Sunday, March 4, 2012

Apabila Perasaan Lemah Itu Menjengah



Keyakinan yang tak pernah luntur.
Hidup di dunia tanpa diuji, maka kosong tidak bererti, benar? Apabila hati dan iman diduga, maka tiba masa untuk bermuhasabah diri. Adakah aku mulai lalai dengan fatamorgana duniawi? sehingga Allah menguji dan terus menguji untuk menduga sejauh mana kekuatan hati ini?

Jujur, adakala perasaan lemah itu menjengah diri.  Kadangkala aku merasa seakan-akan tidak sanggup lagi untuk berdepan dengan semua ujianNya ini. Namun apakan dia, andai sahaja boleh berlari sejauh-jauhnya dari masalah yang membelenggu diri, akan aku lakukan! Namun, hidup bukanlah seperti drama di kaca tv atau dongengan khayalan, ini realiti! Andai bisa berlari sekalipun, sejauh manakah ia? selesai kah masalah itu? 

Pesanan untuk diri ini :

Andai dirimu di uji dengan kesusahan hidup, tetapkan hatimu dan bersangka baiklah (husnu dzon) pada Allah SWT. Itu tandanya Allah rindu untuk mendengar luahan bicaramu. Allah amat suka mendengar bisikan-bisikan hati yang rindu kasih sayangNya.
Sedang dirimu di uji, Allah sebenarnya ingin memeliharamu dari sejuta keburukan. Ingatlah orang-orang yang dikasihi Allah SWT. Setiap kesusahan itu akan diakhiri dengan kebaikan dan kemuliaan. Maka hendaklah engkau lapangkan dadamu dan bersyukur penuh redha agar kebaikan dunia akhirat itu menjadi penghuni hatimu. Moga kedukaan itu berganti dengan ketenangan, redha dan ikhlas dalam setiap apa yang berlaku lantaran husno dzonnya engkau pada ALLAH SWT.
Ayat 2 Surah al-Ankabut, yang bermaksud,
"Adakah manusia itu mengira, bahwa Kami akan membiarkan sahaja mereka berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji oleh Allah swt."Suatu peristiwa bilamana Saad bin Abi Waqash bertanya kepada Nabi saw, "Ya Rasulullah, siapakah manusia yang paling teruk kena uji?"...Lalu jawab Rasulullah saw, "Yang paling teruk kena uji ialah para nabi dan para rasul, kemudiannya golongan yang mengikut para nabi selepas zaman nabi (tabiin) dan kemudiannya golongan selepas tabiin yang mengikut para tabiin."
Allah s.w.t. berfirman 
"Tiadalah terjadi sesuatu bencana itu melainkan dengan kehendak Allah, dan siapa yang percaya kepada Allah nescaya dipimpin Allah hatinya" (Surah At-Taghabun:11)
Allah s.w.t. berfirman 
"Orang-orang yang beriman itu akan menjadi tenteram hati mereka. Ingatlah dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenteram" (Surah Ar-Rad:28)
Oleh itu dengan mengenal diri, seseorang akan tahu dimana kelemahan dan kelebihan yang ada pada dirinya. Dia juga akan tahu, bagaimana untuk memperbaiki dan meningkatkan mutu ibadahnya kepada Allah SWT. Nabi SAW pernah  berkata "Sampaikan sesuatu, walaupun hanya dengan satu ayat"


Dia sebaik-baik perancang,
 setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya bukan?

Sekadar renungan dan panduan buat diri yang lemah ini dalam menghadapi ujian dan dugaan. Aku kongsikan apa yang aku pelajari ini bersama kalian juga ya. 7 Tips menghadapi ujian Allah SWT, iaitu: 


