulillah tahniah dik, moga terus berjaya dengan apa jua bidang yang diceburi lepas ni. apa pun yang kita buat, ingat Allah k..moga terus kuat! :)

March 28, 2012 at 1:06 PM

@Azma Asis amin insyaAllah, terima kasih kak Azman ! :)

Post a Comment