  • Pertama, yakinlah bahawa ujian itu merupakan ekspresi cinta Allah pada hamba-Nya. Allah Swt memberikan cubaan agar kita menjadi lebih dewasa dan matang dalam mengharungi kehidupan. Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah bersabda, “Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia akan diberi-Nya cubaan.” (H.R.Bukhari)
  • Kedua, yakinlah bahawa semakin besar dan banyak cubaan yang Allah turunkan kepada kita, makin besar pula pahala dan sayang Allah yang akan dilimpahkan kepada kita. Dengan syarat, kita dapat menyelesaikan setiap ujian itu secara baik. Anas r.a. berkata: Nabi saw. bersabda,“Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung pada besarnya cubaan. Sesungguhnya apabila Allah Ta’ala itu mencintai suatu kaum maka Dia mengujinya. Barang siapa yang rela menerimanya, dia mendapat keredhaan Allah, dan barang siapa yang murka, maka dia pun mendapat kemurkaan Allah” (H.R.Tirmidzi)
  • Ketiga, yakinlah bahawa ujian itu akan menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita kerjakan. Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw. bersabda: “Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya (H.R. Bukhari dan Muslim)
  • Keempat, selalulah untuk berfikir positif bahawa apa – apa pun yang menimpa diri kita akan menjadi kebaikan. Abu Yahya Shuhaib bin Sinan r.a. berkata, bahawa Rasulullah saw. bersabda: “Sungguh menakjubkan sikap seorang mukmin itu, segala keadaan dianggapnya baik dan hal ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka itu lebih baik baginya, dan apabila ditimpa penderitaan, dia bersabar, maka itu lebih baik baginya.”(H.R.Muslim)
  • Kelima, yakinlah bahawa setelah kita ditimpa kesulitan, maka akan ada kemudahan. Fakta menunjukkan bahawa  idea – idea yang hebat sering muncul ketika kita berada di puncak kesulitan. Contohnya, banyak mahasiswa dapat mengarang jawapan walaupun pada saat menghadapi soalan peperiksaan yang sukar. Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Q.S. Alam Nasyrah 94: 5- 6)
  • Keenam, selalu optimistik bahawa kita boleh menyelesaikan setiap ujian yang Allah berikan, kerana Allah tidak akan memberikan ujian di luar kemampuan hamba-Nya. Optimis dapat  melahirkan tenaga yang tersembunyi dalam diri kita, kerana itu optimis boleh menjadi bahan bakar untuk menyelesaikan segala persoalan. Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan  hambanya itu. Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.” (Q.S. Al-Baqarah 2 : 286)
  • Ketujuh, menghadapi ujian dengan usaha dan doa. Kerah segala ikhtiar untuk menyelesaikan ujian dan follow-up usaha itu dengan doa. Maka apabila kamu telah selesai (dari suatu urusan), maka kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap” (Q.S. Alam Nasyarh 94 : 7 – 8). Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku kabulkan doamu.” (Q.S. Al-Mu’min 40: 60)
Itulah tujuh tips untuk menghadapi pelbagai ujian. Apa – apa pun perkara yang menimpa diri kita, Insyaallah ia akan menjadi kebaikan kalau dihadapi dengan sikap positif, optimistik, ikhtiar yang maksimum dan diikuti dengan doa. Sesungguhnya pertolongan Allah akan turun kalau kita berada dipuncak ujian. Untuk itu, jadikanlah ujian sebagai tangga untuk meraih pertolongan Allah SWT.

Rujukan:  Portal I Luv Islam dan "Blog Peribadi Rasulullah SAW".
              silalah klik link ini, insyaAllah terbaek !! =)
_________________________________________________________
Mahu jana pendapatan online?
Anda pelajar yang memerlukan pendapatan sampingan?

Jangan risau, boleh mulakan langkah pertama dengan mendaftar di JobDiRumah. JobDiRumah? Yup. Anda hanya bekerja di rumah, berpeluang untuk bekerja dengan pelbagai syarikat antarabangsa. Tempoh masa bekerja yang fleksibel (terpulang pada anda). Jom daftar segera di JobDiRumah.

JobDiRumah Menipu? Tidak.

Tak perlu risau, kerana JobDiRumah bukanlah scam. Anda sememangnya dibayar. InshaAllah.

KLIK SINI, UNTUK DAFTAR

28 comments

March 4, 2012 at 10:14 AM

iringi setiap langkah dengan hati yang tabah , berani dalam mengharungi segala pahit getir dalam perjuangan mencapai kejayaan, ukirlah senyuman dibibir meskipun hati kita sakit dipanah ujian, sampaikanlah segala harapan dalam doa yang tulus dari hati.

ketahuilah sesungguhnya Allah sentiasa menyayangi kita,walau seberat mana cabaran yang dibekalkan, tak pernah sedetik waktu pun dia tinggalkan kita,

dan sebenarnya ujian itu adalah tanda dia cinta dan rindukan kita.

March 4, 2012 at 11:30 AM

tuhan takkan beri ujian yang takkan mampu di tanggung oleh hambanya..

March 4, 2012 at 12:06 PM

syukran di atas perkongsian ni. sangat membantu :)

March 4, 2012 at 12:10 PM

assalamualaikum ameer...slm kenal dr mama thanks lawat blog mama yer..done follow sini ...:)

March 4, 2012 at 2:31 PM

Assalamualaikum..

entry yg baik...

sokong sgt..kadar ujian yg dtg kpd kita mengikut kadar keimanan kita.

Semakin kita nk dkt ngn ALlah..semakin bnyk ujian drNya..

ape2pun..bertuahlah krn kita dipilih dr bnyk2 insan di muka bumi ini utk menannggung ujian ini.

March 4, 2012 at 4:22 PM

salam ameer..mcm tau2 je ko aku lemah skang..thnx tips tu..ape pon, takde ujian yang tak tertanggung oleh makhluk kn..kalau tak knape ujian tu datang.

March 4, 2012 at 4:54 PM

@cik kiwi's terima kasih..trasa bersemangt selepas membacanya.. =)

March 4, 2012 at 4:55 PM

@kiwi_sengal setuju.. ^^

March 4, 2012 at 4:55 PM

@Fairuz afwan2.. terima kasih ats kunjungannya..

March 4, 2012 at 4:55 PM

@maszull waalaikumussalam wbr, terima kasih ats kunjungannya.. =)

March 4, 2012 at 4:55 PM

@maszull waalaikumussalam wbr, terima kasih ats kunjungannya.. =)

March 4, 2012 at 4:56 PM

nice woot woot :D
suka suka :D

March 4, 2012 at 4:56 PM

@Srikandi permata waalaikumussalam wbr terima kasih ats kunjungnnya.. insyaAllah mudah2an dpt menempuhnya dgn kesabaran yg super cool! =)

March 4, 2012 at 4:57 PM

@Encik Fikhri waalaikumussalam wbr Fikhri..eh ya ke? asal sama? hehe tak pe, relax stay calm n peace.. moga Allah bertambah sayang kita smua.. ;)

March 4, 2012 at 4:59 PM

@Detective Fiqa terima kasih detective Fiqa.. ;)

March 5, 2012 at 2:21 AM

ujian hadir mematangkan diri..tanpa ujian dalam hidup ibarat air teh o tanpa gula, pahit semata langsung tiada kemanisan..

March 5, 2012 at 1:27 PM

La Yukallifullahu nafsan illa wus'aha.... (Al- Baqarah:286) May Allah bless~

March 5, 2012 at 7:29 PM

Sebuah post yag cukup menarik!!

March 5, 2012 at 10:35 PM

bila selalu di uji, kte x lupa diri

March 5, 2012 at 10:49 PM

@kaishin setuju dgn pendapat saudara.. ^^

March 5, 2012 at 10:49 PM

@dhuha jazakallah khair ats perkongsiannya.. =)

March 5, 2012 at 10:49 PM

@dhuha jazakallah khair ats perkongsiannya.. =)

March 5, 2012 at 10:49 PM

@Hanif Idrus terima kasih ats kunjungannya.. =)

March 5, 2012 at 10:50 PM

@Eera Shera harap2 mcm tu la..sbb diri ini mmg selalu alpa dan lalai kan..

March 6, 2012 at 12:29 AM

Yup SABAR (tegar bersama Allah) dalam menghadapi ujian. :)

p/s: nantikan artikel tentang Sabar di blog saya :)

moga terus thabat menyebarkan kebaikan. Moga Allah redha dengan usaha kita.

March 6, 2012 at 9:43 AM

sabar... Allah ade!yakin!ingatan utk aku jgk...

March 7, 2012 at 2:00 PM

@Isyraf Imrani okay, sy nantikan entry terbaru tu.. ^^ terima kasih..

March 7, 2012 at 2:00 PM

@Bulan Syurga Firdausi insyaAllah, terima kasih ya sahabat.. =')

Post a Comment